S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Thursday, August 12, 2010

Holistik & Versatil

Tanggal 10 Ogos 2010, saya serta seluruh warga pendidik diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UKM Julai 09/10 telah selamat dianugerahkan Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Dewan Canselor Tun Abdul Rasak UKM telah menjadi saksi. Tirai pelayaran berlabuh secara rasmi. Memacak bendera kegemilangan sebagai tanda bermula episod kepimpinan mendidik anak watan.

Wajah gembira mengiring seribu kenangan manis sepanjang tempoh pengajian. Para pensyarah yang mencurah ilmu turut tersenyum gembira melihat anak didik akhirnya ke kemuncak jaya. Bonda Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin saya percaya antara insan yang paling terserlah wajah gembira melihat anak-anak berada di mercu kejayaan. Pasti tercoret sinar bahagia yang mendorong laluan ke gerbang dunia pendidikan. Semoga kita semua diberi rahmat dan petunjuk dari-Nya untuk terus berbakti dan menjadi pendidik yang holistik dan versatil. itulah misi kami!!!

Hari bersejarah buat warga DPLI UKM Julai 09/10

Wajah-wajah gembira

keriangan terserlah
Dari kiri: Cikgu Fadzli, Cikgu Hafiz. Cikgu Akram, Cikgu Saiful, Cikgu Ery

Kenangan bersama Bonda
Dari kiri: Cikgu Akram, Cikgu Lina, Cikgu Illy, Dr. Siti Fatimah, Cikgu Ita, Cikgu Ery, Cikgu Saiful

Semangat seiring hasrat
Dari kanan: Cikgu Ena, Cikgu Hani. Cikgu Dayana, Cikgu Nurrul, Cikgu Yunn, Cikgu Lina, Cikgu Illy, Cikgu Nazra Hany

Geng lelaki menyahut cabaran mendidik anak bangsa.
Duduk dari kiri: Cikgu Akram, Cikgu Arshad.
Berdiri dari kiri: Cikgu Fadzli, Cikgu Hafiz, Cikgu Saiful, Cikgu Padil, Cikgu Zull, Cikgu Ery, Cikgu Syazwan
Tiada dalam gambar: Cikgu Matt, Cikgu Husnan, Cikgu Christ, Cikgu Faiz

Empat calon Cikgu Wanita paling popular =))
Dari kiri: Cikgu Nurrul, Cikgu Zulfa, Cikgu Sasha, Cikgu Ada

Hanya di mercu

Satu hati semarakkan Cinta membimbing jiwa anak watan

Kepada kawan2 yang tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen ini, jangan terlampau bersedih, kami semua sentiasa mengingati kalian. we love u All.


No comments:

Related Posts with Thumbnails