S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Saturday, November 6, 2010

BAHAGIAN TUJUH BELAS



BAHAGIAN TUJUH BELAS
                                                                                                                         
Pen marker biru yang berjasa menulis nota di papan putih di campak ke meja. Berguling-guling objek sebatang itu ke bucu meja lalu berhenti di sebelah pasu seramik yang terhias di sudut meja guru Tingkatan Tiga Dedikasi. Razwan memulakan strategi pengajaran. Soalan demi soalan ditanya bagi menjentik pemikiran anak muridnya untuk menangkap semula pengajaran lalu.
Ragam basi muridnya sudah terkumpul di dalam kocek mindanya. Pantang dibiarkan pengajaran lalu tanpa kuiz atau soalan gerak gempur, pasti habis lenyap di bawa sang bayu. Soalan yang terpancul dari mulutnya bagai butir-butir peluru yang menembak dasar otak anak muridnya. Masing-masing tunduk sembunyi muka. Masing-masing enggan bertentang mata dengannya kala itu. Bimbang andai nama mereka menjadi sasaran peluru bibir Cikgu Razwan.
          “Time cikgu nk bersoal jawab, semua macam kura-kura ya? Kalau boleh sumbat kepala tu bawah meja, agaknya masing-masing antara kamu dah tak nampak kepala dah!” bebel Razwan di pagi hari. Geram dengan tabiat anak muridnya yang tidak berubah-ubah dari dulu.
          “Arshad, apa yang awak faham tentang ciri-ciri pantun Melayu tradisional?” Razwan memanggil terus nama pelajarnya untuk menjawab soalan.
          “Hrmmm... saya tak datang time cikgu ajar pantun tu” balas Arshad selamba. Pelajarnya itu memang terkenal dengan sifat degil dan suka membantah.
          “Astargfirullahalazim. Apa nak jadi dengan awak ni Arshad? Awak jangan nak tipu cikgu, cikgu tak nyanyuk lagi! Cikgu masih ingat awak ada dalam kelas masa saya mengajar tempoh hari” bebelan Razwan semakin meninggi.
          “Mana ada lah cikgu. Itu orang lain, bukan saya. Cikgu salah pandang kot” bidas Arshad lagi. Kali ini lebih keras. Sengaja ingin menambah buak kemarahan Razwan di pagi hari.
          “Eh, betulkah?! Habis tu, pelajar yang terkepit-kepit jumpa Cikgu Chiong selepas kelas saya tempoh hari mintak benang dan jarum tu bukan awak? Duduk tak tahu diam sampai seluar boleh koyak. ‘Paruh burung’ tajam sangat agaknya” bongkar Razwan membentang hujah membuktikan kewujudan anak muridnya pada hari pengajaran pantun Melayu. Dia sememangnya pantang jika pelajarnya berbohong. Arshad tertunduk malu memandang lantai.
          “Burung dia nak terbang cari awek lah, cikgu” seloroh seorang pelajar nakal yang lain. Mata Arshad menjegil memandang rakannya itu.
          “Alah, cikgu ni kecoh ar. Diam-diam sudah ar” rungut Arshad lantas menelangkupkan wajah ke dataran meja yang penuh dengan contengan luquid paper.
          “Ha, mengaku pun! Maksudnya awak ada pada hari pengajaran pantun Melayu, bukan? Lain kali kalau tak tahu cakap tak tahu, jangan nak menipu saya. Faham?” teguran Razwan makin kendur. Dia bukan mahu marah sebenarnya. Cuma agak geram apabila dirinya dipermainkan oleh pelajar sebegitu.
          “Ada sesiapa rakan lain yang boleh bantu Arshad?”
          “Cikgu, rima atau bunyi akhir setiap baris pantun adalah sejajar berbentuk a, b, a, b” jawab Sufiah penuh yakin.
          “Bagus, Sufiah! Selain dari itu, siapa boleh bagi jawapan lain tentang ciri-ciri pantun Melayu?” soal Razwan kini lebih bersemangat. Dadanya lapang mendengar jawapan pelajarnya. Walaupun kelas yang diajari itu agak nakal namun masih ada wakil yang mampu menyumbang jawapan mengingati isi pengajaran yang diajar olehnya.
          “Setiap pantun Melayu itu indah dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang serta maksud” seorang lagi pelajar bangun memberi jawapan. Razwan tersenyum puas. Dia melangkah ke papan putih dan meneruskan sesi pengajaran pagi itu. ruang lingkup pengajarannya masih berkisar tentang pantun Melayu yang dipelajari tempoh hari. Cuma kali ini lebih mendalam dan mengupas persoalan dari segi tema yang tersurat dan tersirat di dalam pantun pilihan.
          Perjalanan pengajaran dan pembelajaran di kelas itu berjalan lancar. Razwan tenang dan mencapai kepuasan mengajar hari itu. Pelajar nakal yang biasa menujah lohong kesabarannya menjadi bisu secara tiba-tiba. Hati kecil Razwan bagai digeletek geli. Anak muridnya mungkin tertampar dengan teguran selambanya kepada Arshad. Aksi spontan bervoltan tinggi menyengat pangkal jiwa. Andai bergurindam bodoh tidak bertempat, silap hari bulan ada pemadam papan putih yang terbang hinggap di badan. Untung-untung sahaja mendapat habuan yang menyakit lagi memalukan.
Razwan sememangnya pantang dicabar dengan karenah pelajarnya. Namun dia masih celik mengawal keadaan bilik darjah walaupun dipijak oleh sikap anak muridnya yang nakal jua biadap. Semua itu adalah satu cabaran baginya sebagai seorang guru. Semakin tinggi cabaran semakin matang dia berenang di lautan kerjaya perguruan. Kelas Tiga Dedikasi terus berlalu dengan suasana ceria dan terkawal. Tepat jam 10.20 pagi, loceng elektrik yang telah diset menjerit-jerit gila mengejutkan semua penghuni sekolah untuk berhimpun di kantin mengisi perut yang mulai berkeroncong.
Langkahan pertama Razwan keluar dari bilik darjah diiringi dengan larian pelajar yang umpama menyerbu suatu habuan. Karenah pelajarnya yang sudah dapat dibaca. Kiri dan kanan laluan kaki lima bilik darjah dihujani dengan keriuhan pelajar yang seolah baru keluar daripada penjara pendidikan. Langkah demi langkah berlalu dengan senyuman kepada sesiapa sahaja yang mengiring. Namun satu tepukan di bahu yang tiba-tiba singgah di bahu mengejutkan dirinya.
Good Job Cikgu Wan. Prestasi pelajar kelas bimbingan Bahasa Melayu kian baik. Saya sudah dapat laporan lengkap prestasi dalam ujian gerak gempur yang dijalankan hujung bulan lalu”
“Eh, Encik Akram! Saya pun ada dengar khabar tentang itu juga”
“Alhamdulillah, usaha awak bersama Cikgu Asma berbaloi juga. Budak-budak sekolah kita sudah tunjuk minat untuk lebih berjaya!” ujar Encik Akram penuh semangat. Dia amat mengharapkan sokongan dan dorongan daripada pihak guru untuk membantu membangunkan mutu pendidikan pelajar di sekolah itu.
“Saya Cuma mengajar, Encik Akram. Yang penting kesungguhan dan kemahuan pelajar itu sendiri untuk belajar demi mencapai kejayaan” balas Razwan dengan senyuman.
“Betul tu, saya sokong dengan kata Cikgu Wan. Dah terlanjur kita ke kantin ni, marilah saya belanja cikgu makan”
“Eh, susah-susah jer Encik Akram”
“Rezeki jangan ditolak cikgu” ujar Encik Akram. Mereka berdua ketawa berdekah-dekah. Kemunculan mereka ke kantin guru menjadi tumpuan para guru yang sedang enak menjamu selera. Namun belum sempat Razwan mengambil duduk di kerusi, telefon bimbitnya bergetar memberi isyarat ada pesanan ringkas diterima. Tangannya pantas mengambil telefon bimbit dari kocek seluarnya lalu pantas menekan butang view.


“Sangkaan awak silap, hati saya masih belum terbuka untuk lelaki lain. Kak Faslin baru sahaja pulang last week dari over sea untuk melangsungkan majlis pertunangannya. Awak yang sengaja mencari silap dan dalih untuk merobek kelukaan yang awak hadiahkan. TQVM”
Mata Razwan bagai dipanah serpihan kaca. Tergamam seketika itu. Hantaran kata yang dibaca penuh bermakna. Hatinya gembira bercampur gusar. Liana masih miliknya. Namun masihkah ada ruang untuknya merawat cinta terluka ditikam samurai ciptaan yang ternyata bukan suatu sangkaan baginya?...

No comments:

Related Posts with Thumbnails