S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Saturday, July 31, 2010

Jodoh

Orang-orang tua dan muda selalu cakap 'Jodoh pertemuan di tangan Tuhan'. ' Kalau sudah tiada jodoh, dah kahwin pun boleh cerai'. Fobia + Trauma je bunyinye. Yang itu saya yang kata ar tapi mintaklah simpang berlaku ke atas kita semua. kalau dah kawin biarlah sampai ke akhir hayat...

Terkenang kawan yang menjadi sepasang kekasih yang berchenta dari bangku sekolah dan sampailah ke jinjang pelamin. Alhamdulillah... Fadzrul Idham dan Milatul Shahfairuzzana nama diorang. Tapi stat bila diorang bercintan cintun tidaklah saya nak wat kajian. Itu hal diorang la kan? yang penting diorang dah selamat, saya ni bila? Oh mama saya mahu kawin... Gelenya pulak saya.

Cuba perhatikan wajah minah paling kanan dan mamat paling kiri tu. Merekalah yang saya maksudkan. Bukan main2 okey. gambar ni time kat makmal Bilologi Sek. Men. keb. Ulu Kinta kalau tidak silap. awal2 dah makan beradap. tapi jauh jer daa.. Boleh pulak kawan2 saya ni makan dalam makmal. Memang seharusnya dirotan bontot. Oh Tidak!!

Gambar ni pun ada gambar mereka. duduk pun di sudut kanan sama2. cuma sorang depan, sorang belakang. S. LUFIA tu yang pegang gitar tu. Over jer tapi bukan pandai petik pun. Ini time Jamuan perpisahan geng Ting. 5 Seroja. sediy la konon2nya. Dalam hati semua berdebar dah nak hampir exam SPM.

Ha!!! sempatlah juga saya curi2 bergambar dengan cik Mila tu, dressing tak hingat. siap berselendang. baju raya tak sempat nak pakai time raya tu kot. So, melaramlah ketika ini ya?takpe2 yang penting cantik.

Yuhoo!!! inilah gambar mereka di majlis persandingan. sepadan kan? Direnjis-renjis dipilis, di taburilah mawar hai beras kunyit ditabur... Meriah jer.

Bersama kawan2. Berbaju hitam tepi pengantin lelaki tu sayalah. tapi bukan jadi pengapit okey. just sesaje menyempit tersepit kat situ nak bergambar.

bersama kawan-kawan lagi...

Ni geng2 VVIP.
Anyway, pengantin memang senyum sokmo jer hari tu. Senyum bermotif. well...


2 comments:

Fae's Little Oven said...

SLufia bila nya lagiii???

Epull_Saiful said...

s. Lufia tunggu en. mazuan berkahwin dahulu. maksudnye.. lu pikir lah sendiri..=))

Related Posts with Thumbnails