S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Monday, July 12, 2010

BAHAGIAN DUA


* Gambar hanya hiasan.

~BAHAGIAN DUA~

Hembusan angin lembut melayangkan helaian rambut Razwan. Sengaja ditaruh panjang sejengkal dibahagian hadapan. Kalau di sapu gel, disikat rapi kemas terpacak jambulnya. Tabiat cucu Nek Wan sejak kecil lagi. Pantang disuruh gunting sewaktu kecil dahulu. Habis satu rumah bersepah diamuknya. Kini tiada siapa boleh mengawal dirinya. Semua miliknya dijaga sendiri, diatur tanpa banyak halangan. Cuma terikat sedikit dengan arahan penghuluwati dihatinya. Ratu yang bertakhta di sanubari. Sudah lama tidak ketemu. Hanya telefon bimbit dan Yahoo! Messenger menjadi penghubung kasih yang kian mekar.

Sehingga saat ini dia tidak kesampaian mencambahkan janggut mudanya lebih dari seinci. Pasti disuruh cukur. Tidak macho menurut kamus Liana Raudhah. Serabut dan kusut dimatanya. Lagipun Razwan juga rimas. Geli bila ada bulu-bulu di dagu yg mencuit lehernya ketika menunduk. Begitu menurut kamusnya pula. Pelbagai ragam manusia. Masing-masing punyai gaya dan prinsip hidup. Namun kumisnya yang bertunas di atas bibir itu sudah mampu mempamerkan ketampanan si anak teruna.

Langkah kaki terus menghala ke warung Mek Leha. Sengaja mahu berjalan kaki. Lebih sempurna menjalankan sesi melawat kampung. Umpama Yang berhormat lagaknya. Sudah lama tidak merasa nikmat hidangan wanita bermulut kepoh itu. Sesuka hati Razwan melempar kata. Dalam hati semua berani. Bicara berdepan beralas sutera. Air liur pun tidak terpercik. Lagipun itu bukan juga matlamat utamanya, dia mahu cuci mata melihat anak gadis Mek Leha kelahiran Cik Siti Wan kembang di situ. Sengaja memasang jerat berbual kosong. Sambil menyelam minum air. Oh lelaki. Begitulah feelnya.

“Eh, Abang kael bila balik. Lama tak Nampak batang hidung, makin kacak sekarang” tegur Shila, anak kedua Mek Leha. Senyum mereka barsahut. Bila masa pula Razwan bernikah dengan kakak sulong shila? Gaya memanggil sayup semacam, seperti ada taman bunga dihatinya minta disiram. Parah kalau begini. Getus Razwan sendiri. Namun dilayan jua. Memang itu juga hajatnya. Hendak memancing perempuan.

“Dah seminggu dah balik, sengaja lepak di rumah sahaja, berbual dengan Nek Wan. banyak cerita hendak dikongsi. Maklumlah
time cuti macam ni sahaja abang dapat jenguk kampung. Esok dah nak pulang, sekejap je rasa” balasnya selamba. Walaupun mulut membalas bicara shila, namun sepasang matanya tepat memandang anak gadis di sudut dapur.

“Dah nak balik? baru
plan nak ajak abang kael pergi Bandar makan KFC” seloroh Shila juga bersahaja.

“ Abang banyak kerjalah shila, ada kerja tertangguh. Itu pasal kena berkejar balik...”

“Betul tu dik, akak pun ada
plan nak ajak Abang kael tengok wayang juga. Cerita Jangan pandang belakang Congkak. Hrmm... tapi kalau orang tu tak sudi apa boleh buat? Takkan nak dipaksa.” belum sempat Razwan menghabiskan kata Sofea sudah membalas dari ruang dapur. Terkesima dirinya sejenak mendengar suara lunak anak sulong Mek Leha. Tidak sedar ada kekasih hati yang merindu.

“Ooo... pasang telinga rupanya orang di sana, orang di sini ingat orang di sana khusyuk buat kerja tolong emak dia, rupa-rupanya...” sengaja dia mematikan kata menanti reaksi Sofea.

“Eleh... ingat telinga orang di sini pekak ke?orang di sana bukan bercakap dalam kelambu” laung Sofea kepada Razwan. Ada-ada sahaja mereka bila berjumpa. Mencari modal memeriah suasana. Kali ini dia tidak membalas sepatah kata. Cuma tersenyum sambil duduk di kerusi kayu yang tersedia di Warung Mek Leha.

Sofea keluar membawa segelas teh ais kegemaran Razwan dan kembali semula ke dapur. Sepantas kilat matanya tertuju kearah pinggul Sofea yang melenggok ke kiri dan ke kanan mengikut rentak langkah yang ayu. Andai dapat disentuh bahagian itu. Pasti gejolak jiwanya. Tertunai juga objektif agungnya. Memang dasar lelaki nakal. Adat lelaki bujang gatal. Hormon jantannya galak berdangdut di dalam tubuh seusia itu. Tidak kira seorang guru mahupun ustaz. Cuma cara mengawal emosi dan nafsu menjadi percaturan.
It’s normal. Bukan buat benda tidak baik pun. Tidak ada berdosa besar pun. Hanya memandang anugerah Tuhan. Hatinya mengucap syukur lalu ketawa kecil. Dia sendiri yang faham akan motif tawanya.

Selepas membasahkan tekak menikmati air tangan Sofea, Razwan bingkas bangun mendekati Mek jah lalu membayar sehelai wang kertas berwarna biru tua. Mek Jah hanya diam. Namun senyuman tetap meniti dibibirnya menampakkan sebatang gigi emasnya. Mungkin penat agaknya. Bekerja seawal pagi. Warungnya memang
famous di kampung ini. Tambahan pula dapat sepinggan nasi lemak dengan tek tarik, memang terangkat habis.

“Makcik Leha, kirim salam dekat Sofea! Pesan kat dia jangan selalu merindu. Nanti datang angau, Abang kael susah.” Pekikan Razwan bergema di setiap ruang warung. Umur sudah mencecah dua puluh tujuh tahun tapi perangai masih seperti budak-budak. Sudah terbiasa begitu.

“Ha.. kamu jangan main-main, kael! Makcik ni memang dah berkenan. Nanti Makcik yang hantar pinangan nanti. Biar timba cari perigi pun tak pe, Makcik tak peduli asalkan dapat jadi ibu mertua kamu” Balas Mek Jah berseloroh. Mereka anak beranak tertawa terkekek-kekek. Terkena juga Razwan akhirnya. Malu bukan kepalang.

Tidak banyak aktiviti di kampung kali ini. Hanya sempat ronda-ronda kampung beberapa kali sahaja. Kawan-kawan lama juga tidak sempat ketemu. Lagipun masing-masing dengan haluan sendiri. Ada juga yang sudah merantau keluar negara. Menatang rezeki melimpah ruah. Namun dirinya puas. Dapat berjumpa Nek Wan dan ziarah pusara Tuk Wan. Beg baju semua sudah siap berkemas. Tunggu masa dan saat sahaja mahu bergerak pulang. Jauh juga perjalanan dari Kuala kangsar ke Melaka. Tujuh jam bersengkang mata memandu. Itupun jika tidak berhenti mana-mana. Jika singgah beristirehat mahu makan sehingga berjam-jam meleret.

“kau jangan serik nak balik kampung ni Kael, Nek Wan sunyi. Sudah tiada siapa-siapa lagi yang rajin jenguk Nek Wan” pesan nenek bernada rintih sedikit menjentik jiwa Razwan.
Remote ditangan ditekan mencari siaran menarik. Dia sedar neneknya itu menagih kasih dari anak dan cucu. Tambahan pula di usia emas begini.

Rumah kampung tinggalan arwah datuk hanya dihuni oleh Nek Wan seorang sahaja. Jika tiada jiran, anak menantu datang bertandang, ayam dan itiklah menjadi teman orang tua itu. Entah dengan siapa mahu diluah rasa sepi dan duka. Kalau Razwan, mahu mereng dibuatnya duduk sendirian. Kalau hendak meriah pun tunggulah masa hari raya. Semua datang berhimpun sanak saudara. Namun kemeriahan seketika Cuma. Habis musim perayaan teratak desa bertangga batu itu kembali membisu tanpa kedengara suara riang.

“Nek Wan ikut Kael je lah balik Melaka, boleh juga kael tengok-tengokkan...” belum sempat Razwan menamatkan ajakan. Tersembur suara lain pula.

“Habis tu sapa nak bagi ayam itik Nek wan makan? Nek Wan tak mau” jawapan yang sama setiap kali menerima pelawaan cucunya. Sudah boleh dihafal skrip itu. Didengar sahaja ulang suara itu tanpa bidasan. Andai dibidas risau bertambah pula dosa yang menimbun. Jauhkanlah dirinya dari sikap
mazmumah itu. Lagipun memang begitu karenah orang tua. Mereka sayang akan tanah di kampung. Tempat terjatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermadu kasih di usia muda. Menjadi kenangan sepanjang hayat.

Rancangan Jangan Lupa Lirik di astro ria menjadi hambar malam itu. Ya, Abang Aznil. Saya yakin betul saya kunci lirik ini! jeritan peserta wanita gedempol yang
over ditonton paksa. Namun dilayan jua sementara menanti matanya memberi isyarat. Esok sudah mahu pulang. Harap meluncur lancar tanpa sebarang kusut yang menduganya.

Insya Allah...

No comments:

Related Posts with Thumbnails