S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Wednesday, August 25, 2010

BAHAGIAN DUA BELAS



*Gambar hanya hiasan


BAHAGIAN DUA BELAS

Usai menunaikan solat Asar, Razwan menadah jemari memohon doa kepada Maha Pencipta. Hatinya redup tika itu. Tiada getaran yang memeritkan. Semua insan tersayang yang wujud di sekelilingnya termaktub bersama iringan doa yang terlafaz dari akuran hati yang luhur. Tangan ditelangkup ke raut wajah menandakan kalimah doa sudah bernoktah ketika itu. Sejadah bermotif kaabah rona hijau dilipat sempurna lalu di susun di rak yang tersedia. Kakinya melangkah keluar dari surau hotel.

Laluan ke laman lobi Impiana Casuarina Hotel riuh dengan gelak tawa peserta kursus. Masing-masing senada irama dan lagu. Berhimpun sebumbung mewakili sekolah dan jabatan di arena ilmu. Golongan pendidik veteran menguasai gelanggang. Masa rehat diguna sebaiknya untuk mengenali dan bertukar-tukar pandangan. Ada juga yang tidak terlepas daripada mengupas isu politik sesama mereka. Topik bermula dari memuji sehinggalah mengkritik ragam pemimpin. Pasti ada sumbing di mata mereka. Putera dan puteri yang baru mendapat tiket tidur sekatil pula asyik bersendirian menelefon pemilik kasih melepas rindu. Baru sehari kursus berlalu angin bayu mengutus khabar rindu.

“Encik ni segak sungguh. Kalah kami yang tua-tua di sini. Encik ni macam muka baru je dalam bidang ni. Baru keluar universiti ya?” soal seorang lelaki yang jauh lebih tua daripada Razwan. Bahunya ditepuk berulang kali. Guru bertaraf senior itu mengajak Razwan duduk bersama rakan seusia dengannya. Tangan mereka berjabat tanda perkenalan.

“Oh, ya. Saya baru setahun dalam bidang perguruan. Baru graduate dua tahun lepas. Sekarang ni saya mengajar di Melaka” balas Razwan tersenyum.

“Baguslah ada anak muda macam kau ni mahu jadi guru. Sekarang ni tak ramai golongan lelaki macam kita ni nak terjun bidang pendidikan. Cikgu-cikgu pun pakat semuanya perempuan. Banyak nya geng hero-hero muda yang ke pusat serenti saja. Macam-macam hal” ujar guru veteran itu. Pendapatnya seolah disokong oleh rakan-rakan yang duduk sekelompok dengannya. Masing-masing ketawa tanda setuju. Razwan hanya tersenyum sumbing.

“Cikgu-cikgu perempuan ramai pun okey juga, berseri sikit sekolah. Aku pun seronok nak datang hari-hari” satu suara dari kelompok itu  mencelah. Mereka terus ketawa berjemaah.

“Terang sikit mata pagi-pagi pergi sekolah”

“Kalau pandai mengayat mahu sampai empat bini” kata-kata gurauan bersahut-sahut. Hilai tawa masih meriah kedengaran.

‘Miang juga cikgu tua ni. Aku ingat cikgu lelaki muda-muda saja yang begitu. Beginilah ragam lelaki dari muda hingga ke tua. Sama sahaja. Namun tidak semuanya. Burung-burung tua ini juga begitu agaknya. Serupa seperti aku. Gemar bertarung kata mencuci mata tapi yang terpahat satu cuma’ getus hati Razwan.

“Tidak juga cikgu. Sekarang ni ramai juga kaum lelaki yang berminat bidang perguruan tetapi tidak berjaya. Entah di mana silapnya. Nak kata tak layak, mereka ramai yang layak. Kawan-kawan saya yang seangkatan dengan saya ramai yang yang jauh hebatnya. Last-last kaum perempuan juga yang conquer bidang ni  di universiti. Mungkin tiada rezeki” balas Razwan membangkang kata-kata guru itu. Hatinya terdetik geram. Ada juga manusia yang suka memperlekeh kaum sendiri. Dia terkenang rakan seangkatan yang gagal mendapat tempat bersama dengannya.

“Eh, begitu kah? Saya tak fikir begitu. Mereka sengaja mensia-siakan peluang. Saya pernah menjadi penemuduga pengambilan guru. Calon-calon guru lelaki majoriti tak mampu berkomunikasi dengan baik. Macam mana nak jadi cikgu?” seorang guru lain yang turut bersidang di gelanggang itu mencelah. Lagak seperti guru besar sahaja. Razwan terdiam. Sememangnya dia tewas untuk berhujah dengan kelompok guru lama.

“Budak-budak sekarang ni bukan apa, nak kerja senang saja. Kerja susah sikit tak mahu” ujar seorang lagi guru yang sudah penuh beruban rambutnya. Razwan semakin tawar untuk berjual beli hujah. Dia tiba-tiba menggengam saku seluar yang terkandung telefon bimbitnya. Matanya memandang ke arah kelompok bualannya. Mereka memahami.

“Sorry, ada panggilan” ujar Razwan sekali gus memberi isyarat tangan mengundur diri. Dia berlalu pergi dari gerombolan guru yang tidak sebulu dengannya.

Selangkah demi selangkah Razwan menapak jauh. Tiada apa yang berdering sebenarnya. Semuanya satu helah untuk membebaskan diri. Dia enggan bertingkah serentak dengan golongan pendidik veteran. Pandangan yang nyata berbeza. Langkah kakinya diturut sahaja. Dia sendiri tidak tahu ke mana arah sebenar langkahnya. Tempat dia berpijak tika itu tidak pernah menjadi persinggahan. Gerak langkahnya membelok ke kiri laluan lobi hotel. Tatkala itu dia pasti destinasi tujuan.
**********

Syurga dunia yang tersergam indah menyusuri laluan ke Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Ipoh menjadi pilihan penganjuran kursus. Bangunan korporat kenamaan indah lagi persona. Serba-serbi terbentang nikmat. Namun tiada apa yang menarik di mata Razwan. Hari itu sama seperti hari-hari sebelumnya. Cuma lokasinya sahaja berbeza.

Pakej pemandangan yang terhampar dipandang tiada berselera. Dia menghabiskan masa petangnya dengan mencuci mata di restoran hotel. Masa tatkala itu terasa mengengsot seperti siput. Lambat lagi membosankan. Dia kurang senang bergaul dengan warga pendidik lain yang lebih tua darinya. Bukan kerana dia sombong. Dia sudah beramah mesra namun sukar untuk masuk mencelah. Ada sahaja celoteh bernada sumbang. Mereka lebih sesuai berbual sesama koloni seusia. Lagipun denyut jantungnya sentiasa ada suara Liana. Sentiasa merindui wanita itu. Tambahan pula baru merujuk kembali setelah seketika bermasam bicara.

"Tea or coffee?” pertanyaan seorang pelayan restoran menenggelamkan ingatan Razwan terhadap Liana. Matanya tiba-tiba terdorong untuk menjilat tubuh wanita yang seperti separuh bogel itu. Hanya baju tanpa lengan mirip cheongsam dan skirt pendek rona purple berjalur kuning membaluti tubuh pelayan berbangsa cina di hadapannya. Itulah pakaian seragam wanita itu hari-hari. Begitu tinggi idea pengurus restoran itu dalam memikat pelanggan terutama kaum Adam.

“Oh, ya! Tea please” jawab Razwan sambil menghadiahkah seraut senyuman. Wanita cina itu lantas menuangkan minuman panas yang diminta. Seperti ada panahan di mata Razwan. Dia pantas melirik tepat ke dada pelayan restoran yang menunduk menuang air. Lurah yang dihidang di hadapan matanya di jamah puas. Dia mengerling tanpa sekali pun mata berkedip. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Perumpaan Melayu itu kadang kala sesuai dalam apa jua keadaan walaupun di masa sirna.

Thanks

Welcome” ujar wanita itu sebelum meninggalkan Razwan.

Dua bungkusan kecil berisi gula dikoyak lalu dituang ke dalam cawan. Sudu yang diapit erat di jemari di gerak-gerakkan mengelilingi cawan. Tidak sampai seminit butiran gula yang dicampur tadi larut bersama molekul air yang terhidang. Air teh panas itu kemudian dihirup sejerit. Anak tekaknya terasa panas namun ternyata puas. Tali leher yang terjerut di pangkal leher dilonggarkan.

Mindanya yang sempit kembali lapang. Hatinya terjentik untuk mula menerima keindahan yang terdampar. Matanya menjamah pemandangan sekitar. Landskap motif desa yang tiba-tiba menenangkan jiwanya. Kehijauan pohon juga menyejukkan mata. Kali ini dia benar-benar memuji anugerah Tuhan yang dipinjam di muka bumi. Tadi hatinya kosong. Enjin pemikirannya sudah dapat mengimbangi pancaran wajah Liana dan realiti tanah tempat dia berpijak kala itu.

Mata Razwan melilau mencari mangsa pandangan yang entah ke berapa kali. Satu persatu pelayan restoran diperhati. Tiada salah dia memandang. Deria kurniaan Tuhan diguna sebaiknya. Aktiviti malam itu hanya latihan berkumpulan. Sudah terbiasa dengan aktiviti sebegitu. Memupuk semangat berpasukan dan kemahiran berkomunikasi secara lisan. Cuma gaya aktivitinya sahaja berbeza-beza. Menyuburkan kemahiran interpersonal sudah pasti. Masing-masing ingin menonjol diri mendabik bagai seorang pemimpin di bidang pendidikan. Diturut sahaja segalanya dengan sedikit ikhlas demi amanah yang disandang di bahu.

Tenungan Razwan yang mengasyikkan tiba-tiba hilang selera. Paras seorang wanita bersarung T-shirt sendat berlengan pendek dan denim lusuh potongan rendah memesongkan angin ketenangan yang baru mulai bermanja. Tubuhnya panas sederap. Dia ingin menyembunyikan diri tatkala itu namun tidak kesampaian. Wanita itu amat dikenalinya. Parut luka lama masih belum hilang. Dia semahunya enggan menyemak fail hidupnya yang hitam.

“Hai Razwan Mafia, still remember me?” ujar Gabbie Georgyna selamba. Dia sengaja memanggil nick name itu seperti yang terlabel di laman facebook Razwan sedari dulu.

“Apa kau buat di sini?”

“Dunia ni kecil saja Razwan, ke mana sahaja kau pergi akhirnya akan berjumpa dengan aku juga” Gabbie menyindir. Kaca mata hitam yang tersepit di jemari diputar-putarkan. Dia sedikit pun tidak menunjukkan riak kegembiraan sebuah pertemuan. Sebaliknya senyuman berbau dendam yang masih belum terpadam.

“Tolong jangan ganggu hidup aku Gabb. Aku merayu kat kau” lemah bicara Razwan. Dia tidak mahu kisah lama berulang kembali. Sejarah hitam yang memalukan.

Don’t worry. Aku bukan seperti dulu Razwan” Kata Gabbie sedikit kendur. Hatinya masih terbuku kasih buat Razwan. Dia sendiri tidak menyangka dapat bertemu selepas harapannya musnah. Tewas memasang perangkap cinta buat lelaki itu.

Can i have a sit?” soal Gabbie. Razwan hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab walau sepatah.

“Hrmm... It’s okey. Aku tak mahu ganggu kau. Actually aku ada janji temu dengan someones” Gabbie seolah mengalah. Dia mula menyusun langkah untuk beredar dari kedudukan Razwan.

“Tapi satu yang aku nak ucapkan” Wanita itu sedikit menunduk menonggekkan pinggulnya. Sengaja membuat aksi sedikit menggoda.

I still love you sayang” bisik Gabbie ke telinga Kiri Razwan. Dia lantas pergi dari situ. Jejaka itu pegun seketika. Meremang bulu tengkuknya. Dia merasa seperti ada yang tidak kena pada dirinya. Kelibat Gabbie dikerling sekilas.

‘Gabb, janganlah kau membuat sesuatu tanpa kerelaan ku. Kita hanya kawan. Sudah tertulis kau bukan untuk ku’ getus hati Razwan sendiri. Fikirannya buntu. Memori lama datang menerpa bertubi-tubi. Peristiwa pahit yang kian ditimbus terjerlus kembali.

‘Andai dapat ku putar waktu, akan kupastikan semua itu hanyalah suatu mainan mimpi di malam hari’

No comments:

Related Posts with Thumbnails