S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Sunday, August 22, 2010

Teknik study cikgu epuLL

Happy Sunday to u All. Salam 12 Ramadhan buat mereka yang berpuase. Kak Sofea Jane kalau mai period toksah nak jawab salam Ramadhan ni okey. because u tak boleh puase. Haram... Jangan saman i okey. Just Senda sendi Ramadhan jer. 

kadang2 aku teringat zaman aku study time nak exam dulu2. Tak kira lah exam sekolah menengah atau universiti. Sekolah rendah lain kire. Time tu study macam main pondok2 jer. 

Tapi okey gak result time tu sampai dapat UPSR 4A 1B dan pelajar terbaik ke-2 sekolah agama rakyat dalam kem polis Hulu Kinta. Time tu duk chalange dengan budak pompuan sorang tu nama Zarini binti Khorie. Wah.. ingat lagi aku. sekarang dia dah kawin dah pun. beranak pinak dah. aku jer still single. 

Hrmmm... aku ni kalau belajar suka duk pulun sungguh2. Tapi kalau aku tak mau belajar memang tak yah nak suruh ar. Memang aku wat dekkk jer kecuali yang suruh tu ade kuasa Veto. Kecut menunduk aku menurut perintah. 

Haruslah kan? kalau aku melawan silap2 rosak result aku jer. maksud aku cikgu atau lecture ar. Parents aku tak pe. diorang tak marah. Just kasi nasihat jer. Cuma kecik2 dulu jer kena rotan kalau tak belajar. tapi dah besar2 ni kalau rotan aku, mau aku rotan diorang balik.. Opppss... Ya ampunn...

Kalau u all tengok dalam televisyen yang ade temuramah budak2 berjaya time UPSR, PMR, SPM dan STPM sume jawapannye hampir sama jer kan? wartawan mesti tanya apa petua adik berjaya dan semua bagi jawapan yang dah berape ratus kali di dengar dah. contohnya:
  • Saya sembahyang tak tinggal, rajin buat solat sunat dan berdoa kepada Allah
  • Hormat cikgu
  • Hormat ibu bapa
  • mohon restu mak ayah dan cikgu untuk tuntut ilmu
  • Fokus time belajar
  • kalau tak tahu terus tanya cikgu
  • Pandai bahagi masa (siap tunjuk lagi time table yang diorang buat)
  • Rajin buat latihan ulangkaji DAN MACAM2 la
Well... itu semua sudah semestinya kan? sama ar dengan saya pun. Tapi saya tak de lah se'hebat' budak2 yang berjaya tu. Anyway, aku dapat jugak masuk Universiti. Alhamdulliah...

Ha, time belajar ambik degree kat Universiti lah aku nak share dengan korang. U all nak tau macam mana cara aku study? kalau tak nak tau pun, aku still nak cerita okey. banyak jugaklah teknik aku guna. tapi lain orang lain caranya, tak sama.

Aku ni tak boleh belajar dalam kumpulan because nanti aku duk pok pek pok pek jer. isi belajar ade ar dapat 4.44%. kadang2 tak de langsung. menyembang jer. mana tak nya, bila jumpa ada jer topik2 menarik nak sembang, bila sorang dah mula, alamatnya pakat duk ramai2 ar sambung2 utarakan pendapat yang selalunya lari dari tajuk. mula2 lari sikit lama2 terus keluar topik. melalut2 sembang itu ini.

So, kesimpulannya, aku memang tak boleh belajar dalam kumpulan. Omputeh cakap study group. Oh no no no! kalau korang nak ajak aku sembang berkumpulan memang aku boleh pertimbangkan.

Aku lebih suka duk dalam bilik hostel sorang2 dan study sorang2. lagipun time degree dulu romate aku selalu tak de kat bilik. senanglah aku study. aku ni kalau belajar. aku suke guna kaedah soal jawab. aku soal dan aku juga jawab. 

Dulu time aku degree aku suke tampal2 gambar kat papan meja bajaan. gambar family ar, gambar kucing ar, gambar kawan ar. macam2.. nota tak de pun.

Ha!! ni ar meja study kat bilik aku time degree dulu. Nampak tak ade gambar2 kat papan tu.
Apa guna dengan gambar2 tu?? aku akan duduk kat kerusi berhadapan meja study aku tu dan tunjuk mana2 gambar kemudian tanya. Contoh: Ape yang ko faham dengan Teory Feminisme?? jawab2! kononnya gambar2 tu hidup ar. tapi sebenarnye aku yang akan jawab. bila aku tak dapat jawab, aku marah ar aku. marah2 manje jer sambil merungut2. Rasa macam bengong dan banyak lagi yang tak baca.  Kalau tak tanya kat gambar2 tu aku akan tanya ar pada kawan2 aku yang tak bernyawa. Teddy Bear... Tapi kali ni kalau aku tak dapat jawab, aku tampar dan pukul2 teddy bear tu. kesian die. takpe, dia tak de perasaan. Iye ke??

Sekarang ni pun bear ni masih wujud lagi. tapi dah lembik dah. Because.... faham2 jer ar k.
Walau apa2 pun before tanya tu haruslah aku baca dulu. jangan ar trus2 tanya. soal jawab tu untuk pengukuhan sebenarnye. cuma yang aku rasa bodoh tu, bila aku cakap sorang2 bersoal jawab. macam orang giler jer.ape2 pun, teknik ni buat aku lebih ingat tau fakta2 tu. kalau baca dalam hati jer. lama2 boleh jadi tension aku. so , aku pun bercakaplah bersoal jawab2 sorang2.

Selain tu, aku suka buat nota2 kecik. aku ni jenis fobia ar nak baca buku yang tebal2. rase macam perlukan bertahun2 untuk membaca. tambah lagi dah nak exam, cuak jer kepala otak aku. kalau pun aku dah baca bahagian tu, aku still rase macam tak pernah baca. 

So, aku potong kad manila kecik2, dalam saiz kertaz A4 bahagi 4 memanjang. lepas tu aku tulis ar isi2 penting jer. aku guna kad manila sebab dia keras cikit. lama sikit tempoh hayatnya. kalau guna kertas biasa nanti kertas tu pendek umur. kejaps jer dah lunyai. Bila aku dah buat tu, aku share ar dengan kawan2. semua pakat fotostat. Kiranya aku ni macam pengeluar ar. kalau masuk exam jawapannye semua sepesyen jer. tambah2 kalau yang kawan lurus bendul hafal bulat2 ayat aku. aku tak kesah pun. berkat aku buat gitu, result aku pun gempak. Dekan 4 sem tu. uuppss... terover pulak..

Ni ar anugerah dekan aku. 4 sem berturut2 aku dapat. Tapi tak berguna sangat pun sijil ni. time interview bukan diorang tanya pun semua ni.
kadang2 aku malas sangat nak belajar. Very lazy omputeh kampong cakap. satu jer cara guna, aku akan tengok gambar family kat papan bacaan aku. yang paling utama aku tengok gambar my mom. 

Ni ar my mom. 
Bila tengok gambar. automatik aku jadi sediy dan rindu. aku belajar untuk bagi yang terbaik kat mak aku. my dad pun sama gak. kecik hati abah nanti. 

This is my dad. ada serupa tak??
So, bila aku ingatkan diorang. aku akan jadi semangat nak belajar. lepas tu aku belajar ar. dan kadang2 menitik air mata rindu. ye ar duk jauh dari family. sekala-sekala mesti ar datang mood rindu. Actually, u all nak tau, aku ni tak pernah pisah dengan family, tak penuh masuk sekolah berasrama pun. berasmara di sekolah pernah ar.. oh tidak.. karut3! sebab tu lah aku rindu. alaaa.. bukan rindu awek pun. rindu kat mak abah aku jer. 

Sometimes, aku tengok gambar pun tak leh ikut gak. kepala batu. tengok pun tak de kesan. tapi nak kena belajar gak because esoknye nak exam. u all tau apa jalan terakhir yang aku guna??

Aku dengar lagu yang memang boleh wat aku insaf dan terus pegang buku.






MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Sediy wo lagu ni. tentang pengorbanan ibu... 'Air mata ibu', 'Untuk Mu Ibu' dan 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. aku dapat bagi korang dengar 2 lagu jer. Kalau u all dengar lagu ni tapi tak apa2 perasaan, memang nak kena hantar tanjung rambutan ar. lagu syurga di bawah telapak kaki ibu tu, aku tak jumpe kat Mix Pod tu. Lirik dia memang mengimbau pengorbanan mak aku. 

Lirik dia macam ni:
Duhai apakah gerangan budi bahasa
Bagi insan melahirkan membesarkan...
Bercucuran air mata
Bila mengenangkan..
Betapakah besar budi ibunda berikan

Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Sediy kan?? Adoiiii.... nak wat jahat pun tak jadi aku time tu. huhu...

lagi satu kalau aku nak belajar aku memang tak boleh bukak lattop. memang buat kacau otak aku jer benda alah ni. bukan ia yang salah, aku yang salah, kalau on jer, mesti ade jer laman aku nak bukak, chat ar , tengok frienster ar dan macam2 ar.

Lattop ni memang kena tutup. teddy bear kecik dan labah2 tu aku beli kat terengganu time aku buat kajian tesis awal tahun 2008.
Itu jer ar teknik yang aku guna, tak de apa2 petua lain pun. makan kismis ke, study lepas solat ke, aku tak buat buat gaya tu. sembahyang tu standard ar kan, haruslah buat sambil2 doa mohon kat Allah. 

Tentang masa yang sesuai untuk aku study plak, aku ni jenis fleksibel. bila2 masa bole, pagi, petang, tengah2 malam, pagi2 buta. Semua boleh asalkan tak mengantuk atau terikat dengan mana2 aktiviti dan rancangan televisyen. 

Okey ar. sampai di sini sahaja rancangan motivasi oleh cikgu epuLL. =)) kalau korang yang sudi baca entry aku ni ( sediy jer ayat macam tak de orang nak baca) boleh ar komen dan kongsi2 petua study kotang okey.


1 comment:

sham said...

teknik aku study ialah dengan mendengar lagu. Tapi yang hampehnya, bila aku ingat dalam exam, sekali dengan lagu-lagu aku ingat ahahaha. Bila dah ingat lagu tu, terus lupe plak apa yang aku ingat mula2 tadi. hebatkan.

Tapi itu amalan tak elok la. biasanya aku pun study sorang-sorang je. aku tak boleh study kat library sebab cepat sangat ngantuk. yela, selesa sangat dengan aircondnya tu. kat bilik bila-bila masa pun bole study. tapi kebanyakan masa aku dok surf internet je, study tak mana sangat pon. haih.

Related Posts with Thumbnails