S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Sunday, August 22, 2010

Teknik study cikgu epuLL

Happy Sunday to u All. Salam 12 Ramadhan buat mereka yang berpuase. Kak Sofea Jane kalau mai period toksah nak jawab salam Ramadhan ni okey. because u tak boleh puase. Haram... Jangan saman i okey. Just Senda sendi Ramadhan jer. 

kadang2 aku teringat zaman aku study time nak exam dulu2. Tak kira lah exam sekolah menengah atau universiti. Sekolah rendah lain kire. Time tu study macam main pondok2 jer. 

Tapi okey gak result time tu sampai dapat UPSR 4A 1B dan pelajar terbaik ke-2 sekolah agama rakyat dalam kem polis Hulu Kinta. Time tu duk chalange dengan budak pompuan sorang tu nama Zarini binti Khorie. Wah.. ingat lagi aku. sekarang dia dah kawin dah pun. beranak pinak dah. aku jer still single. 

Hrmmm... aku ni kalau belajar suka duk pulun sungguh2. Tapi kalau aku tak mau belajar memang tak yah nak suruh ar. Memang aku wat dekkk jer kecuali yang suruh tu ade kuasa Veto. Kecut menunduk aku menurut perintah. 

Haruslah kan? kalau aku melawan silap2 rosak result aku jer. maksud aku cikgu atau lecture ar. Parents aku tak pe. diorang tak marah. Just kasi nasihat jer. Cuma kecik2 dulu jer kena rotan kalau tak belajar. tapi dah besar2 ni kalau rotan aku, mau aku rotan diorang balik.. Opppss... Ya ampunn...

Kalau u all tengok dalam televisyen yang ade temuramah budak2 berjaya time UPSR, PMR, SPM dan STPM sume jawapannye hampir sama jer kan? wartawan mesti tanya apa petua adik berjaya dan semua bagi jawapan yang dah berape ratus kali di dengar dah. contohnya:
  • Saya sembahyang tak tinggal, rajin buat solat sunat dan berdoa kepada Allah
  • Hormat cikgu
  • Hormat ibu bapa
  • mohon restu mak ayah dan cikgu untuk tuntut ilmu
  • Fokus time belajar
  • kalau tak tahu terus tanya cikgu
  • Pandai bahagi masa (siap tunjuk lagi time table yang diorang buat)
  • Rajin buat latihan ulangkaji DAN MACAM2 la
Well... itu semua sudah semestinya kan? sama ar dengan saya pun. Tapi saya tak de lah se'hebat' budak2 yang berjaya tu. Anyway, aku dapat jugak masuk Universiti. Alhamdulliah...

Ha, time belajar ambik degree kat Universiti lah aku nak share dengan korang. U all nak tau macam mana cara aku study? kalau tak nak tau pun, aku still nak cerita okey. banyak jugaklah teknik aku guna. tapi lain orang lain caranya, tak sama.

Aku ni tak boleh belajar dalam kumpulan because nanti aku duk pok pek pok pek jer. isi belajar ade ar dapat 4.44%. kadang2 tak de langsung. menyembang jer. mana tak nya, bila jumpa ada jer topik2 menarik nak sembang, bila sorang dah mula, alamatnya pakat duk ramai2 ar sambung2 utarakan pendapat yang selalunya lari dari tajuk. mula2 lari sikit lama2 terus keluar topik. melalut2 sembang itu ini.

So, kesimpulannya, aku memang tak boleh belajar dalam kumpulan. Omputeh cakap study group. Oh no no no! kalau korang nak ajak aku sembang berkumpulan memang aku boleh pertimbangkan.

Aku lebih suka duk dalam bilik hostel sorang2 dan study sorang2. lagipun time degree dulu romate aku selalu tak de kat bilik. senanglah aku study. aku ni kalau belajar. aku suke guna kaedah soal jawab. aku soal dan aku juga jawab. 

Dulu time aku degree aku suke tampal2 gambar kat papan meja bajaan. gambar family ar, gambar kucing ar, gambar kawan ar. macam2.. nota tak de pun.

Ha!! ni ar meja study kat bilik aku time degree dulu. Nampak tak ade gambar2 kat papan tu.
Apa guna dengan gambar2 tu?? aku akan duduk kat kerusi berhadapan meja study aku tu dan tunjuk mana2 gambar kemudian tanya. Contoh: Ape yang ko faham dengan Teory Feminisme?? jawab2! kononnya gambar2 tu hidup ar. tapi sebenarnye aku yang akan jawab. bila aku tak dapat jawab, aku marah ar aku. marah2 manje jer sambil merungut2. Rasa macam bengong dan banyak lagi yang tak baca.  Kalau tak tanya kat gambar2 tu aku akan tanya ar pada kawan2 aku yang tak bernyawa. Teddy Bear... Tapi kali ni kalau aku tak dapat jawab, aku tampar dan pukul2 teddy bear tu. kesian die. takpe, dia tak de perasaan. Iye ke??

Sekarang ni pun bear ni masih wujud lagi. tapi dah lembik dah. Because.... faham2 jer ar k.
Walau apa2 pun before tanya tu haruslah aku baca dulu. jangan ar trus2 tanya. soal jawab tu untuk pengukuhan sebenarnye. cuma yang aku rasa bodoh tu, bila aku cakap sorang2 bersoal jawab. macam orang giler jer.ape2 pun, teknik ni buat aku lebih ingat tau fakta2 tu. kalau baca dalam hati jer. lama2 boleh jadi tension aku. so , aku pun bercakaplah bersoal jawab2 sorang2.

Selain tu, aku suka buat nota2 kecik. aku ni jenis fobia ar nak baca buku yang tebal2. rase macam perlukan bertahun2 untuk membaca. tambah lagi dah nak exam, cuak jer kepala otak aku. kalau pun aku dah baca bahagian tu, aku still rase macam tak pernah baca. 

So, aku potong kad manila kecik2, dalam saiz kertaz A4 bahagi 4 memanjang. lepas tu aku tulis ar isi2 penting jer. aku guna kad manila sebab dia keras cikit. lama sikit tempoh hayatnya. kalau guna kertas biasa nanti kertas tu pendek umur. kejaps jer dah lunyai. Bila aku dah buat tu, aku share ar dengan kawan2. semua pakat fotostat. Kiranya aku ni macam pengeluar ar. kalau masuk exam jawapannye semua sepesyen jer. tambah2 kalau yang kawan lurus bendul hafal bulat2 ayat aku. aku tak kesah pun. berkat aku buat gitu, result aku pun gempak. Dekan 4 sem tu. uuppss... terover pulak..

Ni ar anugerah dekan aku. 4 sem berturut2 aku dapat. Tapi tak berguna sangat pun sijil ni. time interview bukan diorang tanya pun semua ni.
kadang2 aku malas sangat nak belajar. Very lazy omputeh kampong cakap. satu jer cara guna, aku akan tengok gambar family kat papan bacaan aku. yang paling utama aku tengok gambar my mom. 

Ni ar my mom. 
Bila tengok gambar. automatik aku jadi sediy dan rindu. aku belajar untuk bagi yang terbaik kat mak aku. my dad pun sama gak. kecik hati abah nanti. 

This is my dad. ada serupa tak??
So, bila aku ingatkan diorang. aku akan jadi semangat nak belajar. lepas tu aku belajar ar. dan kadang2 menitik air mata rindu. ye ar duk jauh dari family. sekala-sekala mesti ar datang mood rindu. Actually, u all nak tau, aku ni tak pernah pisah dengan family, tak penuh masuk sekolah berasrama pun. berasmara di sekolah pernah ar.. oh tidak.. karut3! sebab tu lah aku rindu. alaaa.. bukan rindu awek pun. rindu kat mak abah aku jer. 

Sometimes, aku tengok gambar pun tak leh ikut gak. kepala batu. tengok pun tak de kesan. tapi nak kena belajar gak because esoknye nak exam. u all tau apa jalan terakhir yang aku guna??

Aku dengar lagu yang memang boleh wat aku insaf dan terus pegang buku.






MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Sediy wo lagu ni. tentang pengorbanan ibu... 'Air mata ibu', 'Untuk Mu Ibu' dan 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. aku dapat bagi korang dengar 2 lagu jer. Kalau u all dengar lagu ni tapi tak apa2 perasaan, memang nak kena hantar tanjung rambutan ar. lagu syurga di bawah telapak kaki ibu tu, aku tak jumpe kat Mix Pod tu. Lirik dia memang mengimbau pengorbanan mak aku. 

Lirik dia macam ni:
Duhai apakah gerangan budi bahasa
Bagi insan melahirkan membesarkan...
Bercucuran air mata
Bila mengenangkan..
Betapakah besar budi ibunda berikan

Siang malam menderita hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan

Sediy kan?? Adoiiii.... nak wat jahat pun tak jadi aku time tu. huhu...

lagi satu kalau aku nak belajar aku memang tak boleh bukak lattop. memang buat kacau otak aku jer benda alah ni. bukan ia yang salah, aku yang salah, kalau on jer, mesti ade jer laman aku nak bukak, chat ar , tengok frienster ar dan macam2 ar.

Lattop ni memang kena tutup. teddy bear kecik dan labah2 tu aku beli kat terengganu time aku buat kajian tesis awal tahun 2008.
Itu jer ar teknik yang aku guna, tak de apa2 petua lain pun. makan kismis ke, study lepas solat ke, aku tak buat buat gaya tu. sembahyang tu standard ar kan, haruslah buat sambil2 doa mohon kat Allah. 

Tentang masa yang sesuai untuk aku study plak, aku ni jenis fleksibel. bila2 masa bole, pagi, petang, tengah2 malam, pagi2 buta. Semua boleh asalkan tak mengantuk atau terikat dengan mana2 aktiviti dan rancangan televisyen. 

Okey ar. sampai di sini sahaja rancangan motivasi oleh cikgu epuLL. =)) kalau korang yang sudi baca entry aku ni ( sediy jer ayat macam tak de orang nak baca) boleh ar komen dan kongsi2 petua study kotang okey.


Saturday, August 21, 2010

Inspirasi ber'blog'

Jom Kawan2 kita layann blog sambil sembang2 Yahoo Mesenger

Actually, ini bukanlah blog pertama dalam hidup aku. Dulu aku ada gak blog. Tapi semua blog yang dibina just tumpu pada tugasan yang perlu dihantar kepada lecture dan assignment tertentu time belajar kat Universiti dulu. Al-maklum lah lecture tu major in ICT. So, seharusnya beliau meluarkan empayar pengaruh IT dekat student2 yang terchenta. bagus gak kan? At least, aku yang rabun IT ni boleh ar belajar sikit. jenuh ar jugak duk berlari ke sana sini mintak tolong kawan yang pandai dalam bidang ni.

Semua ayat2 dalam blog tu pun kena jaga kesopanan dan ketatasusilaannya. Kalau silap bicara tulis merapu-meraban tak pasal2 jer result boleh down. Mana kot tau boleh dapat 99% terus jadi 66%. Terbalik doh. Semua tu kisah time belajar2 sengkang mata pagi2 buat keroje. kadang2 jer study, Study ke aku ni? Very poyo’z. Padahal duk menyembang jer dengan romate. kalau dia tak mau layan aku sembang, aku merantau ar kt bilik geng2 yang sudi menyembang dengan aku.

Sejak aku start miliki blog sendiri yang tidak terikat dengan mana2 kerja. Aku rasa seronok jer tulis itu ini, baca itu ini kat laman blog yang macam2. Very menariks. sambil2 tu boleh gak wat sesuatu yang berfaedah. Hrmm.. berfaedah ke? ye ar.. dari aku duk melangut menanti bulan jatuh ke riba.

Gini ar aku duk termenung jer kerojer. kalau termenung boleh dapat duit okey gak. sanggup jer aku termenung 48 jam tampa henti. Giler!

Tapi sekarang ni aku ada teman baru, Atoi nama die. =)). atoi ni kecik lagi. Kutip kat pasar ikan. Kesian anak terbuang. Family aku ni agaknye kalaulah baby2 yang terbuang tu boleh bawak balik bela, haruslah rumah aku jadi rumah peliharaan bayi2 terbuang tu.

Okey2 sambung balik...

Macam2 info aku dapat dari blog. Ada yang bernada serious, ada yang bernada didikan, ada yang bernada business, ada juga bernada keagamaan dan tak kurang lebihnya yang bermotif tempias nafsu-nafsi. Oppsss... tercakap pulak. I tak tengok okey. Tonton kejaps jer. Korang jangan tiba2 tanya aku plak apa laman blog 18 SX tu. Aku lempang laju2 nanti! Alaaa.. Gurau2 jer daa.. aku pun tak tau pun sebenarnya.

Saban hari aku belek dan terus membelek laman blog yang aneka ragam. Bila tengok dan baca blog orang, aku jadi exited untuk buat sesuatu pengisian yang lebih menarik pada blog aku. Satu persatu aku tambah. Dan bila jemu aku delete kembali. Kalau u all perasan, template aku kerap kali berubah. Penin aku dengan aku ni. Ade jer yang tak puas hati. kadang2 perubahan tu jadi lebih menarik tapi kadang2 perubahan tu jadi lebih hodoh jer. Tu ar, bahana gatal tangan!! Hambikk kau!

Kadang2 kan biar tido lewat bersengkang mata pun tak pe. Bukannya untuk berzikir atau study pun.. tapi semata-mata untuk layan blog jer. Aiyokkk.. pe nak jadi wahai aku ni?

Adoyai.. kita berbalik kepada motif entry ni. Pasal inspirasi ber’blog’. Bila mengeledah blog orang lain. Aku dapat belajar sesuatu yang baru. Bukan dok cangok membaca jer setiap tarian abjad2 yang dicoret bulat2. Terbaru aku layan blog http://zackzukhairi.blogspot.com/ , Best sangat blog ni. Simple, sempoi dan sentap. Pengisian blog ni tulus dari hati mamat tu. Belajar kat Jepun plak tu. Jelouse plak aku. well.. aku ditakdirkan menjadi cikgu. I like....

Bukan blog dia jer ar yang aku jadikan sumber, banyak lagi sumber dari blog2 lain. ada gak yang aku mengidam nak buat sesuatu macam blog diorang tapi tak pandai nak buat pulak. ape boleh buat. diam jer ar. =)) Tapi aku try gak tanya kawan2 yang tau. Buat masa ni semua jawab tak tahu. so, kena ar tanya cikgu lain.

Okey ar, anyway ' Majulah laman blog untuk kemajuan kemahiran IT U all"

Wednesday, August 18, 2010

BAHAGIAN SEBELAS

*gambar hanya hiasan
BAHAGIAN SEBELAS

Gegendang telinga Sasha bergetar memerangkap gelompang bunyi suatu irama yang biasa didengar. Bagai sudah terakam nada itu di dalam peti ingatannya. Dia fokus memasang telinga capang yang tersembunyi di sebalik lilitan tudung di kepala. Bunyi hentakan tumit kasut mengikut rentak kiri dan kanan langkah membuat hatinya lapang. Dia pasti itu irama langkah Liana. Ramalannya tidak meleset. Sekujur tubuh terpacul di muka pintu butik. Liana berdiri mencekak pinggang. Mata Sasha tertancap tepat ke arah bungkusan makanan yang bergayut di jemari Liana. Matanya tidak berkedip.

“Kau buat part time shif pagi ke kat Restoran Puteri Bongsu tu? Perut aku dah naik pedih dah ni. Nasib baik tak kena gastrik” Sasha berceloteh sebaik sahaja terpandang kelibat Liana membuka pintu butik pagi itu. geram menanti pesanan yang baru tiba. Tangannya sibuk membetulkan alas duduk di set pelamin rona perak yang menjadi antara laman utama di butik.

“Aku jumpa kawan baru sekejap tadi” ujar Liana bernada malas. Beg plastik berisi makanan diletak di meja kecil yang tersedia di ruang tamu. Sasha lantas menuju ke arahnya. Semua kerja di pelamin di tinggal begitu sahaja.

“Jumpa kawan? Lelaki ke perempuan?”

“Eh, kau kan lapar. Makan lah dulu. Kau ni bila dengar benda-benda begini laju jer nak dengar. Kalah Mama Juwie” balas Liana mencantas persoalan Sasha. Segugus kunci di campak di atas meja. Hatinya masih geram. Kepalanya digeleng tanda kesal. Laci pada meja urusan dibuka. Sekeping cek yang tertera nilai lima ratus diambil pantas. Bayaran pendahuluan untuk tempahan baju gaun pengantin seorang pelanggan berbangsa Cina ingin dibukukan. Mukanya masih mencuka. Namun wajah masamnya tiba-tiba tersenyum sendiri mengenang sikap lelaki yang dikenalinya pagi itu. Gelabah tidak tentu pasal. Lucu melihat memek muka Razwan yang cemas seolah mengejar sesuatu.

“Alahai kau ni nak angin pagi-pagi ni pulak. Tak baik tau. Tertutup pintu rezeki nanti” tegur Sasha. Dia perasan dengan perubahan tingkah angin monson yang sedikit mendung.

“Semua lelaki sama saja. Nak ambil kesempatan. Pantang nampak lubuk peluang. Nak makan pun sesuka hati umpan aku buat teman sebelum kenyang”

“Kenyang? Dia makan kau ke Liana?” Sasha bertanya ragu-ragu. Matanya terbeliak memandang Liana. Satu kepastian yang ingin diketahui tika itu. Kanta matanya melihat rakannya sihat sahaja pada luaran. Motif persoalan menjolok tirai tekstil yang melekap di tubuh gadis sunti itu. Sasha gemar menerkam Liana dengan soalan bertaring yang mampu membunuh jiwa. Sifat itulah yang membuatkan Liana kadang-kala geram dengannya.

“Dia tak makan aku. Tapi kau yang karang makan kasut tumit aku saiz tujuh! Kau ni suka fikir bukan-bukan. Tunggu lah aku habis cerita dulu” Liana memuntahkan rasa geram tatkala itu. Pita ukur yang berjuntai di bucu meja digumpal segenggam lalu di baling ke arah Sasha. Belum sempat ke sasaran, pita ukur itu jatuh mencium lantai butik. Sengaja Liana mengacah.

“Habis tu, kau yang cakap berkias-kias. Cakap lah direct saja dengan aku. Ni bukan sayembara puisi. Nak berumpan, berlubuk bagai. Aku dengar pun pelik” ujar Sasha pertahan diri. Ada benar juga katanya. Liana berpuitis tidak bertempat. Bercerita masalah seperti penglipur lara lagaknya.

“Okey. Aku salah. Sorry” Liana mengalah. Dia kembali mengomel hal pagi itu.

Satu persatu rentetan dilapor lengkap. Tiada tertinggal walau seinci pun. Sasha hanya melopong mendengar bicara rakannya. Mulutnya masih tidak henti mengunyah bekalan pagi itu. Pipinya sekejap kembung sekejap cengkung menampung makanan sebelum ditelan lumat. Liana terus melengkapkan berita yang beintikan Razwan. Setiap bualan diiringi bayangan lelaki itu. Dia tersenyum pelik. Dia seolah dipukau dengan pandangan wajah Razwan. Apakah hatinya sudah terpanah busur cinta? Lelaki itu masih belum dikenalinya. Namun aura lelaki itu kuat memukul sanubari. Tidak semudah itu untuk mendakap cinta. Liana menepis kata hati.

“Weh smart ko jate tu? kalu smart mung ejah la. Mana tau buleh ko mung. Tak pun mung ejah untuk kawe ja” ujar Sasha bersulama tawa. Berbenih lahir merimbun di Johor namun menuntut di Kelantan. Terbiasa bergaul dengan warga negeri yang kononnya serambi Mekah itu. Masing-masing punya hak melabel sesuatu. Benar salah timbangan kedua.

“ Smart juga. Boleh la kot nak buat kawan” ujar Liana jujur. Dia tidak melenting seperti selalu. Persoalan nakal Sasha disambut baik.

“Ha, pelik dah ko ni! Sembang dengan aku pun tersenyum-senyum walau tak de apa yang mencuit hati. Tak kan kau nak sengih lebih-lebih teringat kat kerongsang belalang kunyit tu kot?” Sasha berkata selamba. Menerjah ka dasar hati Liana.

“Sudah-sudah! Malas dah mahu ingat tragedi tadi. Selera kau makan ya? lapar pulak aku rasa. Better aku makan before pelanggan datang nanti” Liana mematikan episod cerita pagi itu yang berjelar jika dilayan. Dia mencapai bekalan nasi kerabu yang masih bersisa. Dia menyalahkan Razwan. Andai dia tidak terburu-buru mahu pulang, pasti sudah dihadam makanan pagi itu. Dia mengambil duduk di sebelah Sasha yang sudah tersandar kekenyangan. Menyambung selera yang tertangguh di Restoran Puteri Bongsu.

***

Panahan mentari menggigit dinding kulit Liana yang halus. Dia mengiring pelanggan bertitle Datin keluar dari butiknya. Iringannya tidak putus sehingga ke muka kereta. Hati pelanggan berdarjat perlu kena cara layanannya. Bimbang nanti terputus janji di tengan jalan. Belum sampai ke muka majlis, sudah cancel tempahan semata-mata tiada kemesraan utuh yang terjalin. Lain bunga lain tempias madunya. Lain pelanggan lain karenahnya . Tebal nipis kaca mata pelanggan tidak dipandang remeh. Tambah lagi kelompok ‘kehormat’ yang banyak protokol. Sedikit leceh namun habuan membeliakkan mata.

Datin Azira Kamaruddin baru selesai berbincang bersama Liana. Hajatnya untuk mendapat khidmat mentatarias gerbang pelamin anak terunanya disambut gembira. Busana sedondon rona perak bermotif abstrak dari tekstil sutera asli China menjadi tema keluarganya. Semuanya ditempah bersama. Hanya suaminya, Dato’ Johaizal yang berbeza menggayakan baju batik lukis tangan dari rona yang sama. Semua permata Datin Azira adalah puteri kecuali bakal mempelai. Gambaran di fikiran suatu kemeriahan yang dinanti.

“Lia tolong auntie okey. Pasal belanja tu, Lia jangan bimbang. Auntie boleh kasi bunga” ujar Datin Azira sebaik memasuki perut kereta. Pemandunya di hadapan sempat mengerling ke arah Liana. Kepalanya menunduk tanda hormat.

“InsyaAllah datin, Lia akan cuba lakukan yang terbaik untuk family Datin. Hopefully semua berjalan lancar” Liana memasang janji. Dia memerhati Datin Azira yang asyik membetulkan anak tudung. Rambut tuanya sedikit terjurai di dahi.

“Lia ni tak payah berdatin-datin dengan auntie. Dari tadi panggil datin. Panggil jer auntie. Yang berpangkat uncle tu, auntie ni menumpang title je” ujar Datin Azira menegur bicara Liana. Senyuman manis tidak pernah lekang di wajah wanita kenamaan itu. Dia kekok berbahasa begitu dengan anak muda itu. Andai di dalam majlis rasmi korporat sememangnya dia ramah dengan panggilan ‘datin’ itu. Mana tidaknya, semua jemaah yang hadir terdiri daripada datin-datin belaka.

“Okey auntie” Liana menurut perintah.

“Lagipun auntie percaya pada Lia. Majlis anak perempuan auntie yang baru langsung hujung tahun lepas pun, Lia yang tolong kan? Sebab tu auntie berkenan” Datin Azira mengungkap kenangan menguatkan harapannya pada hasil tangan Lia dan Sasha.

“Pasti meriah keluarga auntie kan? Satu persatu ke jinjang pelamin. Tak lama lagi bartambahlah cucu auntie” Liana berseloroh. Tawa mereka bersatu meriuhkan arena parking di hadapan butiknya.

“Ha, Lia bila lagi? Tak kan masih belum berpunya. Jangan tunggu lama-lama Lia. Kalau dah ada tu, elok percepatkan” kata-kata Datin Azira mengejutkan Liana. Dia tiba-tiba terdiam. Tiada berbalas bual. Senyumannya menjadi ketat.

“Dia dah ada yang berkenan datin. Hatinya dah ada taman. Baru pagi tadi bertemu cinta pandang pertama” pekik Sasha menyambut persoalan Datin Azira. Tangannya mengendong sebungkus keropok Twisties perisa tomato. Liana menjeling memberi isyarat geram.

‘Entah dari mana makhluk ini muncul tiba-tiba. Tahu-tahu ada di sebelah aku ni. Memang nak kena cuci mulut budak ni. Bikin aku malu depan client jer’ hati Liana menggetus geram. Tangannya merapati paha Sasha lalu mengutil sedikit tubuh rakannya itu. Sasha menepis keras. Telatah mereka diperhati sahaja Datin Azira.

“Eh, baguslah kalau macam tu! Ingat pesan auntie okey. Jangan tunggu lama-lama. Auntie pulang dulu ya.” ujar Datin Azira penghabisan sebelum daun tingkap kereta tertutup rapat. Tangannya melambai mesra. Kerata BMW yang dinaiki menyusur laju meninggalkan Liana dan Sasha yang masih tegak berdiri. Kedua mereka berpandangan.

“Tolong datin! Tolong Abang kerongsang belalang kunyit! Anak dara dah mengamuk” jerit Sasha sambil berlari terkedek-kedek memasuki butik. Keropok di tangan masih kukuh pegangan. Dia tahu akan tebuan akan menyengat. Sengaja dijolok sarang tebuan yang satu.

“Sasha!!!” Liana menjerit sekuat hati. semua mata memandang. Mamak penebar roti canai di hujung jalan turut tertanya-tanya. Pelik melihat telatah anak gadis berbaju kurung seperti mahu menggila. Namun tetap terserlah keayuan. Dia mengikut jejak langkah Sasha memasuki butik. Lengan baju disenteng ke paras siku. Muka yang cantik bertukar menyinga. Perang dunia keempat bakal meletus. Patung-patung berbusana pengantin menjadi saksi. Pertarungan Tuah dan Jebat versi srikandi Melayu.

“Okey... okey. I mintak maaf Lia. I janji nanti i kacau lagi. Oh, Tidak!” ujar Sasha kepenatan. Nafasnya tercungap-cungap menahan tawa. Dia terus berlari mengelak dari terkena pukulan rotan bulu ayam yang dipegang Liana.

“Ah, tiada maaf bagi mu!” jerkah Liana. Dia juga turut ketawa berdekah-dekah. Walau hatinya geram namun ada terpalit rasa gembira diusik begitu. kedua-dua mereka berkejaran keanak-anakan. Tidak senada dengan usia yang selayaknya berumah tangga. Semua ketentuan pasti ada hikmah yang terselindung. Manusia hanya merancang, Tuhan yang Esa penentu segala.

***

Rotan bulu ayam yang tergantung di dinding dikerling seimbas. Bingkai gambar kayu yang berukir motif kelarai rimba digantung semula. Gambar ditatap mengundang bayangan suatu kisah. Album memori tidak pernah terpadam. Hari pertama perkenalan terpahat di muara ingatan. Kenangan yang asyik bermain bersama ombak rindu. Masa berlalu tidak sedikit pun dikesali. Ladang berbenih cinta yang disemai mekar hingga ke saat ini walau badai menerpa di musim lara. Adat bercinta, pasti ada pasang surutnya. Liana percaya klimaks bahagia yang dinanti bakal terpancar di tirai kamar yang menyatukan dua anak adam dan hawa.

‘Selagi ada cinta itu, kau milik ku’

Kisah Mama Suzie

Siapa yang tak gembira berpeluang menyarung jubah konvo? Semua pasti gembira. Very riang ria conflake kan? Bila pakai jubah terasa ada semangat dan aura kepuasan yang melekat pada dinding naluri setelah sekian lama menuntut dalam sesuatu bidang. Tambah2 lagi kalau ibu2 bapa2 yang hadir. Senyum sokmo lihat anak2 berjaya.

Al-kisahnya ada lah seorang mama yang belum pertitle Puan. Walaupun ade ar ciri2 keibuan yang terpancar tapi tak cukup syarat lagi kot nak jadi ibu. Idok bersuami lagi. Dengan kata lain suci murni lagi gtuw. Hrmmm... suci ke?? Yes!! Suci murni seperti jenama minyak masak. Anaknye pun lebih berusia darinya. Very Funny + sediy.

Cerita di sebalik cheritera sebuah episod yang penuh persoalan. Epa ni dia pergi konvo tapi idok ambil jubah dan topi konvo (ape ntah nama khas topi tu. Yang penting ade jurai bulu2)... Sediy jer rasa. Tapi dia datang mewakili mama Suzie. Very Hot mama!! dah ar dalam pertemuan sehari sebelum konvo tu kami ramai2 makan KFC. dia jer tak makan. Why?? berpuasa katanya. Puasa nazar melihat anak2 berjaya kot.. =)) very baik Mama Suzie. padahal puasa ganti yang tertunggak. ooppss.. terover pulak saya. ya ampun Epa. Last2 sempat jugak lah Epa bergambar dengan jubah tu

Mama Suzie @ Epa berkonvo

Ha!!! inilah anaknya. kak Suzie. meriah u all dapat bunga. Bunga sendiri ke bunga pinjam tu?? yang penting ada gaya kan?

Ni kalau masuk akhbar Metro ni meletops nanti "Anak dan ibu sepakat ke menara gading"

Mama Suzie dan Bonda Siti

Saya sempat ar juga merampas anak mama Suzie untuk bergambar sekejap. =)) Uikkss.. ada bear dua ekor ar. Siapa punya tu? motif??

Monday, August 16, 2010

Konvo Degree 2008

Salam 7 Ramadan...
Jam: 2.34 pagi.
Mood: payah nak tidor.

Masih lagi dalam suasana berkonvo. ye lah.. beraya pun sebulan kan. sama ar berkonvo. Walau dah pulang jubah tapi masih teringat lagi kenangan yang masih segar. over jer saya ni. dulu beria kata tak nak pergi. tapi bila dah dapat peluang pergi. bergambar tak hingat, bercerita 7 hari 7 malam tak abis2 lagi. buat Cikgu Fae dan Cikgu Jumarni makan hati jer mendengar cerita. U all bayang2 kan jer ar okey. Tapi biasa2 jer sebenarnya. cume meriah jumpe kawan2 jer. kalau pertama kali konvo tu memang ar exited.

Well... bila dah tayang gambar konvo DPLI dengan jubah rona gold pada post sebelum ni, tiba2 terpanggil lah pulak untuk menge'post' gambar kenangan time konvo degree dulu. time tu jubah rona hijau. Ala2 ahli kelab rakan muda program pencinta alam sekitar jer. kalau bergambar dalam hutan, sure tak perasan. mana tak nya? jubah dah sama colour ng warna pokok2 hutan. tapi cantik gak warna hijau tu.

Kenangan ni tercoret time 11 Ogos 2008. Still mekar dalam kepala otak. meriah gak rasa time tu. saya dapat bunga banyak. bergambar dengan bunga2 macam kereta berhias jer rupanye. thanks to pemberi bunga okey.

Yang paling gumbira saya dapat bergambar kenangan with my parents.

Cosmate time degree

geng laki yang sempat bergambar
Dari kiri: Bobo, Sham, Ali, Man, apizz, Azmer, epuLL

Cik kakak yang memeriahkan suasana
Dari Kiri: Fina, Lin, Izzati, Kak sue, Huda

Ha!!! kawan2 DPLI. U all perasan tak encik sebelah saya tu. Actually, dia tu cosmate saya stat dari degree lagi tau. dah kenal lame dah. gadoh2 pun dah lame dan beratus2 kali dah. =)) apizz ar suka cari gadoh dengan saya yang baik kononnya ni (propa jer).

Uikkss... berjubah hitam pulak?? jubah pinjam daa.. u all nak tau ni jubah fakulti pendidikan Islam tau. Class jer Ustaz pakai jubah macam tu. ala2 model dalam forest jer. pose untuk majalah Alam sekitar edisi "wahai graduan: selamatkan alam kita"

Oh, Tidak!!

Saturday, August 14, 2010

Abseling di Pulau Pangkor

Hello...

Duk asyik mengarang novel, tiba2 teringat pulak cabaran paling getir bagi saya time menjalani kem Bina Insan Pendidik (BIP II) kat pangkor lepas raya tahun lepas. Very mencemaskan! Bergetar seluruh urat saraf serta saluran arteri dan vena yang bertugas dalam tubuh tatkala itu. wah!! Ayat novel sains gituw.

Apa cabaran tu?? Kami yang joint kem tu kena abseling. Dup dab dup dab degupan jantung. Muka masing2 senyum jer tapi dalam hati, siap menyanyi lagu awan yang terpilu lagu tau. Memanglah ade guna peralatan khas time nak turun tu. Dalam aktiviti ni, kita perlu bijak mengawal keseimbangan diri dan emosi untuk menuruni puncak yang tinggi. Silap2 hari bulan tergolek dog berguling2 jatuh ke bawah. Oh, Tidakk!!!.. tapi pape pun semuanya berjaya melaksanakan cabaran abseling ni dengan jayanya. Tahniah u all!!

Yang meriahnya u all tahu, macam2 gelagat Cikgu Cikgi kita dapat lihat. muka sediy, muka cuak, muka exited confident, muka pasrah dan ade juga muka macam menahan angin jer. saya pun apa kurangnya. Very2 cuak u know. andaikan terputus tali tu. borgolek2 ala2 tergiling bunuh diri la saya. al maklumlah over berat. Oh, Tidak!!!

"Ya Allah Ya Tuhan ku, selamatkan diriku dari sebarang mala bencana, sesungguhnya aku hamba Mu yang kerdil lagi lemah" muka pasrah jer cikgu mas. kalu boleh berenang, mau jer dia berenang balik ke seberang pulau pangkor tu. =))

"apa?? kena turun bukit tinggi pakai tali??Oh Tidak" muka terkejut jer cikgu Hanim.

"Ah! kalau macam ni mak down nok! mak nak tukar jadi jantans ganaz balik. baru nampak gagah turun bukit nanti. U all setuju tak?? mak tak kira! ini demi masa depan mak la nok!!" (ya ampunn apizz. i gurau2 jer ok. i tau u perkasa lagi gentleman) =))

Cikgu Azira

Cikgu epuLL

Cikgu Gabbie

Cikgu Fadzli

Cikgu Mahanim

Cikgu Akram

Cikgu Suzie

Cikgu Padil

Cikgu Shuhada

Cikgu Jenny

Cikgu Mas

Cikgu Juliza

Baby Firas & Aryana

Opah ku bilang, bila mau kahwin cucuku ini??... Bawak bersabau yer Opah!!

Salam bercahaya mata buat sahabat.. U all mesti seronok kan bila tau jer ada benih anda yang bersatu di dalam perut isteri2 anda. Saya ni tumpang gembira jer. Isteri pun tak de lagi. Bila lah saya nak dapat baby? Oh, lambat lagi! Sabar yer Cikgu epuLL.

Dalam post kali ni, saya nak khabarkan pada u all geng DPLI yang seangkatan dengan saya telah pun dikurniakan cahaya mata. Baru genap sebulan jer pun. Meriah family diorang ade orang baru. Very Happy u know! Bertambah gumbiralah cikgu cikgi DPLI dapat anak saudara. Dr Siti pulak dah jadi Opah. Opah ke?? Pasangan pertama Amyda A. Bakar dan Mohd Zulfahmie. Mida ni kecik jer orangnya. Comel jer time die pregnant. Tanggal 14 Julai 2010 lahirlah seorang baby boy bernama Firas Rifqi. Very comel!

Selang beberapa hari terbit pula lagi satu tangisan baby girl bernama Aryana Daniesha pada 20 Julai 2010. Ni pulak anak sulung kepada mantan timbalan saya time wat program kolokium. I lah pengarahnya =)) Nurul Syuhaiza namanya. Encik Suami pula Ghazali. Diorang berdua ni sedang berpantanglah tu gamaknya. Nanti raya panjanglah kaki diorang duk pungut duit raya si Firas dan Aryana. Riang Ria aidilfitri gituw! Jom kita lihat wajah baby. geram siot.. Sorry lah sayang, uncle epuLL belom berkesempatan nak melawat lagi. nanti dah jumpe boleh uncle dukung2 timang2 okey.=))

* Semua gambar adalah ihsan dari ruangan facebook Amyda dan Nurul.

Amyda A. Bakar dan Mohd Zulfahmie.
Wah!! gaya tenungan macam duk pikir next baby jer. coming soon!! Berusaha terus berusaha.

Inilah Firas Rifqi

Macam muka Jepun!! Very Comel.

Nurul Syuhaiza dan Ghazali.
Penangan buah straberry terus dapat baby!!

Aryana Daniesha.

Tahniah buat amyda dan Nurrul. Kita nantikan pula kelahiran baby kepada Sofia. Odw Siti Faezah, Latifah, Ita, Sasira dan yang terbaru Noriah (baru tiga minggu). Doakan aku cepat kahwin okey. Aku pun nak baby gak!!! Oh, Bilakah detik itu???

Friday, August 13, 2010

Exposs Cover Magazine

Salam 4 Ramadhan buat semua umat Islam...

Today I would like to talk about gambar2 yang menghias di dada2 magazine masa kini. Macam2 gaya. Aneka ragam . Possing bagai nak rak. Sampai ada yang berani buat post maut semata2 nak pastikan dirinya meraih publisiti seluruh arena rimba (kononnya). Tapi memang best sebenarnya andai wajah kita terpampang kat muka depan magazine. Rasa macam satu dunia dah kenal kita.

Bila nak wat cover magazine tu, mestilah ada picture2 pilihan yang menarik lagi malatop kan?? Para kameraman dan kamera woman memang panas punggung melayan karenah para artis nak bergambar semata2 nak dapatkan posisi yang cantik. Tapi kadang2 tangkap gambar candid pun dah boleh jual.

Nak menangkap gambar memang payah. Ada yang malu2 menutup muka. kononnya tak mahu kejar glamour. So, nampak jemari pun jadi lah kn?

Ada yang jual mahal jer. "Sorry, i tak de masa nak layan tangkap2 gambar ni. mata i sakit kena flash kamera. okey, pergi main jauh2. i ada kerja mahu fikir. down!"

Ada juga yang sampai tertidur menanti lensa kamera menangkap gambar. kasihan...

Berikut antara Foto2 khas untuk menjadi cover magazine.

Majalah eksplorasi edisi "Pendakian ke Kemuncak Jaya"

Majalah Pendidik edisi " Senyuman Bonda"

Majalah Aksi Sukan edisi " Semangat Pertiwi"

Majalah Wanita edisi "Seraut Wajah Gembira Sang Kekasih... Kiriman Senyuman buat Abang Kerel"

Majalah Maskulin edisi " Ustaz Macho"

Majalah Playboy edisi "Kupu-kupu malam"

Majalah Al-Islam edisi "Musafir"

Majalah Remaja edisi "Aksi Manja"

Majalah Maskulin edisi "Red Roses Guy"

Majalah An-Nur edisi "Mohon Taubat Ku"

Majalah Peace guGirl

Related Posts with Thumbnails