S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Friday, December 10, 2010

BAHAGIAN DUA PULUH SATU

 
BAHAGIAN DUA PULUH SATU
                                                                                                                         
"Sungguh ku tak mampu, menahan rindu... ah... ah...” Cik Asriq melangkah masuk ke bilik guru sambil berlagu riang. Sengaja lagu itu dilaung-laungkan pagi itu. setiap butiran lirik itu digemakan khas buat Razwan. Matanya juga sengaja dijeling-jelingkan ke arah cikgu muda itu. 
“Sedapnya Cik Kak Asriq nyanyi, Putera Katak manalah yang bertuah dapat dengar tiap-tiap malam nanti?  Alangkah damainya” seloroh Razwan. Pensil di tangan dipusing ligat berulang kali. Lagak seperti memiliki ciri-ciri bermasalah autisme sahaja. Asyik mengulang tingkah yang sama berulang kali. Itulah tabiatnya jika dibuai riang.
“Huh, putera katak kau kata?!”
“Sik kacak kah Putera Katak? Rasanya lebih kacak dari kamek” ujar Razwan di dalam bahasa Sarawak. Sengaja mencuba bahasa yang dipelajari dari kawan-kawan borneo semasa menuntut di universiti dahulu.
“Tak mengapalah, putera katak pun putera kataklah. At least aku berjaya juga buat kau bersuara setelah lama aku tak dengar kau bercakap dalam taman guru ni” balas Cik Asriq bersahaja. Dia kemudian mengambil duduk selang lima meja dari kedudukan tempat duduk Razwan. Jejaka bertali leher rona hijau lumut itu hanya tersenyum bersama anggukan mengiyakan kata-kata Cik Asriq. Jika dilayan bersembang tidak siap pula kerjanya nanti. Perbualan mereka berdua terhenti di situ.
Hari itu Razwan lapang sepanjang waktu selepas rehat sehingga waktu persekolahan ternoktah jam 2.40 petang. Lima waktu pengajarannya sebelum rehat tadi sudah penuh diisi dengan lancar dan jaya. Kebetulan tiada pula ‘watikah guru relief’ yang menyusul. Kesempatan yang ada digunakan untuk menyiapkan tugasan sambil berbual kosong dengan rakan sejawat. Puan Suzeela juga lapang tika itu. Dia duduk membaca akhbar Utusan Melayu di ruang bacaan bersebelahan meja Razwan. Mulut Razwan ringan berbual dengan wanita itu.
“Ada berita apa yang menarik dalam paper hari ni Kak Zie?”
“Tak ada apa-apa pun yang menarik. Cuma kecoh isu gejala sosial budak-budak sekolah ni” jawab Puan Suzeela.
“Hal budak-budak sekarang ni macam dah jadi satu trend pulak. Masing-masing nak tunjuk belang. Kalau tak langgar disiplin kononnya tak layak jadi student agaknya. Balik-balik pihak sekolah yang kena jawab” ujar Razwan sedikit mengeluh.
“Betul tu, kadang-kadang akak pun takut. Tak pasal-pasal kena sound dengan murid. Bukan kita lempang pelajar tapi pelajar pula yang lempang kita. dunia dah terbalik”
“Nak salah guru pun tak boleh. Diorang berada dengan guru hanya semasa waktu persekolahan sahaja, selebihnya berada di rumah. So, mak bapak kena main peranan juga” Razwan mula memberi pandangan.
“Memang pun, anak-anak akak semua akak pantau. Kau jangan lah buat main, memang akan kena punya. Biaulah anak-anak akak nak kata akak singa betina pun. Kita ni nak diorang jadi manusia” ujar Puan Suzeela. Dia kemudian bangun dan duduk di kerusi sebelah Razwan.
“Huish... garang benau kak Zie”
“Alahai, time kena garang akak garang lah! Time bergurau akak berguraulah. Bukan nak garang dua puluh empat jam” sambung Puan Suzeela.
“Ha, cakap bab-bab family ni. Kak Zie ada tak kenal mana-mana pawang atau tok bomoh yang boleh tolong buat mandi bunga? Kalau tak pun mandi buang badi?” soal Razwan mengiring sengih yang kelat. Pagi-pagi lagi fikirannya tiada lain sudah memikirkan hal cintanya. Tangannya ligat mengarang pengisian rekod pengajaran yang masih lompong. Untung-untung dia dapat meraih petua dari orang veteran yang sudah melepasi fasa pertama alam percintaan.
“Ai, lain macam jer bunyi soalan”
“Tak ada apa-apa, saja jer tanya”
            “Tak payah nak mandi-mandi bunga bagai semua tu, Wan. Kau amalkan saja baca doa mohon kat Tuhan lepas solat. Kan senang dan lebih dituntut”
            “Itu dah semestinya Kak Zie”
            “Habis tu, tak mujarab?” duga Puan Suzeela.
“Tak tahulah Kak Zie, kadang-kadang saya rasa geram dan kadang-kadang saya rasa bersalah sangat. Mana tak nya kak, berpuluh kali saya cakap benda yang benar beratus kali dia nafi kebenaran tu, kononya hilang percaya kat saya lah, saya tak hargai dia lah, saya permainkan cinta dia lah!” Razwan merungut sendirian mengadu hal dirinya kepada Puan Suzeela.
“Ooo... ni hal konflik yang kau cerita kat akak hari tu lah ye?” soal Puan Suzeela. Razwan mengangguk tanda benar. Namun wajahnya tidaklah sesuram dulu. Dia sudah boleh terima dengan situasi sebegitu. Cuma perlahan-lahan mengatur langkah mengembalikan pendamaian yang hilang.
“Kau ni pun satu hal lah, akak nak nasihat lebih-lebih pun tak guna juga. Lain orang lain gaya pujukannya. Tapi yang penting kau kena terus berusaha pujuk dia. Tak ke mana rajuk perempuan ni Wan. Last-last lulur juga hatinya” ujar Puan Suzeela memahami. Razwan hanya tersenyum memandang.
“Kau ni tak romantik kot. Gaya jer tangkap jiwang tapi tak pandai nak main madah pujuk perempuan” Puan suzeela bergurau lagi.
“Nak romantik macam mana lagi Kak Zie. Dah puas bermadah pujangga dah. Tak kan nak ‘comolot’ kot” balas Razwan selamba. Dia memang kadang-kala bergurau ikut sedap semburan bicara sahaja. Puan Suzeela menjegilkan matanya tanda marah. Tangan wanita itu laju memiat lembut telinga Razwan. Ingatan dan gurauan. Selayaknya Puan Suzeela bertindak begitu sebagai amaran buat Razwan menjaga bicara. Mereka tidak ubah seperti adik dan kakak yang saling menasihati. Razwan pula sememangnya dahagakan kasih seorang kakak. Eloklah begitu, asalkan tidak melanggar adab dan batas melampau.
Okeylah Wan, akak ada kelas ni. Akak gerak dulu ya” ujar Puan Suzeela meminta diri. Dia kemudian melangkah keluar dari bilik guru sambil mengendong buku latihan pelajar yang sudah siap disemak beserta sebatang rotan. Guru wanita memang begitu. Rotan itu hanya sebagai gimik sahaja. Kononnya garang dan tidak boleh dibawa berunding di kala pelajar membuat masalah. Hendak merotan pelajar lemah lutut juga dibuatnya. Namun sekali sekala rotan itu terangkat juga hinggap di tangan pelajar. Amarah berupa amaran untuk didikan buat pelajar yang degil dan ingkar pada arahan.
Persekitaran bilik guru lengang tanpa penghuni. Hanya tinggal beberapa guru sahaja yang tiada kelas pengajaran termasuk Razwan. Rancangan Pengajaran harian yang lompong terdahulu dan esok harinya sudah termaktub. Buku latihan pelajar juga sudah siap disemak. Dirinya tika itu bebas tanpa agenda tugasan yang perlu difikirkan. Masa itu digunakan untuk melayari internet menjengah pautan laman sosial yang sudah lama ditinggalkan.
Razwan berteleku seketika sementara menanti skrin komputer mininya menangkap gelombang dunia tanpa sempadan. Tetikus digerakkan ke kiri ke kanan. Jari telunjuknya kemudian menekan tebing kanan tetikus dan di klik pada refresh. Pautan internet segera diconnect. Paparan semakin jelas.
Butang-butang abjad di papan komputer mini ditekan pantas. Selang beberapa saat laman email miliknya terhampar. Terbeliak matanya melihat deretan hantaran email yang diterima. Masa itu tidak sesuai untuk menilik semuanya. Banyak juga penghantar bernama Liana tersimpan di inbox email. Namun matanya hanya terpanah pada satu hantaran paling terkini dari Liana. Panah tetikus ditujukan ke arah nama itu lantas terpapar input hantaran.
As’ Salam,
Sesungguhnya saya tidak pernah berpatah arah. Hati saya masih berbunga. Tidak sesekali mati mengharap. Cuma warnanya redup disembur aroma tengik ciptaan awak. Rajuk yang terlarut masih belum sebati dengan cairan jiwa saya. Awak pula berdiam tiada berkhabar. Mengapa perlu mengutus kuntum bunga? Mengapa tidak awak tampil bertentang? Apakah awak mengalah dalam tuaian cinta ini? Atau awak yang berpatah arah? Saya tak bisa juarai cinta yang saya tak punya kerana awak pengemudi rakit cinta itu...
                                                                       Hati merintih duka...
Mata Razwan akhirnya berkedip jua. Puas dia meneliti setiap baris abjad yang tercoret membentuk makna. Ternyata kali ini dia bersalah lagi. Taktik berdiam bukanlah kaedah terbaik dalam bercinta. Isi tersirat yang paling penting di sebalik naskah email Liana adalah dia masih menerima Razwan walau jiwa terhiris duka.
Thanks a lot my honey. Abang tak akan sia-siakan cinta kita. Percayalah!” Razwan bercakap sendiri. Tiada cikgu lain di kiri kanannya untuk mendengar luahan itu. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat tanda puas. Telefon bimbit yang terdampar di sebelah komputer mini dicapai sederas. Nama ‘HoneyMyLove’ ditekan pantas. Dia menunggu penuh debar. Talian tiba-tiba dimatikan. Rasa pelik menyelubungi dada. Cubaan ke sekian kalinya juga begitu.
Apakah motif semua itu? Talian bertubi-tubi dimatikan. Adakah rajuk sang kekasih menggila semula? Perlukah ada talian hayat demi menghubungkan rentak cinta agar melodi cinta itu mengalun syahdu kembali? Razwan buntu. Sapaan bayu gembira yang menyentuh jiwa hanya seketika cuma.

No comments:

Related Posts with Thumbnails