Korang ingat lagi tak kita kena joint kelas IT. ye ar nak kena ar celik IT. kan kita nak jadi cikgu yang holistik dan verstail.. mestilah kena belajar semua. Kitalah cikgu Kitalah murid. Kursus2 ni yang AJK publisiti media (PUBMED) anjurkan tu. Apa korang dah lupa? abis lah korang nanti kena dengar tazkirah Dr Siti Fatimah.. Ya ampunn Dr.
Salah satunya kursus open source yang diadakan sebelah siang berapa hari bulan entah. Tak ingat dah saya. Time tu banyak yang saya belajar. salah satunya buat blog ni lah. tu yang dah pandai ni. =) pandai ke??
Rajin geng2 PUBMED ni. macam2 diorang kendalikan dengan perancangan rapi ketuanya Cikgu Cristy dan setiausahanya Cikgu Nora kalau tak silap. Yang paling penting insan2 ini adalah antara mereka yag telah bekerja keras membantu saya merancang dan melaksanakan Program Kolokium dan Malam Graduan dengan jayanya. terima Kasih banyak2. Hope kita boleh bekerjasama di lain masa.

Inilah barisan exco PUBMED DPLI UKM 09/10
Duduk dari kiri: Mariam, Fae, Gabbie, Nora, Wani
Berdiri dari kiri: Aishah, Matt, Christ, Nan, Jenny
Yang berdiri tu lah ketua Panitia Media dan IT. korang main2lah. Dia masukkan mulut korang dengan CD kosong dia yang banyak tu. tapi garang ke dia? Habis lah saya wat salah fakta. jangan saman saya okey! saya panggil Ahmad Faiz jadi peguam saya nanti. Oh taubat saya!!
Hamboiii.. bukan main khusyuk Shazwan mengaplikasikan pengajaran teknologi maklumat. Good teacher!
Adoyai.. budak dua orang ni ape kes?? tapi macam saya kenal jer mamat yang over bergambar tu. nasib baik Puan Pengetua tak masuk. Kalau tidak ketuk ketampi lah korang. Oh, Tidak!!!

1 comment:
epullll...........nak bg links ni kat chris la hehehe =)
Post a Comment