S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Thursday, July 29, 2010

BAHAGIAN TUJUH

*Gambar hanya hiasan

BAHAGIAN TUJUH


Bintang bertaburan menghiasi bumbung langit. Sungguh indah. Bulan pula mengintai sinar mentari untuk menampung terik cahaya di sebalik tirai awan. Suatu keangungan yang tiada ternilai. Tiada sesiapa mampu menidakkan kebenaran itu. Razwan memasang angan-angan ingin bersanding di kamar kayangan itu. Bayangan yang sememangnya sukar disuratkan di atas sekeping kertas. Hanya mimpi menjadi penterjemah segala angan-angan. Adakah fantasi mimpi itu mampu bertukar realiti sedangkan angan yang dikait sedang kusut bersimpul. Fikiran Razwan terus melayang.

Pandangan Razwan bersilih ganti memerhati bintang-bintang dan buku diari berkulit hitam miliknya. Dia menongkat dagu menduduki kerusi di meja bacaan. Cahaya lampu meja yang menerangi kekaburan sudut itu tidak setanding percikan sinar bintang. Matanya merewang melata, kanta fikirnya asyik menyelongkar fakta lampau, tangannya ligat merangka melodi hidup yang bernada duka hari itu. Pena sebatang mencoret sebuah lembaran kisah mengikut naluri Razwan.

29 Mei 2009

Celoteh Kak Zie pagi tadi masih terngiang-ngiang di telingaku, betul juga katanya. Aku bersalah! Aku akui itu kesilapanku. Namun kapan bila harus aku menanti kalimah maaf dari mu, sayang. Telefon tidak berangkat, pesanan ringkas tidak berbalas oleh mu. Saban hari abang tak mampu melenyapkan mata, teringatkan sayang. Tapi kenapa sayang tak mahu membaca isi hati abang tika itu. Abang serabut memikirkan masalah yang membelenggu. Masalah kerja bercampur rindu cinta terhadap sayang. Fahamilah... Arghhh!!!

Razwan menarik nafas dalam. Pena di tangan dicampak ke tepi. Dirinya serba tidak kena. Kalendar di sebelah bingkai gambar Nek Wan dan Tok Wan diselak perlahan. Hari untuknya memenuhi hajat surat tawaran Kursus Pemantapan Jati Diri Pendidik kian hampir. Mampukah Razwan pergi dengan hati yang lapang? Mukanya ditelangkup ke meja merenung kekesalan dalam kekaburan. Dia tahu keadaan itu boleh mengganggu prestasi kerjanya. Setiap sudut dan ruang bilik darjah pasti terbayang Liana sedang memerhatikan dirinya. Namun fantasi itu berjaya ditepis seketika cuma sebelum ia muncul kembali pada lain ketika.

‘Mengapa kau gatal mencari tempang malam itu. kalau tidak semua kekusutan ini tidak akan berlaku. Malah benih bunga yang sedang bercambah ini akan terus mekar. Bila sudah jadi begini, embun pun tidak akan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh’ hati Razwan kini disimbah cahaya malap. Tidak seterang kilauan bintang. Dirinya serba tidak kena dalam membuat percaturan. Setiap rentak tugas yang dilaksana seolah canggung sentiasa. Satu persatu persoalan hidup terpaksa dirempuh. Inilah dugaan apabila seseorang terjun ke dalam gelanggang cinta.

Cinta itu kadang kala ringan seperti leraian kekabu. Boleh dilambung kasih dan ditiup kata indah menusuk ke rongga cinta. Bebas berterbangan dan akhirnya gugur di celah pohon asmara. Semestinya romantis dan terserlah belaian cinta pada setiap detik masa. Bayangkan: makan terbayang dia, tidur terbayang dia, bekerja terbayang dia dan lebih parah andai mandi terbayang dia. Jelik didengar namun itulah realiti sebuah cinta yang hangat. Semuanya bersama walaupun tsunami datang menerkam.

Kadang kala pula cinta itu berat umpama batu tembaga bersalut emas. Luaran tampak cantik namun bila dimiliki tidak terdaya mahu memikul. Cinta yang menindih jiwa raga. Menambah sawang yang memeritkan fikiran. Ekonomi yang memuncak stabil boleh jatuh merudum. Semua itu penangan episod cinta andai salah percaturan. Suatu yang boleh hilang sekelip mata.

Badai yang menimpa Razwan tidak seperti itu. Dia hanya tersalah memasang umpan untuk bermanja. Dia seorang lelaki yang cepat menyayangi dan ingin disayangi. Harapan dihati inginkan perhatian dan pujukan yang bisa mengintimkan cinta yang dibina. Dia ingin didampingi jururawat cinta yang boleh memberi rawatan di kala hatinya di selubungi angin rindu. Namun dia bukanlah doktor cinta yang pandai menyembuhkan luka di sebalik hati yang parah disuntik bius cinta.

***

“Puas lah sayang tengok abang kena gelak. Sengaja berkomplot dengan Pali nak kenakan abang. Kenapa sayang buat abang macam ni? Kalau abang jenis panas baran, dah lama terbalik meja makan tu tahu?” Bertubi-tubi Razwan menghumban segala kata ketidakpuasan hati yang terbuku di dada. Malu ditertawakan Fadzli. Hari itu saja berkali dia diperkenakan lelaki itu. Seolah kanak-kanak kecil diperlakukan. Namun hatinya tidaklah sepanas unggun api ketika itu. Sengaja mengambil kesempatan menagih minta dipujuk. Hatinya gembira tidak tertawan dapat melepas rindu.

“Sayang, kenapa tak jawab soalan abang?” Razwan mengumpan Liana untuk memberi pengakuan setelah menunggu tiada sebarang suara yang terlintas di bibir wanita yang terus menunduk memandang anak semalu tempatnya berpijak.

“Sampai hati sayang”

“Memang saya sampai hati! Sampai hati untuk melupakan tarikh penting antara kita” suara sayu bercampur tangis Liana tiba-tiba tersembur megejutkan Razwan. Butiran jernih gugur mencium lantai bumi. Razwan terkesima. Dia sedaya upaya cuba menggerakkan jentera fikirnya untuk memproses segala persoalan yang timbul.

“Birthday sayang kan lambat lagi. Abang tak pernah lupa” ujar Razwan.

“Bukan itu yang saya tagihkan. Awak lupa akan detik pertama pertemuan kita” kata Liana sedikit getar menahan tangis.

“Maksud sayang anniversary...”

“Saya sanggup datang sini, ajak zulfa untuk celebrate bersama. Sengaja nak surprise kan awak. Rupa-rupanya awak ada satu kejutan yang lebih hebat dari apa yang saya rancang” Liana memintas kata Razwan yang begitu mengguris perasaannya. Dia tidak dapat menahan lagi telaga mutiara yang bertakung di matanya lalu dibiarkan tertumpah akhirnya. Suasana Restoran Panca Delima tidak terganggu walau sedikit pun. Tetap meriah dengan suara pelanggan yang bergelak tawa. Fadzli dan Zulfa sedang enak menjamu selera. Pasangan kekasih itu sahaja yang masih berdiri di hadapan pintu gerbang restoran beratapkan rumbia.

‘Ya Allah, macam mana aku boleh lupa pula ni?’ hati Razwan berdiskusi.

You always said that you love me but...” kata Liana terhenti. Mata galaknya memanah tepat ke mata bundar Razwan. Dia benar-benar kecewa. Walaupun hanya sekadar detik permulaan pertemuaan, namun baginya begitu penting untuk ditanam di laman ingatan. Bagai tarikh pertemuan keramat yang menemukan adam dan Hawa di syurga. Tangannya lemah menyapu titisan air mata yang mengalir di pipi. Dia ingin pulang segera tatkala itu. Bayangan indah yang dibina sedari mula perjalanan tadi musnah segalanya. Tanpa diduga, kakinya seolah dikawal oleh robot yang memaksa dirinya menyusun langkah meninggalkan Razwan. Walau berat diturut jua gerak hati.

“Sayang” hanya satu ungkapan kasih yang terpacul dari mulut Razwan sekaligus tangannya meragut pantas pergelangan tangan Liana. Langkah wanita itu automatik terhenti. Andai mereka dilahirkan menjadi dua kutub magnet berbeza, pasti sudah melekat erat masa itu. Mahu sahaja Razwan memeluk wanita itu sebagai tanda kasih yang amat dalam. Dia kecewa kepada dirinya. Dalam kecewa dia gundah memikirkan satu-persatu ombak yang memukul dirinya. Masalah yang hadir dalam dirinya menghempap bertubi-tubi.

“Abang minta maaf. Please sayang look at me” ujar Razwan memujuk. Dia menyedari akan kekhilafannya ketika itu. Liana terus menunduk tanpa memberi sebarang respon hendak berdamai.

“Abang benar-benar lupa. Lagipun hati abang tak senang sejak kebelakangan ini. Macam-macam hal abang fikir tapi abang tak pernah lupakan sayang walau sasaat, percayalah” Razwan mengucap setiap baris kata dengan sayu. Dia mengharap kemaafan dari Liana. Genggaman tangannya yang bersatu bersama tangan gadis itu semakin erat. Sesekali terasa Liana cuba untuk melonggarkan pegangan itu. Kekuatan razwan menguasai ikatan tatkala itu.

“Tolong lepaskan tangan saya” pinta Liana agak keras. Dia geram dengan sikap Razwan. Harapannya hancur.

“Abang nak sayang pandang abang. Janganlah buat hati abang makin runsing. Seharian abang tension dengan hal sekolah, tak kan sayang nak tambah lagi beban abang” pujukan Razwan semakin kendur. Dia sudah lali dengan karenah Liana. Sukar untuk mengubah keputusan dalam satu-satu masa. Masing-masing punyai pendirian dalam mempertahankan hak.

“Saya kata lepas ! lepas ni awak boleh fikir semua masalah awak dengan tenang. Tak perlu fikir tentang hubungan kita” jerkah Liana lantas menyentap tangannya dari gengaman Razwan. Amarah wanita yang memuncak. Dia segera melangkah pantas menuju ke Zulfa yang sedang gembira berbual bersama Fadzli. Mereka terpegun melihat perubahan wajah Liana yang jelas berbeza daripada mood seawal mereka berjumpa tadi. Dia berbisik sesuatu ke telinga Zulfa. Bimbang andai kehadirannya ketika itu merosakkan pertemuan dua sahabatnya itu. Sejurus kemudian meninggalkan pasangan itu menuju ke kereta.

Liana tidak menoleh ke arah Razwan walaupun sesaat. Ketika itu, Razwan hanya mampu menyaksikan gelagat buah hatinya itu. Tiada guna dia memujuk. Hati yang sedang bara biarlah redup bersalji dahulu. Dia juga begitu memahami kekasihnya yang sudah dikenali empat tahun itu sukar memakan pujukan dalam situasi sebegini. Lambat laun dia akan sejuk dan merindu kembali. Masa itu barulah boleh mengatur bicara semula. Namun masa berpantang itulah yang boleh menyumbang radang kerinduan. Walau apa jua berlaku terpaksa dilalui. Razwan hanya pasrah apabila berdepan dengan musim kemarau cinta.

‘I'll never let u go because i love you’

No comments:

Related Posts with Thumbnails