S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Wednesday, August 18, 2010

BAHAGIAN SEBELAS

*gambar hanya hiasan
BAHAGIAN SEBELAS

Gegendang telinga Sasha bergetar memerangkap gelompang bunyi suatu irama yang biasa didengar. Bagai sudah terakam nada itu di dalam peti ingatannya. Dia fokus memasang telinga capang yang tersembunyi di sebalik lilitan tudung di kepala. Bunyi hentakan tumit kasut mengikut rentak kiri dan kanan langkah membuat hatinya lapang. Dia pasti itu irama langkah Liana. Ramalannya tidak meleset. Sekujur tubuh terpacul di muka pintu butik. Liana berdiri mencekak pinggang. Mata Sasha tertancap tepat ke arah bungkusan makanan yang bergayut di jemari Liana. Matanya tidak berkedip.

“Kau buat part time shif pagi ke kat Restoran Puteri Bongsu tu? Perut aku dah naik pedih dah ni. Nasib baik tak kena gastrik” Sasha berceloteh sebaik sahaja terpandang kelibat Liana membuka pintu butik pagi itu. geram menanti pesanan yang baru tiba. Tangannya sibuk membetulkan alas duduk di set pelamin rona perak yang menjadi antara laman utama di butik.

“Aku jumpa kawan baru sekejap tadi” ujar Liana bernada malas. Beg plastik berisi makanan diletak di meja kecil yang tersedia di ruang tamu. Sasha lantas menuju ke arahnya. Semua kerja di pelamin di tinggal begitu sahaja.

“Jumpa kawan? Lelaki ke perempuan?”

“Eh, kau kan lapar. Makan lah dulu. Kau ni bila dengar benda-benda begini laju jer nak dengar. Kalah Mama Juwie” balas Liana mencantas persoalan Sasha. Segugus kunci di campak di atas meja. Hatinya masih geram. Kepalanya digeleng tanda kesal. Laci pada meja urusan dibuka. Sekeping cek yang tertera nilai lima ratus diambil pantas. Bayaran pendahuluan untuk tempahan baju gaun pengantin seorang pelanggan berbangsa Cina ingin dibukukan. Mukanya masih mencuka. Namun wajah masamnya tiba-tiba tersenyum sendiri mengenang sikap lelaki yang dikenalinya pagi itu. Gelabah tidak tentu pasal. Lucu melihat memek muka Razwan yang cemas seolah mengejar sesuatu.

“Alahai kau ni nak angin pagi-pagi ni pulak. Tak baik tau. Tertutup pintu rezeki nanti” tegur Sasha. Dia perasan dengan perubahan tingkah angin monson yang sedikit mendung.

“Semua lelaki sama saja. Nak ambil kesempatan. Pantang nampak lubuk peluang. Nak makan pun sesuka hati umpan aku buat teman sebelum kenyang”

“Kenyang? Dia makan kau ke Liana?” Sasha bertanya ragu-ragu. Matanya terbeliak memandang Liana. Satu kepastian yang ingin diketahui tika itu. Kanta matanya melihat rakannya sihat sahaja pada luaran. Motif persoalan menjolok tirai tekstil yang melekap di tubuh gadis sunti itu. Sasha gemar menerkam Liana dengan soalan bertaring yang mampu membunuh jiwa. Sifat itulah yang membuatkan Liana kadang-kala geram dengannya.

“Dia tak makan aku. Tapi kau yang karang makan kasut tumit aku saiz tujuh! Kau ni suka fikir bukan-bukan. Tunggu lah aku habis cerita dulu” Liana memuntahkan rasa geram tatkala itu. Pita ukur yang berjuntai di bucu meja digumpal segenggam lalu di baling ke arah Sasha. Belum sempat ke sasaran, pita ukur itu jatuh mencium lantai butik. Sengaja Liana mengacah.

“Habis tu, kau yang cakap berkias-kias. Cakap lah direct saja dengan aku. Ni bukan sayembara puisi. Nak berumpan, berlubuk bagai. Aku dengar pun pelik” ujar Sasha pertahan diri. Ada benar juga katanya. Liana berpuitis tidak bertempat. Bercerita masalah seperti penglipur lara lagaknya.

“Okey. Aku salah. Sorry” Liana mengalah. Dia kembali mengomel hal pagi itu.

Satu persatu rentetan dilapor lengkap. Tiada tertinggal walau seinci pun. Sasha hanya melopong mendengar bicara rakannya. Mulutnya masih tidak henti mengunyah bekalan pagi itu. Pipinya sekejap kembung sekejap cengkung menampung makanan sebelum ditelan lumat. Liana terus melengkapkan berita yang beintikan Razwan. Setiap bualan diiringi bayangan lelaki itu. Dia tersenyum pelik. Dia seolah dipukau dengan pandangan wajah Razwan. Apakah hatinya sudah terpanah busur cinta? Lelaki itu masih belum dikenalinya. Namun aura lelaki itu kuat memukul sanubari. Tidak semudah itu untuk mendakap cinta. Liana menepis kata hati.

“Weh smart ko jate tu? kalu smart mung ejah la. Mana tau buleh ko mung. Tak pun mung ejah untuk kawe ja” ujar Sasha bersulama tawa. Berbenih lahir merimbun di Johor namun menuntut di Kelantan. Terbiasa bergaul dengan warga negeri yang kononnya serambi Mekah itu. Masing-masing punya hak melabel sesuatu. Benar salah timbangan kedua.

Smart juga. Boleh la kot nak buat kawan” ujar Liana jujur. Dia tidak melenting seperti selalu. Persoalan nakal Sasha disambut baik.

“Ha, pelik dah ko ni! Sembang dengan aku pun tersenyum-senyum walau tak de apa yang mencuit hati. Tak kan kau nak sengih lebih-lebih teringat kat kerongsang belalang kunyit tu kot?” Sasha berkata selamba. Menerjah ka dasar hati Liana.

“Sudah-sudah! Malas dah mahu ingat tragedi tadi. Selera kau makan ya? lapar pulak aku rasa. Better aku makan before pelanggan datang nanti” Liana mematikan episod cerita pagi itu yang berjelar jika dilayan. Dia mencapai bekalan nasi kerabu yang masih bersisa. Dia menyalahkan Razwan. Andai dia tidak terburu-buru mahu pulang, pasti sudah dihadam makanan pagi itu. Dia mengambil duduk di sebelah Sasha yang sudah tersandar kekenyangan. Menyambung selera yang tertangguh di Restoran Puteri Bongsu.

***

Panahan mentari menggigit dinding kulit Liana yang halus. Dia mengiring pelanggan bertitle Datin keluar dari butiknya. Iringannya tidak putus sehingga ke muka kereta. Hati pelanggan berdarjat perlu kena cara layanannya. Bimbang nanti terputus janji di tengan jalan. Belum sampai ke muka majlis, sudah cancel tempahan semata-mata tiada kemesraan utuh yang terjalin. Lain bunga lain tempias madunya. Lain pelanggan lain karenahnya . Tebal nipis kaca mata pelanggan tidak dipandang remeh. Tambah lagi kelompok ‘kehormat’ yang banyak protokol. Sedikit leceh namun habuan membeliakkan mata.

Datin Azira Kamaruddin baru selesai berbincang bersama Liana. Hajatnya untuk mendapat khidmat mentatarias gerbang pelamin anak terunanya disambut gembira. Busana sedondon rona perak bermotif abstrak dari tekstil sutera asli China menjadi tema keluarganya. Semuanya ditempah bersama. Hanya suaminya, Dato’ Johaizal yang berbeza menggayakan baju batik lukis tangan dari rona yang sama. Semua permata Datin Azira adalah puteri kecuali bakal mempelai. Gambaran di fikiran suatu kemeriahan yang dinanti.

“Lia tolong auntie okey. Pasal belanja tu, Lia jangan bimbang. Auntie boleh kasi bunga” ujar Datin Azira sebaik memasuki perut kereta. Pemandunya di hadapan sempat mengerling ke arah Liana. Kepalanya menunduk tanda hormat.

“InsyaAllah datin, Lia akan cuba lakukan yang terbaik untuk family Datin. Hopefully semua berjalan lancar” Liana memasang janji. Dia memerhati Datin Azira yang asyik membetulkan anak tudung. Rambut tuanya sedikit terjurai di dahi.

“Lia ni tak payah berdatin-datin dengan auntie. Dari tadi panggil datin. Panggil jer auntie. Yang berpangkat uncle tu, auntie ni menumpang title je” ujar Datin Azira menegur bicara Liana. Senyuman manis tidak pernah lekang di wajah wanita kenamaan itu. Dia kekok berbahasa begitu dengan anak muda itu. Andai di dalam majlis rasmi korporat sememangnya dia ramah dengan panggilan ‘datin’ itu. Mana tidaknya, semua jemaah yang hadir terdiri daripada datin-datin belaka.

“Okey auntie” Liana menurut perintah.

“Lagipun auntie percaya pada Lia. Majlis anak perempuan auntie yang baru langsung hujung tahun lepas pun, Lia yang tolong kan? Sebab tu auntie berkenan” Datin Azira mengungkap kenangan menguatkan harapannya pada hasil tangan Lia dan Sasha.

“Pasti meriah keluarga auntie kan? Satu persatu ke jinjang pelamin. Tak lama lagi bartambahlah cucu auntie” Liana berseloroh. Tawa mereka bersatu meriuhkan arena parking di hadapan butiknya.

“Ha, Lia bila lagi? Tak kan masih belum berpunya. Jangan tunggu lama-lama Lia. Kalau dah ada tu, elok percepatkan” kata-kata Datin Azira mengejutkan Liana. Dia tiba-tiba terdiam. Tiada berbalas bual. Senyumannya menjadi ketat.

“Dia dah ada yang berkenan datin. Hatinya dah ada taman. Baru pagi tadi bertemu cinta pandang pertama” pekik Sasha menyambut persoalan Datin Azira. Tangannya mengendong sebungkus keropok Twisties perisa tomato. Liana menjeling memberi isyarat geram.

‘Entah dari mana makhluk ini muncul tiba-tiba. Tahu-tahu ada di sebelah aku ni. Memang nak kena cuci mulut budak ni. Bikin aku malu depan client jer’ hati Liana menggetus geram. Tangannya merapati paha Sasha lalu mengutil sedikit tubuh rakannya itu. Sasha menepis keras. Telatah mereka diperhati sahaja Datin Azira.

“Eh, baguslah kalau macam tu! Ingat pesan auntie okey. Jangan tunggu lama-lama. Auntie pulang dulu ya.” ujar Datin Azira penghabisan sebelum daun tingkap kereta tertutup rapat. Tangannya melambai mesra. Kerata BMW yang dinaiki menyusur laju meninggalkan Liana dan Sasha yang masih tegak berdiri. Kedua mereka berpandangan.

“Tolong datin! Tolong Abang kerongsang belalang kunyit! Anak dara dah mengamuk” jerit Sasha sambil berlari terkedek-kedek memasuki butik. Keropok di tangan masih kukuh pegangan. Dia tahu akan tebuan akan menyengat. Sengaja dijolok sarang tebuan yang satu.

“Sasha!!!” Liana menjerit sekuat hati. semua mata memandang. Mamak penebar roti canai di hujung jalan turut tertanya-tanya. Pelik melihat telatah anak gadis berbaju kurung seperti mahu menggila. Namun tetap terserlah keayuan. Dia mengikut jejak langkah Sasha memasuki butik. Lengan baju disenteng ke paras siku. Muka yang cantik bertukar menyinga. Perang dunia keempat bakal meletus. Patung-patung berbusana pengantin menjadi saksi. Pertarungan Tuah dan Jebat versi srikandi Melayu.

“Okey... okey. I mintak maaf Lia. I janji nanti i kacau lagi. Oh, Tidak!” ujar Sasha kepenatan. Nafasnya tercungap-cungap menahan tawa. Dia terus berlari mengelak dari terkena pukulan rotan bulu ayam yang dipegang Liana.

“Ah, tiada maaf bagi mu!” jerkah Liana. Dia juga turut ketawa berdekah-dekah. Walau hatinya geram namun ada terpalit rasa gembira diusik begitu. kedua-dua mereka berkejaran keanak-anakan. Tidak senada dengan usia yang selayaknya berumah tangga. Semua ketentuan pasti ada hikmah yang terselindung. Manusia hanya merancang, Tuhan yang Esa penentu segala.

***

Rotan bulu ayam yang tergantung di dinding dikerling seimbas. Bingkai gambar kayu yang berukir motif kelarai rimba digantung semula. Gambar ditatap mengundang bayangan suatu kisah. Album memori tidak pernah terpadam. Hari pertama perkenalan terpahat di muara ingatan. Kenangan yang asyik bermain bersama ombak rindu. Masa berlalu tidak sedikit pun dikesali. Ladang berbenih cinta yang disemai mekar hingga ke saat ini walau badai menerpa di musim lara. Adat bercinta, pasti ada pasang surutnya. Liana percaya klimaks bahagia yang dinanti bakal terpancar di tirai kamar yang menyatukan dua anak adam dan hawa.

‘Selagi ada cinta itu, kau milik ku’

No comments:

Related Posts with Thumbnails