S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Friday, December 10, 2010

BAHAGIAN DUA PULUH

 
BAHAGIAN DUA PULUH
                                                                                                                         
Deraian butiran jernih tangis yang berpanjangan menampakkan mata Liana sedikit sembab dan bengkak. Tempahan pakej pakaian pengantin di Sweet Princess Boutique masih banyak yang belum selesai. Dia harus melangsaikan segala tugas yang masih tertangguh. Penampilannya hari itu nampak sedikit berbeza. Lebih bergaya dan anggun. Hanya kerana penambahan kaca mata hitam model Ray ban RB 3420 yang dibeli ketika bercuti di Pulau Pehentian tidak lama dulu. Motifnya sekadar untuk menyembunyikan matanya yang kelihatan tidak bermaya. Bimbang nanti ramai pula wartawan sambilan yang bertanya punca dan angkara. Malas mahu dilayan semua itu. hanya menambah bara sahaja.
            “Asslamualaikum Sha, U look so beautiful today. Ada apa-apa khabar gembira kah?” tegur Liana meramahkan diri yang sebenarnya sedang suram. Tangannya dilenggang lenggok menunjukkan reaksi gembira. Dia perlu lari dari gaya sedih agar tidak dipersoalkan. Sikap hipokrit yang diharuskan dikala itu. Sasha memandang pelik. Atas bawah kiri dan kanan pada dirinya diperhatikan. Rasanya tidak ada apa yang berbeza pada dirinya. Dia pelik ditegur Liana dengan pujian begitu.
            “Waa’laikumussalam Cik Lia. Kau perli aku ke apa ni?”
            “Eh, perli apanya? Aku tengok kau memang cantik hari ni” balas Liana selamba. Dia sedaya upaya untuk tidak mengkekokkan dirinya walaupun dia sedar akan teguran kepada Sasha hanya sekadar melengkapkan sapaan di pagi hari. Dia lantas meletakkan majalah Wanita yang dibelinya semalam di atas meja tamu.
            “Sah, kau ni memang dah kena sampuk!”
            “Huish, apa hal pulak aku kena sampuk? Before aku keluar rumah, aku dah baca doa okey
            “Memanglah, ni jin klon mambang mana entah yang dah rasuk kau time kau on the way ke butik. Bukan main lagi siap dengan berkaca mata hitam datang butik. Dah macam nak pergi kelab 60-an dah aku tengok. Kau biar betul ni Lia” bebelan Sasha meriuhkan ruang butik. Itulah natijah andai menegur tak bertempat. Balik-balik terhempuk batang hidung sendiri. Tambah-tambah lagi dengan sasha yang sememangnya kepoh.
            “Cuba bukak spek mata hitam tu, ko bukan pergi melancong kat bawah terik matahari sampai nak kena ada pelindung cahaya. Sudah... sudah... sudah... bukak spek tu!” usikan Sasha spontan seperti mengertak. Liana tetap tidak ambil peduli dengan kata-kata Sasha. Dia membuat leka dengan meneruskan kerja mengubahsuai potongan gaun pengantin mengikut kesesuaian tubuh pelanggan yang bakal menyarungkan busana itu di hari persandingan nanti.
            “Ha, tadi dia yang bukan main ramah lagi! Sekarang dah buat bisu pulak”
            “Sha, please stop talking. Kerja melambak nak kena settlekan ni” balas Liana tegas tetapi bernada lembut. Perangai rakannya itu jika dilayan kadang-kala boleh menambahkan kekusutan sahaja. Dia sedar akan kebaikan Sasha terselindung di sebalik kekecohannya itu.
Okey... okey... saya menurut perintah cik” ujar Sasha mengangkat bendera putih. Dia tidak mahu mambidas lagi tentang perubahan Liana hari itu. Sebenarnya dia sendiri mengetahui akan kemarau cinta yang masih berlarutan di hati Liana. Namun dia sengaja ingin merancakkan suasana pagi itu. Untung-untung dapat mencetuskan keriangan di pagi hari.
Sorry Sha. Aku kena siapkan tempahan before Friday because...” bualan Liana terhenti.
“Hari ni hari Rabu, esok Khamis, lusa Jumaat. Eh, lagi dua hari”
“Aku nak pulun siapkan untuk tempahan yang minggu depan sekali. Lagipun sabtu depan cuma ada satu tempahan sahaja. Budak tu just nak gaun pengantin dengan coat suit jer. Diorang tak ambil pakej pelamin. So, aku rasa boleh settle minggu ni”
“Itu aku pun tahu tapi sekarang ni aku nak tahu apa yang aku tak tahu lagi” ujar Sasha dengan gaya ingin tahu.
“Hrmmm... “
“Kenapa ni Lia?”
“Aku plan nak bercuti sekejap. Nak lapangkan fikiran aku” jawab Liana ringkas.
“Ooo... it’s good for you. Aku faham Lia. Kau tak payah risau lah. Cuma aku nak pesan kau jangan buat benda yang bukan-bukan”
Thanks Sha. Ini yang buat aku sayang kat kau ni walaupun mulut kadang-kadang macam bontot ayam!” gurau Liana. Sasha hanya menjebikkan bibir muncung.
Okey, no hal! Perkara kecil jer tu. So, sekarang dah boleh bukak cermin mata tu? aku rimaslah tengok kau pakai spek tu dalam kedai” pinta Sasha entah ke berapa kali. Liana terkaku. Dia perlahan-lahan membuka kaca mata hitam yang tersangkut di pinggir telinganya. Mata kedua-dua mereka bertentangan.
“Ya Allah, Ni mesti kes nangis sedu-sedan ni kan?!” soal Sasha bersungguh. Liana hanya mengangguk. Tangannya masih sibuk menyiapkan kerja yang telah dimulakan sedari tadi.
“Parah dah kau ni. Okey lah Lia, kalau kau nak pergi bercuti hari ni pun You can go. Insyaallah, aku boleh settlekan semua ni. Bukan susah pun, sekadar nak repair-repair saiz baju tu. Hal nak pasang-pasang pelamin ni pulak kita ada pekerja. Tak payah risaulah” sambung sasha lagi panjang lebar. Liana hanya memandang.
“Sekarang, aku tak mau tanya banyak-banyak, nanti kau lagi muncung. Cuma kalau kau nak mintak aku tolong, Kau cakap jer. Aku akan tolong mana aku mampu”
Thanks Sha tapi tak boleh lah gitu! Hal kerja aku kena siapkan dulu. Nanti kau terkelam-kabut pulak nanti. Kasihan kau” ujar Liana.
“Alahai, no problem friends! Perkara kecil saja tu. Bukan kena bertukang tengah panas pun”
“Tak apa Sha, aku dah ambil keputusan nak bercuti ujung minggu ni”
“Kalau macam tu okey lah. It’s up to you” kata-kata Sasha ternoktah di situ. Dia bingkas bangun menuju ke pintu apabila menyedari ada seorang lelaki bertopi hitam terdongak-dongak membaca alamat di dinding atas lot butik mereka. Sejambak bunga mawar putih kelihatan berpaut pada dukungan lelaki itu.
“Ya encik, boleh saya bantu?” sapa Sasha.
“Hello, saya mahu menghantar bunga kepada Cik Liana Raudhah. Dia ada di sinikah?” soal lelaki penghantar bunga itu. Matanya masih sibuk mengerling ke arah alamat yang tertera pada buku rekod hantaran tempahan yang dibuat.
“Cik Liana baru keluar berjumpa pelanggan, boleh saya ambil bagi pihak dia? Nanti saya berikan apabila dia balik nanti” dalih Sasha. Dia tahu Liana tidak mahu keluar dalam keadaannya sebegitu.
“Boleh, tolong tandatangan di sini” ujar lelaki itu sambil menghulurkan pen dan buku rekod hantaran tempahan kepada Sasha. usai menurunkan tandatangan, jambangan bunga bertukar tangan. Mereka berbalas senyuman.
Okey, terima kasih” ucap Sasha. Lelaki itu kemudiannya beredar meninggalkan laman butik. Pintu yang terkuak ditutup kembali. Sasha lantas menuju ke arah Liana untuk menyampaikan hantaran bunga yang diterima. Hatinya galak berteka-teki tentang penghantar bunga itu. Dia sudah dapat membuat ramalan namun tidak berani untuk menzahirkan tekaan itu dalam bentuk kata-kata. Biarlah tersimpan di kantung hatinya.
“Lia, ada bunga untuk kau”
“Bunga? Dari siapa?”
“Manalah aku tahu. Ada kad dengan surat sekali ni, kau bacalah sendiri” ujar Sasha gembira. Jambangan bunga itu sekali lagi bertukar tangan. Kali ini benar-benar kepada pemiliknya. Liana cepat-cepat membuka kad kecil beserta surat bertaip yang terselit pada celahan jambangan mawar. Razwan hanya mengutus faks ke kedai bunga untuk membuat penghantaran tempahan kerana jarak yang jauh. Liana terdiam. Setiap butiran abjad di dibaca khusyuk.

Salam sayang,
Pertama sekali abang nak minta maaf. Bukan niat abang untuk berdiam melarikan diri tetapi untuk memberi ruang kepada sayang menerima abang kembali. Segala kata-kata abang, sayang tidak dapat terima walaupun itulah yang hakiki. Tiada guna abang bicarakan kalimah yang sama andai sayang menolak kebenaran kata itu. Tambahan pula, student abang nak PMR tahun ni, so busy sikit dengan kelas tambahan. Tapi percayalah, semua itu benar. Abang sangat rindukan sayang.
                                                                                                       Love You...      
                                                                                                    Razwan Mafia      
Hati Liana kembali terusik. Surat yang terkandung hantaran bicara hati Razwan dilipat kembali. Sasha hanya memerhati gelagat rakannya itu. Ternyata tekaan hatinya tentang utusan bunga itu tepat. Liana mencapai jambangan bunga itu lalu diletak ke tepi meja. Dia seolah tidak ikhlas untuk menerima. Matanya nampak gagah tika itu. tiada takungan air mata yang perlu dilimpahkan.        
“Cantik bunga ni, kau nak aku letakkan di dalam pasu?” soal Sasha spontan. Hajatnya ingin mengembalikan mood wanita itu dari terus berlagu pilu.
“Ikut engkau lah nak buat apa kat bunga tu” jawab Liana. Sasha terkedu. Jambangan bunga itu dibiarkan disitu tidak bersentuh. Hilang segala nada kata ceria yang mahu diungkap. Baru hendak gembira sudah direnjis penawar berelektron duka pula. Suasana butik kembali bisu.
‘Mengapa tidak awak tampil ke mari? Mengapa perlu mengutus bunga sebagai lamaran? Pernahkah saya kata awak berdusta? Cuma tidak percaya kerana angkara itu sukar difikiri. Jauh di sudut hati untuk terus melupakan dirimu. Apatah lagi meleraikan ikatan cinta itu. Perit bagiku melupai dirimu. I miss You too’ bisik hati Liana sendiri.
Air mata yang tertahan gagal dibendung. Titisan manik jernih gugur juga. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Dia cepat-cepat mengesat air matanya agar tidak terus melimpah. Kekuatan dirinya disatukan untuk  menyokong benteng air mata dari terus bercucuran. Dia berjaya. Episod hari itu dilalui dengan penuh tabah walaupun hatinya masih terkenang akan Razwan.
Laluan indah meniti pelangi cinta itu tidak semestinya sentiasa terang bersuluh warna spekrum cahaya yang bersinar, kadang-kala kesamaran warna itu menjadi neraca penimbang terhadap ketulusan sebenar yang terbit dari jiwa dan sesungguhnya sukar untuk berdusta.
‘Ada kala pasrah itu lebih baik dari terus berdentum menujah perasaan yang lara’
                           

No comments:

Related Posts with Thumbnails