S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Sunday, October 3, 2010

Warkah buat kucing Ku

Pesan buat kucing2 ku...


Wahai Kucing ku,
Hala tuju abang telah ketahui
Keputusan sudah terkunci
Melaka menjadi halaman bermain selepas ni
Teratak mendidik anak-anak istimewa
Menyumbang ilmu berbakti tanpa jemu
Semua itu bukan kerana terpaksa
Segala berlaku dengan rela dan kata hati yang berkeinginan begitu


Wahai Kucing ku,
Abang kena pergi kerja jauh
Tak boleh main2 dengan korang dah
Walau berat hati namun takdir penentu segala
Atoy, A-chet, Lala n Kiki jangan buas2 okey
Jangan memilih makan sangat
Apa diberi makan tanpa banyak karenah
Nanti sendiri yang lapar.


Wahai Kucing ku,
Di kala malam pasti abang akan merindu
Di kala sedih pasti abang terkenang
Di kala penat pasti abang terpanggil di sudut hati
Di kala bosan pasti abang tiada kawan bermain
Semua memori bersama akan datang kembali
Pabila abang pulang kembali


Wahai Kucing Ku,
Nanti abang carikan teman baru
Seekor haiwan berbulu berkaki pendek seperti mu
sebagai pengganti di kala kebosanan menggigit pangkal jiwa

No comments:

Related Posts with Thumbnails