S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Saturday, July 17, 2010

BAHAGIAN LIMA


*Gambar hanya hiasan

BAHAGIAN LIMA


Awan mendung menyelusuri dada langit. Mengendong nikmat Ilahi. Menyirami makhluk di muka bumi. Anugerah Tuhan pagi itu mengutus sedikit kesulitan. Merabunkan pandangan Razwan yag terang. Jalan raya menjadi Kabur dan licin. Namun diredah jua demi amanah yang diberi. Kedinginan suasana sungguh asyik dan menyegarkan. Silap hari bulan kedinginan itu turut meransang kelayuan mata setiap insan. Pantang disorong bantal. Have a sweet dream lah jawabnya. Hati Razwan berceloteh sendiri.

Wiper Pesona yang dipandu Razwan melambai ligat dicermin hadapan keretanya. Cermin pandang sisi dan belakang dilihat sepintas lalu tetapi fokus. Isyarat kanan diberi menyatakan arah haluan. Sejurus kemudian keretanya meluncur ke sebelah kanan jalan memasuki kawasan sekolah tempatnya berkhidmat. Lagu Sesuatu janji nyanyian Taufik Batisah masih memenuhi setiap ruang keretanya. Sudah menjadi rutin untuknya mendengar lagu apabila melangkah memasuki perut kereta. Dia juga menyanyi kecil. Sekurang-kurangnya dia tidak bosan ketika memandu. Hiburan ringan yang bisa mengubah mood Razwan yang ibarat berita bursa saham di dalam rancangan business niaga. Kekadang stabil, kekadang merudum, kekadang malar. Semua insan juga begitu.

***

“Hai, cikgu hensem” sapa seorang pelajar perempuan yang berjalan seiring dengannya. Senyuman tawar dihadiahkan kepada pelajar itu.

Kotak fikir Razwan lantas teringat akan pesanan ringkas yang diterima olehnya, lima hari yang lepas. Mesej ‘pontianak’ yang menjadi pengganggu tidurnya malam itu. adakah pelajar itu empunya angkara? Gadis belasan tahun itukah yang hendak memikat dirinya? Dia jugakah yang sengaja membuat Razwan berimaginasi gila? Penyandang beg biru itukah yang tidak tahu adab batasan antara pelajar dan guru? Soalan demi soalan menembak otak Razwan. Mahu sahaja butir-butir peluru itu dituju kembali kepada pelajar itu. Biar mati katak tidak terampun dosa olehnya. Hati Razwan geram. Namun etika perguruan tetap menjadi pegangan utama. Pelihara sikap dan nilai agar tidak mencacatkan profesion perguruan yang dibina baru setahun cuma.

“Cikgu hensem, wangi lah bau badan. Mesti cikgu pakai porfume mahal. Mari saya tolong bawakan beg cikgu ke bilik guru ”

“Oh, tidak mengapa. Terima kasih. Cikgu boleh bawa sendiri, tidak berat pun. Baik awak segera ke kelas. Bersihkan kelas atau buat apa yang patut. Hujan ni, perhimpunan pagi tidak dapat dijalankan” terang Razwan begitu detail.

“Seperkara Cikgu mahu ingatkan, tolong jaga adab. Saya cikgu awak. Bukan rakan awak” sambung Razwan. sengaja mahu merejam tuduhan yang menimbun tadi dengan gaya bicara yang berkias.

“Cikgu hemsem bagi ceramah lah” seloroh pelajar itu kepada rakannya.

“kerja rumah yang cikgu beri sebelum cuti, jangan lupa hantar di atas meja cikgu paling lewat satu masa selepas rehat” ingatan Razwan selamba. Mata pelajarnya itu mula terkebil-kebil. Suspek sudah tertangkap.

Razwan menyusun langkah terus menuju ke pejabat melapor diri dan segera ke bilik guru. Malas mahu melayan karenah pelajar perempuan yang miang keladi. Ikutkan hati, mahu dia menengking pelajar itu. Dia seolah menerima gangguan seksual secara lisan di tempat kerja. Kalau dari rakan sejawat mahu juga dilayan berbalas usikan. Sebaliknya pelajar. Apakan daya. Lebih baik diam dikuncikan mulutnya sahaja. Tiada habuan andai bergurau mesra sekali pun.

“Panggil aku cikgu hensem... macam minah indon nak mengorat sahaja gayanya” getus hati Razwan sebaik tiba di tempat duduknya. Ditarik kerusi lantas mendudukkan dirinya. Senyuman pagi dihadiahkan kepada Puan Faezah yang duduk setentang dengan mejanya. Tangannya diangkat ke langit sambil mengeliat puas. Seketika kemudian menyemak sekilas laporan pencapaian pelajar yang disempurnakan.

“Macam mana cuti baru ni, Wan? Nenek kau sihat? seronok balik kampung?” soalan bertalu Puan suzeela yang kebetulan lalu di sebelahnya. Razwan menoleh.

“Alhamdulillah, semuanya baik belaka tapi rasa tidak puas balik tak sampai seminggu pun. Ada kerja tak langsai” balas Razwan. Jari-jemarinya sibuk menekan kalkulator menghitung peratusan di dalam laporan yang sedikit silap.

“Alahai Wan, salah engkau juga, suka bertangguh kerja” bidas rakan sejawatnya kembali.

“Tapi best tau kak Zie kalau buat kerja last minit. Fokusnya lebih tertumpu pada kerja. Tak adalah melencong fikir ke tempat lain” ujar Razwan sambil mengukir senyum di bibir.

“Fikir apanya Wan? Bukan ada anak bini pun di rumah. Lainlah akak ni, nak fikir suami lah, bancuh susu anak lah, tukar lampin, kemas rumah, basuh baju, sidai kain, nak masak makan lagi, buat
revision pengajaran lagi. Banyak akak nk kena fikir setiap hari” Celoteh Puan Suzeela seperti hendak berpidato. Membongkar diari kehidupannya setiap hari.

‘Apalah perempuan ni merepek. Memanglah semua kerje tu tanggungjawab dia. Nama pun isteri orang. Nasib baik kerja melayan nafsu suami tidak diungkit sekali. Lagipun tak kan nak mengasah kuku jer di rumah. Aduh’ bisik hati Razwan hanya dia yang dengar. Dia tersenyum sendiri.

“kau ni kenapa Wan? tersengeh-sengeh pandang tingkap. Duk baca mantera mintak hujan berhenti ke apa?” bebelan kak Zie meriuhkan bilik guru pagi itu. Memang begitu telatahnya. Semua Warga SMK Seri Mahkota sudah lali. Namun hatinya baik. Perempuan umpama kakak baginya yang banyak membantu memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Alahai Kak Zie, tak kan tak tahu. Mamat poyo ni tengah angau sekarang. Fikir kekasih hati lah. Tapi tak tahulah kalau dia fikir budak jambu depan rumah sewa dia tu” sampuk Suhaily bergurau. Tiba-tiba sahaja muncul. Mengambil barang tertinggal agaknya

“Hei, kau ingat aku ni gay ke?”

“oppss.. aku tak tuduh macam tu pun. Kau tu sendiri mahu terasa lebih-lebih pula”

“I’m
straight okey.”

“Eleh, bukan aku tak tahu ko selalu jenguk budak tu petang-petang. Fadzli yang cakap” kata Suhaily diiringi tawa yang tidak putus.

‘Apa pula Pali bagi tahu Ily ni? Nak kena siasat
housemate aku ni’ bisik hati seolah tidak percaya.

“Ya Allah, Wan. Simpang malaikat empat puluh empat ko bercinta dengan golongan ‘anu’ dalam botol tu. Kau jangan, kena manderam nanti” ujar kak zie. Sengaja mengusik Razwan. Guru senior itu juga tahu akan kekasih hatinya. Dia sering meminta pendapat tentang hubungannya dengan Liana.

“Mana ada lah Kak zie, saya fikir hal kerja saja. Cuma kadang-kadang terselit memikir Liana. Rindu kat dia” balas Razwan. Matanya geram memandang Suhaily yang bergurau begitu. Mahu sahaja dicium perempuan itu sebagai balasan kemarahannya.

“Baguslah begitu. Okeylah Wan, akak ada kelas sekarang. Tak boleh lewat masuk kelas. Risau nanti kalau bergaduh budak-budak tu”

“Okey, saya nak ke pejabat jumpa Encik Akram sebentar. Nak hantar laporan pencapaian pelajar yang dia nak dari awal cuti lagi. Baru nak hantar ni” ujar Razwan sedikit cemas. Bimbang andai ditegur oleh Penolong kanan sekolah itu. Namun hasil kerjanya selalu sahaja mendapat pujian pentadbir yang menyelia hal ehwal pelajar sekolah itu. Dihatinya berdoa mengharap kali ini juga begitu.

Langkah dua rakan sejawat itu bergerak seiring keluar dari bilik guru. Setiba di muka pintu, mereka berpecah haluan. Masing-masing bergerak mengikut tujuan tugas yang digalas. Razwan masih berdebar. Setiap langkah diiringi doa agar dilembutkan hati Encik Akram menerima laporan itu walaupun lewat. Nadinya berdegup kencang seketika. Pintu pejabat dikuak perlahan. Matanya terarah pada sepasang mata yang memandangnya. Suasana yang dingin sederas bertukar bahang.

“Panjang umur Encik Razwan, saya baru saja nak
call. Encik akram mahu berjumpa” ujar kerani menyampai pesan. Matanya memandang Razwan seolah memberi khabar ada api yang sedang marak. Parah begini. Peluh jantannya sedikit menitis.

‘Ya allah ya Tuhan ku, engkau selamatkanlah hamba-Mu ini dari segala bencana’

No comments:

Related Posts with Thumbnails