S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Thursday, August 12, 2010

BAHAGIAN SEMBILAN

*Gambar hanya hiasan

BAHAGIAN SEMBILAN

Indah di mata, indah dijiwa yang berahi. Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik . Dan kubelai, sisir angin yang berbisik. Bukan rahsia, kau kekasih ku...

Pena di jemari menyusun butir-butir abjad mencoret mengikut gerak bibir yang menyanyi riang. Bilik anak gadis itu meriah menelan irama lagu kau kekasih ku nyanyian Dato’ Siti Nuhaliza. Dia sungguh taksub dengan karya seni wanita popular itu. Gemersik suara yang memukau jiwa. Corong radio bergetar deras. Sederas rentak hati yang riang berpesta. Malam itu tidak sesuram hari-hari sebelumnya. Jiwa yang parah telah terubat. Rindu yang membungkam telah surut dimamah pujukan sang kekasih. Dia semakin mengerti dengan istilah percintaan yang dititip hari-hari. Sudah lali dengan pasang surut ombak di pantai cinta.

Belaian manja disajikan ke tubuh Casey yang sedari tadi menjadi teman di kamarnya. Kucing itu seolah turut bergembira bersama Liana. Mata biru kucing itu begitu jernih menyuarakan rasa hati. Ia tidak pernah berbohong dan tidak akan berbohong. Haiwan itu kasih kepada tuannya yang banyak berjasa. Ia pasti gembira seperti Liana tatkala itu. Sebiji bola berbulu halus rona purple dibaling ke arah Casey lalu digomol seraya. Hati Liana tenang melayan karenah kucingnya itu. Tidak sesukar melayan ragam manusia yang sukar diramal. Namun andai kena gayanya semua itu akan semudah mengunyah kacang goreng sahaja.

Ketukan pintu dari luar mengejutkan Liana. Suara insan yang amat disayangi itu menangkap gegendang telinganya. Namanya dipanggil lalu disahut lembut. Kertas yang mencoret irama lagu bermotif cinta tadi disorok dibawah bantal. Sengaja tidak mahu menjadi isu bualan mama jika ditayang-tayang begitu. Kelak dirinya akan tersipu malu bersoal jawab hal itu. Persoalan cinta yang sekejap hangat sekejap suram. Adat bercinta sepasang kekasih untuk mencipta resipi cinta yang benar-benar sebati dengan ramuan dua hati. Pintu kamar dikuak lembut dan terbit masuk kelibat mama. Senyuman anak dan ibu itu bersatu.

“Anak gadis mama happy saja mama lihat. Mesti ada apa-apa ni, tak mahu share dengan mama ke?” Puan Siti Fatimah Mohd Yassin cuba mentafsir raut wajah gembira anaknya. Malam hari adalah waktu baginya malapangkan masa bersama anak-anak setelah masing-masing sibuk di siang hari. Mama Liana juga berkhidmat sebagai seorang guru di Sekolah kebangsaan Jalan Enam, Bandar Baru bangi. Sama seperti kekasih hatinya. Mungkin jiwanya selesa berdamping dengan guru. Pembimbing ilmu dan pendamai nurani.

“Tak de apa-apa lah mama. Seronok main dengan Casey ni” jawapan spontan Liana bersahut tawa. Kucing kesayangannya merebahkan tubuh di sebelah mama. Ia manja dengan semua penghuni rumah itu.

“Boleh percaya ke Yana ni, mama tengok senyum kali ni lain dari biasa” mama sedaya upaya cuba menerjah pemikiran anaknya untuk berkongsi kisah gembira dengannya.

“Casey, mama dah tak percaya Yana” Liana mencebik. Casey di peluk seperti mendakap seorang bayi.

“Bukanlah macam tu, kadang-kadang mama tengok Yana asyik berteman dengan kucing saja dalam bilik setiap malam. Bila lah Yana nak bertemankan seseorang di kamar ni?” ujar mama mengendong hasrat. Liana tiba-tiba tersentak mendengar kata itu. dia tidak menduga mama akan bertanya sebegitu. Sungguh mencemaskan.

“Bertemankan seseorang di kamar?”

“Iya lah. Yana tak mahu ke? Umur Yana pun bukan muda lagi” kata-kata mama semakin jelas memberi makna.

“Eh, malam-malam kan mama selalu teman Yana kat bilik, tak pun adik Mila kan ada. Kira okey lah tu kan mama” Liana cuba mengelak setiap persoalan mama. Dia sendiri tahu akan maksud mama. Tidak perlu berkias-kias. Lagipun memang itu yang menjadi impian di hatinya. Semua pasangan bercinta pasti punyai impian yang sama. Hidup berteman menyatukan dua jiwa berkongsi suka duka.

“Yana dengan Wan macam mana. Bila dia nak masuk meminang? Mama duk tunggu-tunggu saja ni. Abah pun sering tanya mama tentang korang berdua. Bercinta dah lama. Tak kan nak tunggu anak mama dirisik Sultan Brunei baru nak hantar cincin” mama semakin serius. Walaupun katanya bernada sindiran namun dia tidak bermaksud begitu. sebenarnya dia sengaja ingin memasang perangkap supaya Liana berterus terang. Kadang kala siasatan perlu pandai bertaktik begitu.

“Mama ni, Yana bukan taste uncle veteran lah” Liana ketawa sendiri. Lucu mendengar kata mama.

“Habis tu lambat sangat mama nak dapat menantu!”

“Alahai mama, kami tak bersedia lagi ke arah tu. Yana pun tak nak terburu-buru lah mama. Yana nak majukan butik dulu. Banyak lagi urusan tak selesai. Pelanggan pun tak putus-putus. Lagipun Razwan tengah duk bina karier dia. Jadi cikgu yang berjaya macam mama” terang Liana. Dia faham akan harapan mama untuk melihatnya dan Razwan bersatu. Dia juga ingin berkahwin. Membina mahligai cinta seperti insan lain. Namun perkara ini bukan boleh terburu-buru. Kerjaya dan cinta perlu seiring. Tanpa cinta kerjaya seolah tidak bernyawa. Tanpa kerjaya juga cinta boleh musnah. Tidak seteguh tiang tajmahal yang teguh berdiri. Sampai bila sesebuah gerbang cinta itu mampu bertahan andai kasih menjadi bekalan? Mampukah cinta itu kekal bertamu andai poket berisi habuk? Zaman sudah berubah. Kedua-duanya perlu seirama. Prinsip merpati sejoli itu sudah termaktub.

“Mama bukan apa Yana, orang keliling melihat. Yana dengan Wan kadang-kadang keluar berdua. Tak manis sebenarnya tu. Yana pun faham bukan?” ujar mama sedikit sayu. Nasihat menjentik hati Liana lantas menyalur pesan ke saraf otak untuk mentafsir kebenaran setiap butir bicara.

“Yana faham Mama. InsyaAllah selagi Yana masih waras, Yana akan jaga maruah dan diri Yana. Lagipun mama, Razwan bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan. Yana kenal dia” Yana membuat janji pada diri dan mama. Dia amat berpegang pada adab dan maruah. Dia tidak akan menconteng arang ke muka mama dan abah.

“Mama memang percayakan anak mama. Tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Mereka bebas berkata apa sahaja walau tiada kebenaran. Nanti yang malu family kita juga” mama terus membari tazkirah maghrib. Liana mendengar dengan patuh. Orang tua itu berkata sesuatu yang betul. Tiada mana-mana ibu yang ingin melihat anak mereka berduka. Ibu berdiri mengusun langkah untuk keluar dari kamar Liana.

“Yana janji semua itu tidak akan menimpa keluarga kita mama. Yang penting mama dan abah dah restu hubungan kami berdua. Kalau ada jodoh antara kami tidak akan ke mana mama” ujar Liana. Dia bingkas bangun memeluk erat tubuh mamanya.

“Tapi anak mama jangan lambat-lambat sangat okey. Mama teringin nak main dengan cucu mama” tersembur juga hasrat sebenar Puan Siti Fatimah. Usianya yang sudah separuh abad kini memang selayaknya bergelar nenek.

“Mama dah tak sabar nak jadi nenek ya? Nanti Yana kahwinkan Casey dengan kucing aunty Maizura” Liana sengaja bersoal begitu sedangkan dia tahu akan jawapannya. Dia ketawa sendiri, matanya melirik ke tubuh kucingnya yang rebah di tilam tempatnya beradu.

“Ha, mama cakap betul-betul. Dia main-main pulak!”

“Eleh, mama janganlah merajuk. Yana pun nak kahwin dan jadi ibu juga macam mama” balas Liana ikhlas dari hati. Dia sebenarnya tersimpan perasaan cemburu melihat satu-persatu rakannya yang telah bahagia ke jinjang pelamin. Ada juga yang telah dikurniakan cahaya mata.

“Baguslah kalau Yana dah kata macam tu”
“Siapa yang tak mahu kahwin mama? Tapi tunggulah masa yang sesuai. Yana akan kahwin juga nanti” ujar Liana melegakan hati mama. Dia kemuadian merebahkan kembali badannya di sebelah Casey. Mama tersenyum menjeling.

“Sudah, sudah! Jangan nak buat lembik-lembik baring-baring. Mari turun, tolong mama siapkan makan malam. Sekejap lagi abah balik dari surau boleh terus makan sama” mama memberi arahan. Pantang baginya melihat anak dara yang malas memerap di dalam bilik sahaja. Bimbang jika tabiat buruk itu terbawa-bawa sehingga selepas kahwin nanti.

Yes madam. Mama turunlah dulu. Nanti Yana joint, nak kemas barang sikit untuk bawa ke butik esok”

“Okey, jangan lambat pulak, abah dah nak balik dah tu” pesan mama lantas melangkah keluar meninggalkan anak gadisnya sendirian.

Kamar kembali sunyi. Lagu yang tadi berkumandang telah membisu. Liana berteleku di hadapan meja solek. Membelek-belek wajahnya. Tiada sebarang kedutan kelihatan. Hanya tompok jerawat yang sedikit terkesan di pipinya. Sudah menjadi parut kenangan di usia remaja. Fikirannya memikirkan kata-kata mama. Sarat dengan kebenaran yang perlu dilalui olehnya. Dia bukan semuda dahulu. Kawan-kawan sebaya satu persatu telah mendapat kunci melayar di atas bahtera. Dia masih tersangkut di alam cinta. Masih saling memanah hati yang belum sah menjadi miliknya.

Almari baju di kamar di buka katup. Fikirannya tiada tertumpu. Baju kebarung rona merah hati di capai akhirnya. Dia malas mahu memikirkan gaya dan penampilan hari esok. Semua baju yang tersangkut dipandang sama sahaja. Pesanan mama masih menjajah kotak fikirnya. Riak wajahnya bercelaru. Sekejap senyum sekejap mencebik. Lagak seperti penghuni wad sakit jiwa sahaja. Begitulah penangan amukan cinta yang boleh merangsang reseptor tubuh untuk pedih menggila.

“Casey nak kahwin tak? Nanti boleh buat grand-grand. Akak hias sangkar Casey bertemakan taman bunga nak?” soalan cepumas sengaja ditujukan kepada kucing itu. Bunyi omelan si manja hanya mampu membuat Liana tersenyum. Jawapan yang pasti ada pada dirinya. Tersembunyi di celah lubuk nurani.

“Kak Yana, cepat lah! Kita nak makan malam ni, bukan untuk lunch esok. Tak kan nak tunggu mak bentang karpet merah baru nak jenguk dapur” jeritan Mila mencantas segala fikiran yang terlintas sedari tadi. Adiknya itu menyampai pesan yang terbuku di minda mama. Hatinya terasa bersalah melengah ajakan mama. Kakinya pantas melangkah tanpa berfikir. Semua barang miliknya dicampak ke tilam.

Satu persatu anak tangga dituruni. Anak matanya terjurus ke arah mama dan adik Mila yang sedang bersiap di meja makan. Abah juga sedang duduk mengetuai meja makan. Telinganya panas tiba-tiba. Angin yang berderu dihirup dalam-dalam. Perutnya menjadi kenyang tanpa berisi sebutir nasi. Rasa bersalah menyengat di hati. Mama hanya memandang sekilas. Wajah serius memberi isyarat taufan.

‘Andai Razwan benar-benar milik ku, adakah begini tabiat ku? Leka mengabai amanah. Maafkan Yana ibu. Rindu yang terubat dijamah dengan kekalutan ciptaan sendiri’

No comments:

Related Posts with Thumbnails