S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Sunday, November 21, 2010

BAHAGIAN SEMBILAN BELAS


BAHAGIAN SEMBILAN BELAS

Batu kecil yang dibaling melantun beberapa kali di permukaan tasik lalu lemas tenggelam. Fauna amfibia yang melompat riang di celahan tampuk teratai hanya memerhati gerakan batu itu. Bimbang ada kepala yang benjol terkena nahas peluru keras yang terbang mengikut degupan emosi Liana. Haiwan dua alam itu juga mengerti untuk berfikir nasib dirinya. Sama seperti manusia yang sehari-harian memikirkan soal kehidupan. Sekejap timbul bersama suka dan tawa. Sekejap tenggelam bersama tangis dan duka. Apabila kedua-dua emosi itu bersatu mahu gila dihanyut ke lembah mainan perasaan.
          “Cinta itu kejam! Aku benci kau! Kau tipu aku, lelaki penipu!” Liana menghembur melepas perasaannya. Rumput yang segar di pagi hari diramas rakus lalu disentap geram. Kasihan makhluk itu. Rerumput yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mata wanita itu masih terus mengalirkan tangis yang bersedu. Suara yang didengar melalui corong telefon bimbitnya masih terngiang-ngiang di deria pendengarannya. Dia tidak pekak. Semua yang didengar jelas dan nyata.
          Amukan Liana menggemparkan dua anak kembar yang asyik bermain Barbie doll di bawah sebuah gazebo yang tersedia di tepi tasik. Mata bundar anak kecil itu jelas mempamerkan seribu satu persoalan. Masing-masing memandang dan duduk terdiam. Rambut perang patung yang dipegang terus diulit lembut. Zip baju baldu rona hijau zamrut yang tersarung pada patung itu dibuka katup berulang kali. Mereka resah melihat situasi yang berlaku.
          “Mak uda, napa aunty Lia? Yuyun takut. Jom lah balik mak uda” seorang daripada anak kembar itu merengek manja. Hujung baju Zulfa ditarik-tarik. Guruh suara Liana yang berdentum pagi itu memberi tiupan garang buat anak saudara Zulfa. Dua anak kecil itu memang gemar mengikut gerak Mak udanya di kala cuti. Tambahan pula, Zulfa rajin melayan karenah anak abang sulungnya yang tinggal setaman dengannya.
          “Ye lah Mak uda, Nunun pun nak balik. Nanti aunty Lia jadi macam isteri Shrek yang besar warna hijau tu kejar kami” seorang lagi anak saudara Zulfa berterus-terang. Bibirnya sudah mula muncung mencebik.  Zulfa hanya tersenyum melihat telatah mereka.
          “Yuyun... Nunun... aunty Lia tengah hafal skrip. Dia nak jadi bintang filem macam Harry Potter tu” Zulfa kering idea mencari modal untuk meredakan anak kecil itu, namun katanya tetap berjaya menangkap kepercayaan mereka.
          “Aunty Lia nak masuk wayang ya?”
          “Mesti aunty Lia jadi garang macam kak Ros. Kesian Upin dengan Ipin”
          “Betul... betul... betul” spontan kata itu diungkap berulang seperti telatah kartun animasi upin dan ipin. Zulfa menggeleng sambil tersenyum lantas satu cubitan lembit dihadiahkan di pipi kanan Nunun.
          “Nanti Mak Uda beli pop corn lagi tau. Yuyun nak tengok aunty Lia berlakon” ujar Yuyun penuh percaya.
          “Okey, nanti Mak Uda belikan ya. Sekarang Yuyun dengan Nunun pergi main patung barby kat bawah pondok gazebo tu. Nanti Mak Uda panggil aunty Lia main sekali okey?” pesan Zulfa. Kedua-dua anak saudaranya tersenyum lalu berlari menurut perintah ke tempat seperti yang diarahkan. Zulfa pula pantas mengekori jejak Liana yang yang masih belum reda.
          “Kau jangan macam ni Lia. Terus-terusan menghukum Razwan tanpa memberi peluang kepadanya untuk membela diri”
“Dasar lelaki kasanova!”
“Bukankah dia dah katakan bahawa semua itu satu salah sangka? Kau yang fikir bukan-bukan” ujar Zulfa. Dia memujuk rakannya itu. Liana ditemani kekasih Fadzli untuk menenang jiwa yang bergelodak. Taman Tasik Cempaka menjadi destinasi melepas perasaan. Pemandangan tasik di pagi hari boleh menjadi terapi memulihkan hati yang terluka.
          “Salah sangka konon? Iffa, hati wanita mana yang boleh terima ungkapan cinta wanita lain dilontar kepada lelaki yang sama? Satu-persatu musibah menguji cinta aku ini” balas Liana yang masih menahan sebak.
          “Oh, aku tahu perasaan kau tu. Kalau kau cakap ungkapan itu kepada Fadzli pun seharusnya aku akan meradang” Zulfa berseloroh. Dia sempat bergurau di kala Liana dalam kesedihan. Sengaja ingin mengukuhkan kata rakannya itu.
          “Ha, tahu pun! Tak salah aku nak marah pada dia” Liana mengetap bibir.
I know lah because i’m also is a woman like you. But whatever was happened you must be strong. Okey, now I want to ask you one question. Look at me first” Ujar Zulfa tenang. Dia amat faham perasaan wanita itu. Mereka sama-sama wanita yang punyai cinta. Kebetulan tanpa diduga kekasih hati rakan serumah pula. Satu pertemuan cinta yang bersulam persahabatan antara dua pasangan merpati sejoli.
Kaum hawa cocok andai berbincang sesama mereka. Saling memahami tanpa wujud rasa prejudis. Liana mengangkat muka memandang wajah rakannya itu. Daerah matanya tampak merah dan lebam. Impak tangisan yang berpanjangan. Pukulan bilah cinta yang menyakitkan benar-benar membuatkannya terus bertemankan mutiara jernih yang hangat bertakung di kelopak mata.
“Do you love him?” soal Zulfa sebaik dua pasang mata bertemu. Kedua-dua belah bahu Liana dipegang utuh. Dia ingin memberi tenaga kepada rakannya untuk menjawab persoalannya itu. dia ingin mendengar suatu yang tepat dan tulus dari hati. Selang beberapa saat, Liana mengangguk penuh yakin. Air matanya makin deras bercucuran.
I’m still love him very much!”
So, why you don’t want to give him the opportunity. Kau kena bagi dia ruang dan peluang untuk jelaskan semua ini” ujar Zulfa. Sejurus itu mereka berpelukan. Dia tidak sanggup melihat Liana derita akibat cinta. Menanggung beban yag tiada kesudahan. Satu realiti konspirasi kehidupan yang merobek hati dan perasaan.
“Lia, nilai kasih dan kepercayaan amat penting dalam sesebuah hubungan...”
“Ah, semua orang cakap begitu! Tapi dia yang meragut kepercayaan aku, dia yang buat aku hilang percaya padanya. Telinga aku dengar semua itu!” Liana mencelah geram.
“Kau yakin dengan apa yang kau fikirkan? Kau yakin dengan semua andaian kau itu tepat seratus peratus? Walau hanya berpegang pada tafsiran hati kau tanpa menilai sebarang penjelasan darinya?” Soal Zulfa ke sekian kali. Dia sedaya upaya ingin membersihkan rasa sangsi Liana terhadap Razwan. Dia cuba menggali ke dasar perasaan rakannya. Kekuatan kata-kata yang ditiupkan oleh Fadzli kepadanya menyebabkan dia terdorong untuk menjadi penyokong fanatik Razwan. Bukan perlu berbayar pun, hanya menegakkan kebanaran yang terpesong di hati Liana.
Mata redup Liana merenung tajam ke bebola mata Zulfa. Persoalan kali ini tidak mendapat sebarang respon daripada wanita yang asyik berdrama air mata itu. Angguk tidak geleng pun tidak. Suatu tanda yang pasti akan jawapannya. Cinta yang masih menebal di dinding hatinya tampak jelas pada riak keputusan yang dipamer. Bayangkan jika kelopak pada kuntuman mawar itu masih kuat berpaut di pangkal tangkainya, manakan mungkin kelopak itu bisa gugur melainkan kelopak itu dipetik dan dileraikan di tangan anasir yang bencikan haruman dan kecantikan.
“Aduhai Liana! Kata hati tidak akan berbohong. Aku tahu kau masih sayangkan Razwan” bibir Zulfa tidak henti-henti menyemai irama senandung merujuk kasih pada setiap butir bicaranya sedari tadi. Dia benar-benar mengharap pujukan ikhlasnya mencambahkan hasil pendamaian.
“Memanglah aku sayangkan dia Iffa. Tapi...”
“Tapi apa? Kau terlampau manja melayan virus cinta yang membarah kat kepala kau tu” ujar zulfa berkias. Liana hanya terdiam.
“Kau ni kalau bercaramah, kalah perunding sakit jiwa” balas Liana sambil menampar bahu Zulfa. Dia mencebik dan kemudian tersenyum.
“Habis tu salah pulak apa aku cakap?”
“Mana ada aku cakap salah. Tapi pada-padalah pun nak bagi nasihat. Dah rupa mak nenek membebel dekat cucu jer aku dengar” seloroh Liana. Dia seolah sudah mampu menerima cabaran cintanya. Mata yang asyik menangis tiada menampung air mata lagi.
“So, macam mana? Kalau kau nak pergi jumpa Wan, sekarang juga aku boleh temankan. Aku pun dah sarat merindu dekat encik abang aku dah ni” ujar Zulfa mengumpan kerinduan. Kedua-dua tangannya didepakan lalu dipusing ke kanan dan ke kiri. Senaman pagi di arena itu boleh melapangkan fikiran yang bercelaru. Membantu melonggarkan urat saraf yang tegang berfikir.  Dia gembira melihat Liana yang sudah mula menerima pujukannya untuk merungkai simpulan cinta yang berselirat.
“Ish, kau ni! Kalau iya pun bawak-bawak lah bersabar. Nantilah aku fikir dulu. Biar dia yang pujuk aku dulu. Anyway, thanks for your advised”
“Nak jenuh kena pujuk lagi? Parah kau ni Lia. Kau jangan fikir lama-lama, nanti kot-kot lah Razwan ubah fikiran. Kau jugak yang putih mata. Mamat tu hero Malaya. Berebut perempuan nak try tackle” Zulfa seolah menggertak. Liana hanya menjeling.
“kalau yang berebut tu ramainya minah Indon jual tudung tepi jalan sah-sah aku yang menang” balas Liana. Dia sengaja mengungkap bicara mencari damai di hati. Mereka berdua ketawa riuh dengan hilai tawa yang panjang. Kaki mereka melangkah menjengah anak saudara Zulfa yang asyik bermain. Dari jauh senyuman ditiupkan ke arah anak kembar itu. Liana tertunduk-tunduk mengesat air mata yang bersisa di pinggir pipinya. Walaupun kaki senada melangkah, namun hatinya masih tidak henti berbicara memikirkan haluan cintanya yang masih belum berkesudahan.
‘Zullrazwan, mengapa kau tikam jiwa ku ini. Kau seolah menyembur racun di dahan cinta kita yang sedang berhias kuntum-kuntum bunga. Why you make me like this? Why? Mengapa kau diam membatu. Aku ni jiwa bagai agar-agar sahaja. Sekali pujuk memang lah tak gegar tapi lama-lama cair juga. Mengapa kau begitu cepat mengalah dalam melawan taufan diri ku’ hati Liana mengomel sendiri. Fikirannya terus-terusan membayangi raut lelaki yang satu itu. Jauh disudut hati dia membenci insan yang amat dicintainya walau apa jua badai menujah lubuk hatinya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails