S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Friday, August 27, 2010

BAHAGIAN TIGA BELAS



*Gambar hanya hiasan

BAHAGIAN TIGA BELAS

       Aku...
            Aku tetap aku
        Lelaki yang punya cinta
         Lelaki yang punya keinginan
            Lelaki yang punya angan-angan
          Lelaki yang punya keimanan
    Lelaki yang punya harapan
   Itu aku
   Aku bukan dia
Aku bukan kamu
Aku bukan juga mereka
Mudah menelan pujukan manja
Rakus menghirup larutan bernafsu
        Gelojoh menjamah hidangan gelora
             Terhumban ke lembah durjana
               Namun... andai semua itu
            Suatu rentetan hidupku
                    Sudah tercatat oleh Nya
              Sudah tertulis titian ku
     Aku pasrah menerima
 Tunduk sujud
Akur di sudut buana.....

                                                                             Razwan Mafia

Arena stadium lengang pagi itu. Tiada jaguh yang bermain. Hanya belalang bersuka-ria melompat di celahan rumput yang berembun. Awan redup menyembunyikan lohong panahan mentari. Ramalan bumi bermandi hujan pagi itu sememangnya tinggi. Setinggi impian mahasiswa yang ingin lena diulit mimpi di pagi minggu. Biar buku berehat daripada tatapan mata yang kian menjuling menelaah saban malam.

Semangat Razwan terbantut bila menyaksikan fenomena itu. Hajatnya untuk bertarung merebut bola yang satu hingga ke pintu jaring tidak kesampaian. Harapannya hampa. Tiada satu kelibat manusia pun kelihatan. Hanya dia terpacak sendirian berkobar-kobar.  kemuncak riadah pagi itu hanya melingkar di bilik bacaan kolej sahaja. Sekurang-kurangnya mindanya terima juga sarapan pagi itu. Meneropong isu sekitar terbaru.

“Razwan, today is my birthday. Aku nak buat parti malam ni. Kau wajib datang okey. Kalau tak datang aku malas jumpa kau dah” ujar Gabbie. Kenalan rapat Razwan di kolej seolah mengugut. Dia semahu-mahunya ingin kawannya hadir memenuhi undangan.

          “Ish, kau ni Gabb! Berpada-pada lah mengajak aku. Sampai tak mahu jumpa aku bagai. Aku tak boleh janji. Tak pasal-pasal aku ada emergency kes pulak malam nanti. Bukan boleh jangka kan?” balas Razwan. Dia sememangnya sibuk dengan aktiviti kolej di malam hari. Tambahan pula dia selaku ketua Biro Sukan tahun itu. Karnival futsal yang bakal berlangsung membuatkan dirinya benar-benar sibuk.

          “Ah, kau ada saja alasan! Aku tak kira” Gabbie sedikit merungut. Akhbar yang dipegang dicampak ke tepi.

          “Alahai, sensitif pula birthday girl ni, nak merajuk-rajuk macam awek aku pulak. Tak kuasa aku beb!”

          “Aku nak kenalkan kau dengan sorang awek Melayu ni. Cun tahap Miss Universe tu. Kau tak mahu?” Gabbie bijak bermain kata. Menagih janji yang tidak akan wujud.

          “Awek?” sepatah kata tersembul dari mulut Razwan. Dia pantang dipelawa dengan modal itu. sepantas kilat dia memberi respon.

          “Tapi kau tak mahu datang kan? Kira cancel lah”

          “Weh, aku bukan kata aku tak mahu datang. Tapi kalau ada awek nak kenal dengan aku, gerenti aku tak tolak”

          “Okey set, jam lapan dekat rumah aku. Kau tahu kan?” Ujar Gabbie gembira. Razwan mengangguk tanda tahu akan rumah kawannya itu.

          “Parents aku tak ada malam ni, diorang pergi indon, melawat kakak aku yang study perubatan tu” jelas Gabbie. Dia tidak senasib kakaknya yang belajar di Universitas Brawijaya Indonesia. Sebuah daerah di Jawa Timur. Kedudukannya tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya. Hanya memakan masa lebih kurang dua jam perjalanan.

          “Kira okey lah tu, boleh lepak dengan awek lama sikit” seloroh Razwan. Mereka ketawa. Hati Gabbie gembira tidak ketahuan. Suatu agenda bakal terlaksana. Dia mengharap suatu kemenangan mengiring usaha di tanah gersang.

**********

Rasa kasih yang bertunas di lubuk naluri wanita itu membuatkan dia nekad melakukan apa sahaja. Dia tidak mahu lelaki yang diidam melepas ke tangan wanita lain. Hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja. Walaupun Gabbie pernah menyuarakan hasrat hatinya namun dipandang jenaka buat Razwan. Dia tidak pernah mendambakan hubungan lebih dari itu. Hanya cinta seorang teman. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Hanya sekadar kawan biasa.

Masa berlalu pantas. Hujan yang mencurah pagi itu telah lama kering. Bulan mula mengambil alih tugas hakiki. Mentari pasrah mengundur diri.  Razwan mula berkobar menyiapkan diri. Dia bersiap ringkas. Hanya berbaju kemeja kotak-kotak dan berseluar jeans. Semburan perfume follow me menaikkan aroma dirinya. Dia meyakini wanita yang bakal dikenali malam itu pasti terpikat. Ketampanannya mungkin terserlah malam itu, namun keghairahan dan keasyikannya semestinya memakan diri. Sambutan hari lahir yang dijanji hanyalah satu umpan buat Razwan. Terselit satu agenda yang bakal memakan dirinya. Muslihat Gabbie tidak dijangka sebijak itu. Bijak di matanya, durjana di mata Razwan.

Motosikal YAMAHA RX-S 115 miliknya meluncur laju membelah kelembutan puput bayu Malam. yang hening membayangkan satu suasana bergema dengan pesta di laman rumah Gabbie. Suara hadirin yang bertamu pasti tenggelam oleh suara lagu yang membingit. Masing-masing pasti menepuk tampar dan menari riang. Bayangannya iras kelab malam yang rancak berdansa. Kelazatan kek berkrim vanilla pasti mengenyangkannya. Semua khayalan menindih ruang mindanya.

Deruman enjin motosikalnya terhenti di hadapan pintu pagar besi berawan larat motif flora menjalar liar. Matanya digosok perlahan. Nombor 13 yang tertera di hadapannya ditenung lama. Dia tidak silap. Itulah rumah Gabbie yang pernah didatanginya sebelum ini. Bertandang melawat wanita itu di kala ditimpa kecelakaan jalan raya dua bulan yang lalu. Rumah itu tidak semeriah disangka. Sepi tanpa penghuni. Hanya lampu kalimantang penerang kegelapan laman. Dia memandang ke setiap sudut rumah itu penuh musykil.

“Hai, Razwan! Tunggu sekejap ya, aku turun bukakan pintu” suara Gabbie tiba-tiba memecah kesunyian. Dia memekik dari tingkap biliknya di tingkat dua. Mata Razwan lantas menangkap arah pekikan Gabbie. Dia tersenyum. Ketumbit keraguan berakar dihati.

Sorry lah Razwan, aku tertidur tadi” dalih Gabbie. Sedari tadi matanya celik menanti penuh gembira.

“Kau cakap nak buat birthday party. sunyi sepi saja ni. Tak kan kawan-kawan lain dah balik?” soal Razwan curiga.

“Nanti diorang datang lah. Kau masuk lah dulu”

“Oh, no! Aku tunggu kat sini je dulu” ujar Razwan menolak pelawaan Gabbie.

“Alah, jom lah masuk lepak-lepak tengok televisyen dulu. Lagi pun awek Melayu yang aku cakap tu on the way. Sekejap lagi dia sampai lah” ajakan Gabbie bernada rayuan.

It’s okey, aku lepak kat luar ni je. Best lepak kat luar malam-malam ni. Sejuk saja” Razwan cuba menepis ajakan rakannya.

“Jangan macam tu, aku dah siap buat air dah. Jom ar masuk. Tak de apa-apa lah. Kau jangan risau” Gabbie terus memujuk.

“Hrmmm... Okey, tapi aku tak boleh lama ya. Sepuluh minit lagi kawan-kawan tak sampai aku gerak balik” ujar Razwan teragak-agak. Dia serba-salah tika itu. Namun demi menjaga hati seorang kawan, ajakan itu diturut jua.

Langkah Razwan seolah kaku. Dia bagai memaksa dirinya untuk masuk ke dalam rumah wanita berambut perang itu. Dia mendudukkan diri di kerusi kayu jati yang berhias di ruang tamu. Matanya sekali lagi meracau ke segenap sudut. Benar kata wanita kacukan siam itu, ibu bapanya tiada di rumah. Namun motif pelawaannya masih menjadi tanda tanya sehingga ke saat itu. Sebiji kek pun tiada terhidang. Apatah lagi kuih-muih dan jajan. Mulutnya berat untuk bertanya. Jam di tangan ditatap berulang kali.

“Razwan, kau minumlah air ni dulu. Aku tau kau mesti haus” ujar Gabbie sambil menghulurkan segelas jus mangga kepada tetamunya malam itu.

“Kau tak minum sekali?”

“Aku dah minum. Lagipun ini kan rumah aku, bila-bila masa aku nak minum aku tahu ambil sendiri. Kau tu saja tetamu, kena lah aku hidangkan. Tak gitu?”  Gabbie memang pandai mengatur bicara. Razwan hanya tersenyum. Air di tangan diteguk perlahan. Satu lirikan menggoda terpanah ke matanya.

“Aku rasa aku perlu pergi Gabbie. Dah lama aku tunggu ni tapi satu batang hidung pun aku tak nampak” ujar Razwan sepintas meletakkan gelas di meja kayu di hadapannya.

Rilax lah Razwan, malam masih muda” kata-kata Gabbie membuatkan Razwan terkesima. Nada wanita genit itu ternyata berbeza. Dia bingkas bangun namun tidak terdaya. Badannya tiba-tiba terasa berat untuk bergerak. Bunyi kipas di siling didengari begitu sayup.

“Eh, Razwan! Kenapa kau ni? Are you okey?”

“Kepala aku tiba-tiba sakit pulak ni. Aduh!” rintih Razwan. Tangannya meramas-ramas rambut di kepala. Denyutnya makin menggila.

“Kau jangan nak buat aku risau Razwan” kata Gabbie sedikit cemas. Melodi kata yang dibuat-buat. Dia tahu tika itu serbuk chlorpromazine yang terlarut di dalam minuman bancuhannya tadi sudah meresap ke saraf otak lelaki idamannya itu. Dia kini menjadi pengarah drama sebabak.

I think you have to get a rest for a moment” ujar Gabbie. Dia lantas memapah Razwan ke bilik tamu. Tiada siapa mampu menolak pertolongan di kala itu. Razwan hanya menurut sahaja.

Cahaya lampu meja samar-samar menerangi kamar malam itu. Angin dingin berbaur bara menusuk ke rongga pernafasan. Entah mengapa kepala Razwan bagai menumbuk-numbuk segala saraf dan urat yang bekerja. Pening bukan kepalang. Matanya layu tiada bermaya. Wajah Gabbie di hadapannya persis tiga bayangan yang berbeza. Masing-masing tersenyum, marah dan ketawa melihatnya. Dia benar-benar hilang kuasa dan tenaga. Tubuhnya longlai lalu rebah di birai katil. Ternyata dia rebah di lohong perangkap Gabbie.

**********

Satu persatu butang baju kemeja Razwan dileraikan. Baju yang tadinya kemas tersarung dicampak ke tepi. Dada bidang Razwan terpamer megah. Rerambut halus yang berbenih di dataran dadanya menambahkan kehangatan nafas petualang. Matanya tertutup rapat. Dia seolah mati tika itu. Jemari Gabbie mengusap lembut tubuh yang menjadi dambaan sekian lama. Senjata agung Razwan bukan lagi suatu rahsia. Suatu kecelakaan yang terpaksa merelakan segala. Tiada siapa yang mengerti akan dalang yang menerpa. Wanita yang disangka teman baiknya menang di lubuk cinta ciptaan sendiri.

                Tirai malam beransur berlabuh bersilih sinaran mentari. Kepala Razwan masih berat untuk mengimbangi diri. Dia membuka mata lalu melihat sekeliling. Hatinya berdegup kencang. Dia berteka-teki tentang kejadian yang menimpa dirinya. Tangan sasa meraba dada. Tiada sebarang alas yang melekap seperti biasa. Selimut tebal rona jingga yang menutupi badannya diselak seimbas. Ternyata tanpa Seurat benang yang menghias.

Razwan menampar pipinya berulang kali. Bimbang masih mamai di buai mimpi. Reseptor kulit pipi memberi ransangan kesakitan. Ternyata dia di alam realiti. Dia kemudian berpaling ke kiri perbaringan. Nadinya bagai terhenti melihat tubuh Gabbie turut berada di sebelahnya. Bahu wanita itu kelihatan terdedah sama sepertinya, tiada beralas. Dia mengucap panjang. Kemudian peti suara yang tertahan di kotak halkumnya tiba-tiba memuntahkan satu jeritan kesal. Gabbie yang nyenyak tidur terjaga tiba-tiba.

“Celaka punya perempuan! Apa kau dah buat ni?” jerkah Razwan.

“Hei, kau yang goda aku semalam! Segala kemahuan kau terpaksa aku turutkan” dalih gabbie mempertahan diri. Matanya masih tidak puas menjamah tubuh Razwan. Dia merenung dalam ke arah susuk tubuh lelaki itu.

“Kau jangan nak buat dajal dekat aku macam ni! Aku bukan seperti lelaki yang kau sangka bodoh! Pembohong! Perempuan sial!” Razwan ternyata tidak dapat mengawal diri tika itu. Perasaan malu yang teramat disembunyikan. Dirinya pantas berlari mencapai baju dan seluar yang terdampar di lantai kamar. Sebiji bantal panjang dipeluk erat menutup daerah sulitnya. Dia bergegas menyarung semua pakaian.

“Tapi Razwan, i sayangkan you. Kau yang sengaja menolak cinta aku” ujar Gabbie mendatar. Dia sempat memujuk rayu namun sedikit pun tidak diendahkan Razwan.

“Tapi Razwan, ini cara terbaik untuk aku dapatkan kau. I will do anything for you. Whatever to get you, Razwan” kata yang tersembur umpama satu pengakuan. Gabbie gagal membendung gelodak di jiwa. Semakin memendam semakin parah keinginan nalurinya.

“Apa yang kau cakap ni Gabbie? Arghhhhh!!!!” Soal Razwan terpinga. Dia tidak mengerti dan tidak mahu mengerti semua itu. Tangkai hatinya beku. Kejung tiada terkata.

It’s true Razwan. Sudah lama aku memendam”

“Hei, Gabbie! You listen hear! You ingat i ni macam anak kucing yang you boleh kahwinkan sesuka hati ke? Senang-senang masukkan dalam sangkar and than get .... arghh! You are so stupid!” berkali-kali Razwan memberontak. Semua yang terjadi sudah pun berlaku. Namun semua itu tidak dapat diterimanya.

“Tapi Razwan...”

“Ah... I don’t want to hear anything! I hate you! Shit!”

“Please Razwan” rayu Gabbie. Dia menangis teresak-esak. Dia tidak sanggup ditinggalkan Razwan. Perangkap yang disangka berbaloi telah membunuh harapan yang membungkam di sanubari.

“From now on, please assume that i could never existed in your life. our friendship is over”

No comments:

Related Posts with Thumbnails