S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Tuesday, August 3, 2010

My cats

Meowwww......

Kalau anda sudah berkahwin semestinya isteri lah jadi penyeri hidup kita. Tak lama lepas tu dikurnikan rezeki ada ar lagi penyeri hidup si cahaya mata baru. Bertambah meriahlah rumah tangga kan? Tapi kalau kawin pun tak lagi, macam mana? Selain kawan yang memeriahkan hidup di luar. Balik jer rumah dah tak da kawan, esok baru jumpa semula. Lain ar kalau duk serumah kan?

So, sape ar nak teman kita. Kucing ar!! Family saya dari dulu lagi bela kucing. Ade yang dah jadi arwah dah pun. Sediy berminggu2. Macam kematian ahli keluarga jer u know?

Kucing ni boleh jadi teman, penenang hati dan kawan main2 time bosan. Kucing ni walaupun binatang but ia boleh faham cakap (tapi kena latihlah dari kecil) dan mendoakan tuannya. Saya ni selalu jer sembang2 dengan kucing. Faham ke cik atau encik kucing tu?? Saya rasa ia faham. Tapi tak de ar saya buat research. Saya bukan doktor Veterinar pun. Risau nanti kucing pulak yang pelik tengok kita macam orang tak betul duk bercakap ngan kucing. “Tuan aku ni nak masuk tanjung rambutan ke??” “Oh, tidak! Sape nak bagi aku makan??” =)

Tapi seriously memang kita akan tenang bila tengok kucing kesayangan (tu pun bagi pencinta kucing jer, kalau dan memang dasar anti kucing tak leh nk cakap apa2 ar kan?).

Tapi kan, kadang2 saya terfikir untuk tidak memelihara kucing bila saya sudah ada rumah sendiri. bukan apa. tak sampai hati nak hadapi perkara2 yang tak diingini (kematian kucing kesayangan). very2 sad untill dua @ tiga minggu wo! macam mati bini jer. Lagipun berkhidmat sebagai guru ni, memang akan selalu pergi kursus sana sini. so, sape nak jaga kucing saya? tak kan nak hantar kat pusat asuhan kanak2? oh, tidak!!

Boboy : dah tua ( hampir 15 tahun) dah kucing ni, sekarang ni dia dah tak berapa cantik because maklumlah dah tua. Tapi saya tetap sayang Boboy. hero ku.


Lala: muda lagi dan very manja. tapi kalau dia masuk bilik saya habis tonggang langgang harta saya bersepah. buas kucing ni. tambah lagi kalau ia dapat kawan. aduhhh..

Lily: ni sebaya dengan Lala. Ia lagi buas.Lily ni kalau ia dapat satu2 mainan, jangan ar korang suka suki nak rampas. die angry nanti. ke mana jer ia akan usung mainan bola berbulu warna purple ia tu kat mulut dia. kalau ia keluar rumah memang azab saya nak menangkap. Dia lari. ingat kita nak main kejar2 pulak. last2 bila dah dapat memang kena cubit dengan saya.=)

Baby: very sad!! kucing ni dah jadi arwah dah bulan may yang lepas. Dia sakit pe ntah. batu karang kot. perut ia keras macam ada batu dan susah nak 'membuang'. Sehari selepas bawak g kelinik haiwan ( swasta pulak tu). baby mati. Rase macam nak saman saja doktor haiwan tu!!

"Wah!! wajah kita ada dalam cermin ar" Bisiknya sendiri =)

Checet: ni kucing pasar jer tapi sangat cerdik dan manja. Ia lah ketua kepada semua kucing2 di rumah ni. ada jer idea ia nak bawak kawan2nya cari port nak main. alamatnya habis bersepah.

Aku Pencinta Kucing!!

2 comments:

iLLy said...

i love cats ToO....epull...windu nk dgr ko cite sal kucing2 ko... =)

Epull_Saiful said...

huhu.rindu ko juga. dah macam penglipur lara pulak aku ni.

Related Posts with Thumbnails