S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Tuesday, August 31, 2010

BAHAGIAN EMPAT BELAS



BAHAGIAN EMPAT BELAS


Hiruk-pikuk yang bergema sedari tadi tiba-tiba bertukar sunyi. Dewan Budiman ternyata hilang segala bunyi. Semua mulut terkunci. Bagai ada malaikat menjengah di kala itu. Buku di tangan dibuka sederas. Telefon bimbit pantas disimpan di saku dan tas tangan. Masing-masing memberi isyarat kepada rakan yang masih sibuk menjaja cerita. Tangan dicuit seiring mulut dijuihkan mengarah mata melihat kelibat insan yang muncul. Beberapa saat kemudian, mata semua penghuni terarah ke satu sudut di hadapan dewan. Sekujur tubuh berbaju kurung rona hijau epal bertudung labuh terpacak di situ. Mulut wanita berkaca mata itu lembut mengucap salam memulakan mukadimah pagi itu.

“Apa yang anda semua faham tentang amalan pengajaran dan pembelajaran mengikut konteks falsafah Islam? Ada sesiapa boleh menjawab atau memberi pendapat?” soal Ustazah Siti Khadijah. Taktik lapok yang menjadi ubat peransang. Mengejutkan para pelajar dari mimpi di siang hari. Beliau mahu semua pelajar celik sepanjang kuliahnya berlangsung.

          “Pagi-pagi ni saya hendak anda buka sikit minda. Afifah mahu mencuba? Salah tidak mengapa” panggilan itu membuatkan pelajar lain tertunduk sembunyi. Masing-masing seperti kura-kura di dalam cengkerang. Enggan memberi pendapat. Mereka bukan tidak tahu tetapi sudah menjadi tabiat sebegitu. Andai di dewan peperiksaan habis semua pendapat termuntah sehingga tidak cukup kertas mengarang.

          “Dalam Islam, seseorang guru perlu membimbing dan memberi petunjuk kepada para pelajar  ke arah pembentukan dan pembangunan diri yang seimbang dan sepadu sebagai insan yang baik” jawab Afifah penuh yakin. Jawapan yang boleh dikategorikan empat bintang. Pendapat bernas yang tidak ada cacat celanya.

          “Bagus, It’s a good answer” puji Ustazah Siti Khadijah.

          “Ada sesiapa lagi nak beri pandangan tentang persoalan saya?”
   
       “Ustazah, Pendidikan dalam Islam menuntut seorang guru untuk menunjukkan sikap dan tingkah laku yang memenuhi peranannya sebagai mudarris, mu’allim, muaddib, mursyid  dan  murabbi. Tidak begitu ustazah?” ujar Farizan lantas bertanya semula mengukuh kepastian.

          “Ya, benar tu Farizan. Saya suka dengan jawapan awak. Ia sebenarnya merujuk kepada konsep pengajaran yang diutarakan oleh Afifah sebentar tadi” terang Ustazah Siti Khadijah.

          “Tapi kalau cikgu sendiri pun perangai macam syaitan macam mana ustazah? Habis student pun jadi hantu” sampuk Saif Abiem. Dia gemar bertanya sesuatu di luar kotak pemikiran. Kadang kala persoalannya berbau sensitif yang kurang menyenangkan pihak lain. Razwan yang mendengar kata itu tiba-tiba tersandar tegak. Persoalan itu bagai menampar pipinya. Kisah hitam dua hari lalu masih segar berlegar di ruang ingatan.

          “MasyaAllah Saif, kenapa awak bertanya begitu?” soal Ustazah Siti Khadijah terkejut. Namun beliau tetap menerima soalan itu untuk pembelajaran pelajar.

          “Sebenarnya semua itu bertitik tolak dari panduan ilmu wahyu dan ilmu akal. Kalau rosak pengetahuan dua ilmu itu, maka sumbinglah ajaran” jelasnya padat tetapi terkandung maksud mendalam.

          Alas duduk Razwan terasa begitu panas. Dia seolah duduk di atas duri mawar yang tajam. Kuliah yang baru bermula terasa begitu lama untuk sampai ke penamat. Dia merasakan pengajaran pagi itu bagai menghentam dirinya yang diselubung seribu rasa bersalah. Bayangan adegan ngeri yang telah terjadi bersawang di kotak fikiran. Semuanya angkara wanita itu. Andai seseorang lelaki itu dihitung kesuciannya sama seperti seorang gadis yang menjaga perawan, sudah pasti dia tergolong dalam golongan teruna yang sudah hilang makhkota pedibadi miliknya.

          Emosi Razwan bercampur baur. Geram, marah dan bengang yang teramat sangat mendengar kata-kata Saif Abiem. Mahu sahaja dia berdiri di hadapan lelaki itu, persoal ketidakpuasan sehingga membangkitkan persolan begitu. Namun tiada salah dia bertanya. Cuma pagi itu, percikan tumbukan cili dari lesung bibir lelaki itu  terpercik ke lidahnya. Maka dengan sendirinya dia terasa pedas. Tuduhan yang dibuat hanyalah mainan emosi yang masih berbara.

          “Awat nya hang ni Wan? Muka hangin ja aku tengok dari tadi. Tak sihat ka?” tegur Armieda. Kawan sekelas yang berasal dari Utara. Dia pelik melihat gaya Razwan yang seperti ada menyimpan seguni beban. Jelas terpapar di raut wajahnya.

          “Tak de apa-apa lah Mieda, aku duk risau anak bini kat rumah nu” balas Razwan. Sempat lagi dia bergurau di kala hatinya menggerutu memikirkan dugaan yang menimpa.

          “Hei, hang jangan duk buat loklarq eh! Karang kot elok nak ada bini lawa, langsung jadi antartu sampai tua dek makan sumpah aku karang. Dari ada harapan menghenyeh satu hari kot monyok setahun. Kau nak?” seloroh Armieda mengiring tawa yang tertahan. Mukanya seperti menahan angin yang terpendam di perut sekian lama. Bimbang pensyarah di hadapan terhidu jejak bualan mereka yang tiada berfokus.

“Adoi, kau ni cakap main lepas sahaja! Aku okey saja. Cuma ngantuk sikit. May be sebab aku tidur lewat malam semalam” dalih Razwan spontan.

          “Aku ingat hang demam. Mana tau kot sat gi hang tak larat boleh aku tumpangkan ke klinik” ujar Armieda diiringi senyuman.

          I’m okey. Thanks” balas Razwan. Dia turut tersenyum.

          Suara Ustazah Siti Khadijah terus berkumandang menyalur ilmu. Namun kuliah pagi itu seolah tiada bermakna bagi Razwan. Tiada sebutir ilmu pun yang meresap di kepala. Semuanya bagai angin yang berlalu. Masuk telinga kanan menyusur perlahan keluar ke telinga kiri. Sia-sia belaka. Dia gagal menghalau ingatan dosa yang mencengkam. Berat menghempap pintu hatinya. Dugaan yang berat digalas terpaksa. Dia tunduk menerima dengan redha.

**********

          Selera tengahari itu juga terbantut. Lauk ikan patin masak lemak cili api yang terhidang di hadapan mata hanya dipandang sahaja. Tidak sedikit pun terluak. Nasi putih yang disua ke mulut juga terasa mual. Nasib dirinya semakin parah dibuai rasa bersalah. Fikirannya yang kusut kian bersimpul.

          “Kau tak bersalah dalam hal ni Razwan, kau sebenarnya menjadi mangsa keadaan” ujar Jumarni. Mahasiswa jurusan Pendidikan Islam di fakulti yang sama dengan Razwan. Antara sahabat karib Razwan yang mengetahui tragedi yang menimpa. Semuanya sudah diluahkan oleh lelaki itu. Gadis berjubah rona hitam bersulam manik di daerah pergelangan itu menjadi insan pertama bagi Razwan berkongsi masalah memohon pendapat. Dia buntu.

          “Tapi Jue, payah aku nak terima semua ini. Dunia macam dah terbalik kan. Perempuan pulak yang terhegeh-hegeh cari lelaki. Dah nak kiamat kot agaknya” balas Razwan selamba. Dia sendiri tidak mengerti butir ungkapan yang dibicarakan. Semuanya mengikut sedap mulutnya sahaja untuk meniup buih kata.

          “Ish, kau ni Wan! Itulah kau, handsome sangat agaknya. Sampai semua perempuan berkenan” gurau Jumarni. Sambal sotong disua ke mulut. Dia duduk menemani Razwan makan tengahari itu.

          “Aduhai, aku serious lah! Macam mana hal aku ni Jue?”

          “Kau sekarang macam mana dengan Gabbie tu”

          “Ah, malas aku nak fikir tentang dia. Aku dah anggap macam dia tak pernah wujud dalam hidup aku!”

          “Hrmmm… aku faham perasaan kau sekarang. Sememangnya kau ada hak untuk membenci dia masa ini. Aku tak boleh membangkang” ujar Jumarni memahami. Dia tidak mahu membangkitkan emosi rakannya tika itu.

          “Nama dia dah black list dalam hidup aku. Arghh!” getus Razwan geram.

          “Lia tahu hal ni?” soalan berapi dari bibir Jumarni tiba-tiba mengejutkan Razwan. Nasib baik tidak termbur minuman yang sedang diteguknya. Andai tidak, ada juga baju yang basah disembur sirap.

          “Innalillah lah jawabnya kalau dia tahu. Apa lah kau ni tanya yang bukan-bukan” rungut Razwan.

          “Okey lah, sekarang ni yang penting Wan, kau kena banyak berdoa kepada Allah mohon petunjuk. Semuanya sudah berlaku. Masa tak boleh nak undur. Kau tetap kena teruskan juga kehidupan” pesan Jumarni. Lagak seperti guru kaunseling yang menasihati anak murid. Dia ikhlas ingin membantu memulihkan fikiran kawannya itu.

          “Memang lah aku ada buat semua tu tapi still terfikir juga hal ni”

          “kau tak boleh lah macam ni. Kalau kau asyik fikir hal ini, pelajaran kau akan terganggu. Banyak lagi tugasan yang kau belum disiapkan. Ujian pertengahan semester pun dah dekat” ujar Jumarni kerisauan. Riak wajahnya sudah menghampiri kekerutan. Dia tidak mahu Razwan hilang tumpuan semata-mata akibat suatu kecelakaan yang bukan pintanya.

          “Aku pun risau juga sebenarnya, tapi buat masa ni hanya satu saja yang aku fikir. Aku rasa nak balik kampung lah. Walaupun sekejap, aku dapat tenangkan fikiran yang tak menentu ni” Razwan memasang jalan untuk meleraikan segala kekusutan.

          “Bagus juga tu, Hujung minggu ni tiada apa-apa aktiviti. Tapi tak tahulah kalau kau buzy dengan aktiviti kolej”

          “Sibuk memanglah sibuk. Tapi aku nekad nak balik juga hujung minggu ni”

          “Oh, ya! Kau jangan duduk kampung terus pula sampai tak mahu balik sini. Kau ni bukan boleh percaya, sanggup lakukan apa sahaja kalau dah tercabut skru kat kepala tu” pesan Jumarni. Nasi yang dijamah sudah mengenyangkan. Dia bingkas bangun menuju ke sinki mencuci tangan dan mulut. Razwan masih memandang hidangan tengah hari miliknya yang masih bersisa. Sah dia gagal menghabiskan.

          Jarum pendek jam di pergelangan tepat menunjukkan pada angka satu. Manakala jarum yang lebih panjang itu lurus menghala ke sudut utara di tabir jam. Perut Razwan masih belum berisi. Ajaran hari itu tiada satu pun yang tertampal di kotak memori. Semua itu tidak diendahkan. Yang nyata tika itu dia bukan lagi berada di tempat dia berpijak. Dia hanyut bersama kenangan di kampung tercinta.

Halaman kampung yang menjadi tapak mainan Razwan ketika kecil terbentang di skrin monitor otaknya. Hanya dia yang dapat mengetahui bayangan itu. Pelepah kelapa yang ditarik Tok Wan membuatkan dia duduk gembira tidak terkata. Gigitan tebuan di pinggir bahu Zulfaizal semasa bersama mencuri rambutan di kebun Pak Dol Sayong membuatkan dia benar-benar takut untuk pulang. Bedalan Imam Faiz di punggungnya kerana melastik cicak ketika mengaji al-Quran masih terasa sengatnya. Umpan Tok Mudim untuk mengahwinkannya dengan Lina, anak Tok Penghulu selepas berkhatan juga melucukan. Satu-persatu benih nama dan rumpun kenangan berderu di ruang rindu. Dia tidak sabar untuk pulang.  Menagih ketenangan di kala ditujah ribut kekalutan. Itulah ubat penenang  jiwa yang mujarab.

          ‘Nek Wan, Kael minta maaf. Semua yang berlaku bukan salah Nek Wan. Ajaran dan didikan yang Tok Wan berikan tak pernah Kael salah gunakan. Semua yang berlaku ini adalah suatu ketentuan-Nya untuk menguji Kael’ hati kecil Razwan merintih sayu. Wajah orang tua yang disayangi itu jelas tergambar di bayangan ilusi matanya.

          ‘Sinar impian masih jauh untuk digapai. Aku tetap aku. Impian yang satu tetap menjadi dambaan walau badai tsunami melanda’

No comments:

Related Posts with Thumbnails