S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Wednesday, July 14, 2010

BAHAGIAN EMPAT


*Gambar hanya hiasan


BAHAGIAN EMPAT


Wajah Liana ditatap kasih. Gambar pasport yang tersimpan di dompet kulit Levi’s milik Razwan menjadi santapan dikala musim rindu bertandang. Wajah statik yang sentiasa tersenyum melihat dirinya. Walaupun dompet itu tiada berisi namun potret kecil itu tidak pernah pudar atau kurang nan seinci. Merudum seperti mana susutnya wang simpanan miliknya. Andai peti duit bergerak itu terbang disamun toyol, barulah hilang harta kesayangannya itu. Aset pengubat hati berstatus in relationship. Word condong yang tertera di satu sudut laman facebook bernama Razwan Mafia. Namanya yang sengaja disatukan dengan title bersejarah suatu ketika dulu.

Mata Razwan hanya tertancap pada kipas yang berputar ligat di siling kamar. Tubuhnya sudah rebah di tilam. Sungguh empuk dan selesa. Namun saraf otaknya masih aktif bekerja memikirkan bunga yang sekuntum. Sejak dari tadi lagi. Entah apa sebabnya. Mungkin darjah kerinduan yang kian kritikal agaknya.

Cinta oh cinta. Begitu kuat arus cinta yang mengalir dalam dirinya ketika itu. Tanpa dirancang, bagai ada suis yang menghidupkan mesin sentuhan pemberian Ilahi. Tangankan terus mencapai hand phone sony Ericsson yang sedia berkhidmat mengalirkan gelombang cinta buatnya. Lantas menekan button di dada telefon dengan tangkas.

“Assalamualaikum sayang. Miss u, love u” ungkapan pertama yang dihembus lembut sebaik talian disambut. Ayat skema couple yang sedang hangat bermain buih cinta.

“Wa’alaikumsalam. awak tak tidur lagi? Tadi SMS bagi tahu kena ke sekolah pagi esok. Penat nanti.” Sahut Liana lemah. Sengaja tidak mahu membalas ayat cinta yang dihadiahkan Razwan. Malu agaknya Namun naluri cinta bergendang samba tatkala itu.

“kenapa ni? Abang tengah rindu, sayang mcm tak mahu cakap dengan abang je.” rungut Razwan menyiasat punca suara gadis itu yang sememangnya berbeza daripada biasa.

“Sayang period ke” tekaan Razwan yang tersembur tanpa dirancang.

“Ish, awak ni, ke situ pulak. Saya tengah geramlah”

“Uikksss, geram kat abang ke?”

“Bukan, Casey buat hal”

“Dia cakar sayang ke?” soal Razwan pantas. Risau andai kucing kesayangan milik Liana itu mencederakan buah hatinya.

“Tak... Casey ‘membuang’ kat belakang pintu bilik” rengek liana. Talian sunyi seketika. Hampir pecah perut Razwan ketawa. Corong sound telefon bimbit ditaup rapat dengan tangannya. Bimbang andai ada yang merajuk pula nanti.

“Adoyai, kurang asam punya kucing. Habis tu macam mana?” ujar Razwan. Suara tawa masih bersisa.

“Awak gelaklah. Saya yang merana jadi cleaner, kerja part time malam-malam ni” balas Liana. Dia juga turut tertawa. Seteruk mana karenah kucing baka Birmann miliknya tetap disayangi. Kawan dikala bosan berada dirumah. Teman ketika diri dirundung ribut dengan Razwan.

“Mana ada abang gelak, hidung abang ni gatal. Menari-nari bulu hidung. Garu-garu geli pulak. Itu pasal ketawa” helah Razwan yang tidak masuk akal.

“iya la tu. awak pergi sekolah untuk apa esok? Orang lain hujung minggu lepak-lepak kat rumah. Entah-entah melencong cari...” bicara terhenti. Angin cemburu meniup di kalbunya.

“ada orang tu cemburu pada sayalah, awak ada rasa begitu tak?” balas Razwan. Menguji darjah suhu cinta antara mereka. Tangannya asyik memintal tali seluar yang berjurai.

“Awak jangan main-main. Nanti saya buat aduan kat mahkamah syariah” gurau Liana spontan. Sempoi juga episod cinta uda dan dara ini.

“Abang ada kerjalah sayang. PK 1 sekolah minta kemaskini fail pencapaian pelajar. Tak siap lagi pun. Mama pun cikgu kan. Mesti sayang faham. Itu sebab kelam-kabut abang ni” terang Razwan.

“Tak ubah tabiat awak tu, suka tangguh kerja. Awak rehatlah, nanti tak jadi kerja pula esok. Saya rindu awak. Nanti jangan lupa mesej sayang ya. Oppsss...” Terlepas pula kata azimat itu. Dia selesa berbahasa ‘saya’ dan ’awak’ dengan Razwan. Kekok untuk memangil lelaki itu dengan panggilan abang. Jauh disudut hati memang teringin. Malu-malu kucing. Belum bersedia sepenuhnya untuk menyebut kata itu. Namun Razwan tetap terus meletakkan gelaran itu disetiap bualan mereka. Gelaran itu tidak penting bagi Liana. Yang penting pengisian bualan dan hati yang kini ada taman untuk disahakan.

“Okey, take care. Love u.

Love u too” Suara lunak itu menggetarkan gegendang telinga Razwan. Talian dimatikan.

Tidak disangka bualan malam itu bersulam jenaka. Hati Razwan kini aman. Barulah kendur sedikit regangan kerinduan yang tadinya memuncak. Hanya dengan mendengar suara dapat menyembuhkan level rindu yang tadinya di paras maksimum. Berbeza dengan menghantar pesanan ringkas. Kurang feel baginya. Ragam orang dibuai cinta. Segalanya indah belaka.

Mata Razwan mulai kuyu. Bagai ada gam yang memaksa untuk matanya bertaup rapat. Bantal di sisi dipeluk erat. Hatinya mengharap akan muncul mimpi yang indah. Bertemu Liana di Taman Firdausi. Angannya kadang-kala tidak tercapai dek akal. Dikala berlengah untuk tidur tiba-tiba nada deringan pesanan ringkas yang diatur mengejutkan Razwan. Cepatnya rindu Liana kembali padanya. Baru sahaja mendengar suara. Hendak mengucap selamat malam sayang agaknya. Desis hatinya. Namun tekaannya meleset. Bukan dari kekasih hatinya.

Hai Cikgu hensem, bila mahu balik? Saya rindu. Pulanglah. Tak sabar nak tunggu cikgu ajar BM di kelas saya..

Tertera nama penghantar, Student X. Selalu juga dia diganggu. Tidak tahu siapa empunya nama pelajar itu. Cuma diketahui penghantar SMS itu seorang anak muridnya. Kalau tidak manakan dia boleh berkata begitu. Ramai anak muridnya. Dia seorang guru Bahasa Melayu yang mengajar enam buah kelas Tingkatan tiga dan lima. Ada beberapa orang menjadi suspeknya. Malas mahu diambil peduli. Geli-geleman sebenarnya Razwan membaca pesanan ringkas itu, Di dalam bajunya bagai ada beluncas berdisco. Mahu saja dia tertawa sekuat hati.

Pelik bin ajaib karenah anak muridnya yang seorang itu. Seawal dia menjejakkan kaki di sekolah, dia sudah punyai peminat. Setanding artis Aaron aziz yang popular. Kalau tidak teguh iman, mahu Razwan hanyut terikut populariti bintang sukan golf yang masyhur seantero dunia, Tiger Woods. Bisik hatinya. Sampai kearah itu dia memasang imaginasi. Minta simpang terjadi pada dirinya. Dia selalu tersenyum sendiri memikirkan gelagat manusia.

Dari lubang cacing mana anak muridnya mendapat nombor tetefon bimbitnya, dia juga tidak tahu. Budak- budak sekolah sebegitu ada bakat menjadi penyiasat upahan yang berjaya. Desis hatinya. Geram bercampur jenaka.

Skrin telefon bimbit mulai kabur tanpa bekalan cahaya. Hajat lenanya terus dituruti.

1 comment:

Anonymous said...

episod cinta bermula... teruskan.. semoga sejahtera

Related Posts with Thumbnails