S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Thursday, August 5, 2010

Akram VS En. Saman

Salam gembira bercampur sediy. Dengan kata lain Salam rojak. Today saya dengan Cikgu Akram pergi melancong ke UKM, Bangi. saja nak makan hangin. U all nak ikot?? jom!! Tak de maknenya!! makan angin kt rumah i pun boleh okey. Lagi indah dan damai. Actually, next week saya konvo buat kali ke dua selepas kali pertama pada 2008. time tu degree. tp kali ni diploma pulak. orang selalunya ikut urutan diploma ke ijazah kan? saya terbalik pulak. tapi kali ni diploma siswazah ar. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. itu pun sponsered by KPM. kalau tidak idok ar saya nak sambung study dah. Otak dah tua dan lembab. oh Tidak!!!

Ini ar Jubah yang bakal saya pakai time konvo nanti. cantik ke?? Tapi saya bukan nak cerita kisah ni sebenarnye. Tapi... nak cite kisah sediy.

Ha!!!! ini lah yang sediy nye. My Frend kena menuju ke destinasi yang kurang menarik. Unit Keselamatan UKM. U all kata best?? best sangat kena melabur secara paksa. tapi bukan saya. saya ni tukang cerita jer. tapi over jer lebih. saya tumpang simpati daa.

Ni tumbuhan landskap yang indah tumbuh menghijau kat unit keselamatan tu. tampak rimbun dan redup jer. Tapi hati insan yang bertandang ke situ tidaklah seredup pokok tu. sume jer dilanda kemarau. tangan kiri duk gatal2 jer nak kene bayar 'zakat' kat situ.

Ni ar pakcik polis yang berurusan dengan akram nak settlekan saman dia. Nampak garang jer kan? tapi tak garang pun. Boleh main konda kondi lagi dengan saya. poyo's. fasyen rambut dia very nice. kalau saya wat rambut macam tu, alamatnya macam labu sayong ar kepala saya. Oh Tidakkk!! tak rela okey!

last2 Akram pasrah jer membayar saman kat dalam pejabat kewangan. macam nak temuduga jer.. soalan ramalan: Siapa yang bertanggungjawab menguruskan penempatan pelajar DPLI?? soalan cepu cemas yang menyentap jiwa raga. lepas semua ni settle barulah akram bebas dari cengkaman HUTANG dengan pihak UKM.


**p/s : Cikgu Akram jangan sediy ye.. saya bersimpati dengan anda. =))

No comments:

Related Posts with Thumbnails