S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Saturday, November 6, 2010

BAHAGIAN LAPAN BELAS


BAHAGIAN LAPAN BELAS
                                                                                                                         
Fadzli menghempaskan tubuh di atas sofa. Dia resah melihat gelagat Razwan yang lebih banyak berdiam. Kawannya itu benar-benar berbeza dari biasa. Dia faham akan hati lelaki yang dilanda badai cinta. Dia juga pernah terheret dengan situasi begitu bersama Zulfa. Namun hanya seketika luka yang terhiris sudah bertaut kembali. Elergi cinta Razwan kali ini seolah retak menanti derai. Dia enggan bertanya lebih-lebih. Bimbang andai persoalan yang dijual, dibeli dengan tikaman kata sahaja.
          Kelibat Razwan dengan hanya bertuala rona jingga tiba-tiba muncul dari ruang dapur. Dia baru sahaja usai membersihkan diri menyegarkan tubuh. Rambut yang masih basah dibiarkan menitiskan air ke bahu. Dada bidangnya sengaja digaru-garu walaupun tidak gatal. Ikatan hujung tuala dikemaskan agar tidak terlondeh dari pautan di perutnya. Dia seolah kelu untuk memulakan bicara dengan Fadzli. Masalah yang menimpa diri melumpuhkan peti suaranya di rumah itu. Sudah lama dia membisu. Dia bimbang perubahan sikap itu memberi isyarat buruk kepada sahabatnya itu.
          “Pali, Kau teman aku pergi jumpa kawan aku, nak?” ujar Razwan memulakan bicara.
          “Kau kenal aku lagi ke? Aku rasa aku duduk sorang jer dekat rumah ni” balas Fadzli dengan nada serius. Dia sengaja mengacah kawannya itu. Dia tidak sedikit pun mengambil hati malah turut bersimpati dengan nasib Razwan yang sering diuji percikan api cinta.
          “Kau jangan macam ni Pali. Kalau kau tak der, aku nak harap siapa lagi kat sini? Dah lah kekasih aku marah aku, nak mengadu dekat Nek Wan pun jauh. Kau pulak nak sisihkan aku” rintih Razwan. Kakinya segera melangkah masuk ke kamar.
          “Eleh, nak merajuk konon. Aku jentik karang baru tau” Fadzli berseloroh.
          “Tak pe lah Pali, biar aku tanggung sorang-sorang masalah aku ni. Kau dah gembira denga Zulfa, aku ni ada saja problem dengan Liana” baju T-shirt  berkolar rona putih disarungkan ke tubuh sasa miliknya.
          “Weh, aku gurau jer lah! Nak merajuk pulak anak teruna ni. Rilexs lah bro” Ujar Fadzli cuba memujuk. Razwan hanya membisu. Pintu kamarnya diketuk berulang kali. Fadzli bimbang andai kawannya itu bertindak di luar kawalan. Beban masalah yang menghimpit boleh mendesak seseorang untuk hilang kawalan diri. Satu-persatu kes dilaporkan di media masa kini. Itulah yang membimbangkan Fadzli.
Selang beberapa minit kemudian, pintu kamar di buka perlahan. Razwan keluar dengan lengkap berpakaian mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Mulutnya masih terkunci. Dia juga sengaja menguji kawan serumahnya itu. masing-masing punyai matlamat dalam mengenakan kawan. Kali ini dia ingin menang dalam adegan pujuk-memujuk itu. Dia seolah hilang rasa bersalah yang terbuku. Dijiwanya tersembunyi segerombolan tentera tawa yang menggeletek dinding hati.
          “Aduhai, kawan aku sorang ni sabau jer ar! Nanti sekejap, aku ­follow kau. Jangan pergi clubbing sudah!” ujar Fadzli lantas bergegas masuk ke bilik menukar pakaian. Usai menyarung baju kemeja dan jins, dia keluar menuju ke kereta mengambil tempat sebelah pemandu. Razwan masih seperti tadi. Dia leka membetulkan cermin pandang belakang untuk memastikan pandangannya jelas dan tidak terganggu.
          “Eh, kau ni apa hal? Kau jangan nak buat benda bukan-bukan! Turun lah, bagi aku drive. Risau aku tengok kau ni. Silap hari bulan aku pun ‘pindah’ sekali” bebel Fadzli dengan nada yang kian tinggi. Dia geram melihat reaksi kawannya yang terus membatu.
          “Tak de apa-apa lah. Kau duduk jer diam-diam kat situ. Ikut jer”
          “Memanglah aku ikut kau, tapi kau nak ke mana. Sat gi kot-kot nak ke masjid tak ke naya aku pakai smart-smart gini? Ujar Fadzli was-was. Dia seboleh-bolehnya ingin tahu ke mana arah tuju kawannya itu.
          “Ha, jumpa awek boleh pulak melawa! Pergi masjid nak mengadap Allah tak kan nak pakai selekeh kot?”
          “Ada juga yang makan kasut aku ni karang. Kau jangan nak buat ceramah perdana pulak kat aku lah” balas Fadzli. Tangannya menolak bahu Razwan sekuat hati.
          “Weh, sakit lah! Kau ni apa hal pikir bukan-bukan pulak ni? Aku nak pergi jumpa kawan sekampung aku yang aku cerita kat kau terlibat dengan bikin-bikin drama tu. Dia baru mesej aku tadi. Kebetulan dia buat pengambaran dekat area Lubok Cina” jawab Razwan berterus terang. Dia gusar melihat telatah Fadzli yang semakin bengang dengannya.
          “Ha, kan senang cakap awal-awal gitu! Ni nak berteka-teki dengan aku. Kot lama aku tunggu jawapan kau, penyet kau aku lipat kerusi ni karang. Kau ni buat aku bikin panas jer dari tadi. Perangai dah macam budak-budak sekolah” Fadzli menghembur geram.
          “Woi, bawa bertenang bro. Pandai tak aku berlakon. Nanti boleh aku try mintak kawan aku tu ambil aku jadi pelakon extra”
          “Kau nak berlakon? Muka kau jadi pelakon adegan panas boleh lah kot”
          “Wah, bagus gak tu! Dapat ‘main’ free. Kau tak nak? Dapat duit lagi tu. Sebulan kerja dah boleh pakai Porsche Carrera GT
          “Nak rasa kahwin dulu bro, kau jangan ingat mudah-mudah nak rodok pompuan sesuka hati. Adoyai, parah kau ni!”
Test power jer dulu. Rasa nikmat, baru kahwin rancang hidup bikin baby” balas Razwan selamba.
“Habis tu kalau tak de nikmat, kau nak alih angin pungut anak-anak ikan macho buat rembes ‘air’ ko?”
“Woi, agak-agak lah beb. Nabi tak mengaku umah nanti. Simpang malaikat empat puluh empat. Aku masih kenal jantan betina lah, confirm tak tersalah pilih punya!” seloroh Razwan semakin menggila. Dia hampir lupa akan kisah cintanya yang masih terik. Hilai tawa dua sekawan itu memenuhi segenap ruang kereta. Deruman enjin semakin kuat membawa mereka terus ke destinasi yang dirancang lewat petang itu.
**********
Cahaya samar lilin yang menyinar tiba-tiba terpadam. Lubuk berlantai rentangan guni yang tadinya bersinar terang beralih kegelapan. Suasana pedih kian merintih. Sepintas tangan sasa Dickson melayang ke pipi gebu Julia. Umpan yang diratah hari-hari. Muka bengis jejaka bidayuh itu benar-benar menakutkan. Peluh jantannya memercik ke pintu rumah usang yang rongak. Baju t-shirt Guess rona lusuh sudah lama tertanggal menampaklan dada bidangnya.
“Anak ni anak kau! Kau harus bertanggungjawab!” pekik Julia. Gelombang bicara yang bergetar di corong telinga ‘hero’ membuatkan jiwanya merasuk gila.
          “Kau jangan nak buat gila. Tak ada dalam kamus hidup aku untuk miliki zuriat! Lagipun, betina sundal macam kau ni layak kah nak jadi mak? Mak ayam okey lah kot” kemarahan Dickson disembur keluar. Tengkingan garaunya memecah suasana sunyi tika itu.
          “Jantan sialan, tak guna kau! Apa kau nak semua aku bagi. Mutiara milikku kau ragut macam hanjeng lapar. Tak larat dah aku nak bunuh anak dalam perut aku. Ko senang-senang jer terkam aku!” balas Julia kegeraman.
          “Aku tak kira, kita mesti kahwin!”
          “Kahwin, apa aku dapat kalau kahwin dengan kau? Tak de nikmat dah. Lorong terowong dah bolos!”
“Mulut you jangan nak celupar kutuk-kutuk I okey. Perangai you macam jalang, you tak sedar pulak! I ni kalau tak kawan dengan you, i tak kan hidup begini” tingkah heroin pertahan diri.
“Cut !” laungan sepatah itu mematikan adegan yang kian menampakkan aksi melampaui tontonan umum.
“Okey, take a break for fifteen minutes. Mona, touch-up make-up heroin untuk next babak” arahan Azli mencapangkan telinga anggota produksinya. Masing-masing punyai komitmen untuk kelancaran dan kualiti drama pendek yang menonjolkan isu remaja liar masa kini. Semua usaha dipastikan mampu menarik minat dan memberi impak berkesan kepada penonton. Elimen ini penting dalam penerbitan sesebuah drama mahupun filem.
Di sudut hujung set pengambaran kelihatan seorang lelaki bersinglet biru muda terkedek-kedek berlari sambil menjerit-jerit lembut memanggil nama heroin yang entah ke mana menghilang. Tugas Mona Rihanna atau lebih dikenali sebagai Mona sememangnya penting. Dia bermain dengan segala macam debu berwarna dan maskara hitam untuk ditempelkan ke wajah para pelakon. Dari jauh terpancar riak mata lelaki dua alam itu memerhati langkah Razwan yang bergerak menuju ke kerusi pengarah.
“Mak tak tahan tengok mamat tu nok. Gagah berurat tangan dia. Bergetar dada mak ni nok. Memang taste sangat” ujar Mona kepada seorang jurukamera yang kebetulan berada disebelahnya. Tangannya dilambai ingin menarik perhatian. Mulutnya sengaja dijuihkan ke arah Razwan. Naluri yang seolah tidak terbendung.
“Kalau mak dapat, kenyang mak ratah dia nok. Oh, my prince! Welcome to my room” luahan Mona kian tak ketahuan. Hanya dia yang memahami. Tugas yang diarahkan masih belom terlaksana.
“Tak dapat lah den nak menolong nyah!” sindir jurukamera dengan suara garau berbaur tawa. Dia lantas meninggalkan Mona tercongok keseorangan memerhati gerak Razwan. Bimbang dia pula yang menjadi mangsa.
 Keriuhan pekik tenaga produksi yang sibuk berbincang sebelum memulakan pengambaran untuk babak seterusnya menyebabkan kehadiran Razwan samar. Azli tidak menyedari akan kehadiran kawan sekampung yang dijanjikan untuk berjumpa. Hanya insan tertentu sahaja yang tersedar akan kewujudannya bertadang ke set lokasi itu.
“Ha, datang pun kau! Sihat ke?” ucap Azli ringkas sebaik terlihat kelibat Razwan berdiri di sebelahnya.
Sorry lah beb. Aku sibuk sikit. Banyak kerja tak langsai lagi. Entah berapa kali ulang babak yang sama saja untuk dapatkn shoot terbaik. Kau pun pahamkan” sambung Azli menerangkan perihal kerjanya.
“Aku sihat saja. Kenalkan kawan aku, Fadzli” jawab Razwan seraya memperkenalkan Fadzli kepada Azli. Mereka berdua bersalaman. Dua kerusi malas disua oleh seorang rakan produksi Azli lantas mempersilakan mereka duduk. Senyuman mereka bertaut. Mata Fadzli terus memerhati ke segenap ruang lokasi yang menjadi set pengambaran. Kiri dan kanan penuh dengan kamera dan lampu-lampu yang terfokus pada aneka props yang berserabut.
“Kau buat pengambaran drama apa ni Azli? Set semak semacam jer. Nak sambung movie Lang Buana ke apa?” soal fadzli selamba seolah sudah kenal sekian lama. Dia memang ramah. Apa sahaja yang terlintas di fikiran pasti disoal tanpa terselindung.
“Aku buat drama pendek kupas isu remaja masa kini. Kisah minah rempit yang selalu kena lauk dengan kutu rayau. Tapi semuanya hanya simbolik. Tak de lah sampai babak melampau. Kita Malaysia beb, kena jaga adat buat filem. Kalau lebih-lebih nanti, silap hari bulan masuk tong sampah jer drama aku” terang azli panjang lebar. Dia tersenyum bercerita.
Before  ni kau buat pengambaran dekat mana” sampuk Razwan pula.
“Kat area bukit bintang. Situ memang port besar kancah sosial. Tempat ni pun kawan aku yang cadang kat aku. Bila geng aku datang tinjau. Diorang kata menarik dan sesuai. Itu pasal yang menyusur sampai ke sini tu”
“Hebat jugak kau ye? Dulu time sekolah,nak berkawan pun malu-malu. Sekarang dah pulun kerja berdepan dengan orang ramai pulak” ujar Razwan berseloka. Dia kenal Azli sejak kecil lagi. Rakan sekampung yang bagai belangkas. Di mana sahaja ada aktiviti sekolah pasti ada mereka berdua.
“Ha, apa hajat sebenarnya yang kau nak sangat aku datang ke set kau ni?” soalan yang sedari tadi igin ditanya kepada Azli. Razwan tergesa-gera pulang dari sekolah petang tadi semata-mata untuk memenuhi ajakan kawannya itu walaupun terlibat dengan latihan olahraga selepas waktu persekolahan. Tambahan pula, sudah lama mereka tidak bertemu. Rindu sesama kawan memaksa dia untuk datang bertandang ke situ.
“Oh, ya! Actually, aku nak ajak kau makan kenduri”
“Kenduri apa pulak ni? Belum siap drama dah nak buat keduri doa selamat?” seloroh Razwan diiring tawa.
“Bukan kenduri doa selamat lah, aku nak jemput kau ke kenduri kahwin aku bulan depan” ujar Azli membetulkan gurauan rakannya. Razwan terkedu. Wajahnya bagai dipaksa memapar senyum. Sekeping sampul surat berisi kad jemputan rona putih susu dicapai dari beg galas Azli lalu dihulurkan kepada Razwan.
“Fadzli pun jemput lah datang sekali. Boleh jalan-jalan kampung nanti” ajak Azli bersungguh. Fadzli mengangguk tanda setuju.
“Ooo... Dengan Mardhiah anak tuk penghulu ke?”
“Iya lah, siapa lagi? Kekasih aku tu jer lah yang satu”
“Panjang umur hubungan kau dengan Mar kan? Start time budak-budak nak ambil SPM sampai sekarang dah nak ke jinjang pelamin dah” bicara Razwan bernada ceria namun jelas kelihatan suram di alis wajahnya. Dia terkenang akan Liana yang entah bila akan menjadi miliknya yang hakiki. Andai Azli mampu pertahan istana cinta mereka sekian lama, kenapa tidak baginya yang baru mencecah lima tahun usia perhubungan.
“Kalau dah jodoh tak kan ke mana kael. Kau pulak bila nak langsung nya? Dulu aku jumpa Nek Wan kat Kampung, dia cakap kau pun dah tak lama dah. Senang-senang kita langsung satu majlis jer lah” gurau Azli. Tawa mereka bersatu meriuhkan suasana. Razwan sengaja menyembunyikan masalah cinta yang menghimpit.
“Betul lah tu Azli, dia tengah kumpul duit jer sekarang ni. Cukup jer nanti InsyaAllah makan beradab lah dia” Fadzli sengaja mencelah mengendurkan ketegangan di hati Razwan. Dia sentiasa peka dan memahami akan kawannya. Setiap hari duduk serumah, manakan dia tidak dapat menangkap perubahan sikap Razwan yang sukar berselindung sekian lama. Bahu Razwan ditepuk berulang kali. Hilai tawa meraka masih bersisa kedengaran.
“Okey lah kael, aku ada kerja nak kena settle. kau lepak-lepak lah sekejap tengok pembikinan drama aku. Bukan senang nak dapat peluang begini” ujar Azli mohon memulakan tugasnya semula. Razwan dan Fadzli memandang antara satu sama lain lalu memberi isyarat mahu menunggu sahaja di situ. Tambahan pula, Razwan turut meminati bidang seni seperti itu. Sering kali dia ke Istana Budaya bertemankan Liana menyaksikan pementasan teater yang diadakan. Fadzli juga tidak terlepas daripada menjadi peneman bersama kekasih dua sejoli itu.
          “Action!” laungan kata dari bibir pengarah umpama kunci penggerak patung-patung manusia yang bermain di pentas rakaman manusia sendiri. Mainan perasaan yang nampak tulus dari hati para pelakon walaupun sebentar tadi bergelak ketawa bertepuk tampar di lokasi yang sama.
‘Sungguh unik perasaan yang tercipta. Andai aku mampu ubah perasaan kekasih ku sepantas itu dengan suatu kunci azimat. Alahkah damai alam cinta tanpa sergahan anasir perosak mood cinta ku’ getus hati Razwan sendiri.
Razwan hanya termangu memerhati membuat seribu satu andaian ragam manusia. Dia gemar memerhati kerana di dalam permerhatian itu terselit inti yang bisa menjadi rencah tauladan hidupnya yang kian lama kian parah disimbah cahaya cinta yang terik. Razwan tidak cepat mengalah dalam meniti pelangi cinta. Dia pasti pesanan ringkas yang diterima daripada Liana, satu tafsiran yang memberi sinar untuknya kembali menabur baja cinta.
‘Semakin lama semakin mendalam kisah cinta yang terus berasap di segenap lubuk hati kecil ku yang lemah, namun akan ku rempuh segala untuk kupastikan mahligai angan ku benar-benar tercipta!’

No comments:

Related Posts with Thumbnails