S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Friday, September 10, 2010

Dugaan di hari raya...


Salam Aidilfitri buat semua...

Setiap umat islam pasti mengharapkan suatu sinar kebahagian dan cahaya lebaran sempena Aidilfitri yang menjelma hanya sekali dalam setahun. Kembali kepada fitrah kehidupan setelah sebulan mensucikan diri di Bulan Ramadhan yang penuh dengan limpahan benih2 pahala yang perlu disemai dalam hati yang suci. Sama juga seperti aku yang amat mengharapkan semua itu bertandang ke pintu hati yang tidaklah semurni ulama'. Namun aku jua punyai niat untuk menyemai benih keberkatan itu.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aidilfitri tahun ni mengundang sedikit dugaan buat diri aku. mula2 sekali hal posting ar. buat aku tak senang duduk dan kurang mood untuk beraya. itu boleh di edjust supaya kembali gembira. rilexs2 dan cuba menyibukkan diri dari memikirkan semua itu dan insyaAllah semuanya akan kembali tenang di kantung jiwa ini.

Tapi jiwa aku dan keluarga tiba2 diuji dengan satu dugaan yang mencabar urat saraf dan nadi untuk terus beroperasi apabila seorang hamba Allah datang ke rumah aku dalam jam 11 malam hari puasa yang terakhir mengatakan adik lelaki aku xcident. mak abah aku tak usah nak cakap ar. dah macam sasau dah aku tengok. aku still cool. cepat2 siap tukar seluar n terus naik motor ke tempat kejadian. Bila sampai jer trus aku joint hantar adik aku ke Hospital Bainun, Ipoh. adik aku dalam ambulans dah darah2 hidung dan sakit tangan dan kaki.

Aku rilexs jer dan tenteramkan adik aku. Walau pun selalu gaduh2 tapi bila jadi macam tu sikap belas ikhsan aku hadir juga. ye ar nama pun adik beradik kan... lepas settle semua urusan cek itu ini, kat hospital Doktor mengesahkan adik aku xde apa. semua selamat. tak de mana2 bahagian yang patah cuma lebam2 sahaja. Alhamdulillah... 

Sebelum pergi hospital aku tak tengok lagi keadaan kereta because aku terus naik ambulans. kawasan kemalangan tu pun punyalah ramai orang. macam ada pertujukan sarkas pulak. so, aku tak dapat lihat lah keadaan kereta tu. Tapi keesokan harinya apabila melihat dengan jelas keadaan kereta yang xcident tu dekat bengkel, mengucap panjang aku. Kalau tengok dari keadaan kereta aku seolah membayangkan adik aku dah tiada. very teruk. Tapi umor adik aku panjang, dia selamat dan masih mampu meneruskan kehidupan. Alhamdulillah... kalau korang tak percaya, try tgk beberapa gambar kereta ni. aku tengok pun menyeramkan.





Ha! ini lah adik aku tu, gambar terbaru ni. semuanya selamat dan sihat walafiat. Alhamdulillah...

Friday, September 3, 2010

Jom Kait Nyiur muda!

salam rindu... 

bermula hari ini, sama2 lah kira kira hari 1~7 okey. lagi seminggu nak raya!!! Dum dum dum... bunyi mercun. sekarang ni sudah hampir ke penghujung bulan ramadhan. Masih lagi bulan puase okey! banyak2 kan lah amalan tu, andai terbuka pintu rezeki, berasa lah kita nikmat malam Lailatul Qadar. 

Sekarang ni hari semakin panas, al-maklumlah dugaan di penghujung Ramadhan kan? bila dah panas dan dahaga, kalau berbuka dengan minuman yang melazatkan kan best! Tapi jangan lupa makan kurma dulu, ikut Sunnah. Sejak beberapa hari ni aku rajin pulak pergi kait buah nyiur muda. Rase airnya nyam3. 

Eh, sekejaps... before cerita tentang air kelapa, aku nak kongsi sikit kegembiraan dekat rumah aku, ada penghuni baru. U all jangan nak kata aku baru dikurniakan cahaya mata okey! Auta semua tu. well... dalam entry sebelum2 ni kan aku dah cerita tentang kemurahan hati parents aku ni memungut anak2 kucing terbuang. Tapi kali ni bukan terbuang, ada kawan abah aku bagi. comel gak. still tak de nama lagi. aku cadang nak bagi nama "beriantoni Comelino Bubucunn Ramadhani Fitri". wahhh.. name ape tu? senggugut kucing baru aku tu nak mengecam nama die.  sebenarnye nak buh Bubu jer. sebab warnanye kelabu. 




Inilah kucing baru aku tu, tapi sediynya semua kucing2 aku yang lame tu tak mau kawan dengan die. diorang tak sedar diri, diorang pun kucing pungut gak. adoyai.. nak kena antar kursus motivasi kat Kem Rimba Pangkor kucing2 aku ni. alaa... biala ar, kucing i klu ada something smell yang die xkenal dia marah ar, lama2 okey lah tu
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Okey , now kita bebalik kepada cheritera tentang kerja aku pergi kait nyiur muda. airnya boleh dihidang time berbuka. Nikmat wo, wak cakap sama lu!!! tak tipoo...

Korang nampak tak buah kelapa tu? jangan kata tak nampak okey. maknenye pendek umo nanti. so, jawab jer ar nampak.

Ape tunggu lagi?? jom amik galah dan kait!


Jeng3! buah nyiur muda dah berjaya dikait. 

Bila dah kait, boleh lah kupas dan ambil airnya. huhu.
gambar air di dalam jag yang sudah terhidang aku tak nak post. korang bayangkan sendiri lah okey.

Thursday, September 2, 2010

BAHAGIAN LIMA BELAS


BAHAGIAN LIMA BELAS


Tirai langsir yang labuh menutupi dada jendela diselak perlahan. Pepatung yang sesat berterbangan telah kering di ceruk kekisi tingkap yang berdebu. Malam masih berteman bulan seperti biasa. Cuma bintang tampak kurang bersinar. Cuaca mendung menenggelamkan sinar itu. Dingin malam membelai tubuh. Liana Raudhah terceruk seorang diri di situ menghitung bintang yang samar kelihatan. Dia terkenang bintang hatinya yang jauh.

Mendengar suara tidak sama dengan menatap wajah di dunia realiti. Membaca tarian abjad mencoret madah cinta tidak seindah bertemu bertentang mata. Selalu dia menatap wajah Razwan di folder album, namun itu hanya senyuman kaku. Kerap kali dia bertemu Razwan di alam mimpi, namun itu hanya mainan tidur. Sering tergambar di mata, namun hanya bayang-bayang Ilusi. Dilihat ada ditangkap hilang. Semua itu ternyata berbeza.

Kerusi di meja bacaan ditarik, lantas mendudukkan dirinya di situ. Liana berteleku di hadapan komputer ribanya. Tetikus digerak-gerakkan mencari simbol Google Chrome lalu jari telunjukknya menekan pantas. Skrin Komputer tika itu jelas terpapar laman dunia tanpa sempadan. Jemari yang tirus menari-nari menekan butiran abjad di papan keyboard. Selang beberapa saat tertera laman sosial miliknya. Matanya galak meneliti penghuni dunia yang sedang keudara. Itulah ruang untuknya berbual bicara secara maya. Sesekali dia juga nakal berwebcam dengan insan tersayang. Gembira melihat bintang hati tersenyum di dalam monitor komputer.

Seteleh lama membelek, ternyata insan yang dicari turut melayari laman itu. Sebentar tadi Razwan baru menyampaikan laporan semasa menyatakan dia baru tamat majlis penutupan kursus. Liana pasti insan yang dirindui tidak sabar untuk pulang. Janji temu telah diatur.

Satu persatu kisah diadu Razwan sepanjang berada di sana. Dari yang mengembirakan sehinggalah yang menyedihkan. Diri yang jauh kadang-kadang terpanggil untuk terjun ke telaga perasaan lelaki itu. Panah tetikus yang patuh menurut perintah di halakan ke satu nick name. Dia menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kononnya mencari ilham untuk diterjemahkan ke dalam lunas kata bermadah cinta. Sedangkan semua itu sudah di set di dalam kepala. Tidak perlu bergurindam pujangga. Hasrat hati tetap difahami walau ke selekoh mana kata melencong.

Me
Salam sayang, awak dah habis berkemas ke?
Razwan Mafia
Salam Sayang peluk cium =)) Abang dah siap kemas dah semua. Sayang
buat apa tu?
            
Rangkaian pesanan lantas bersambung mengutus kerinduan. Romeo dan Juliet bersatu di alam maya.  Mereka berdua asyik mengalun melodi lagu rindu.

Me
Saya tengah meneropong bintang hati nun di sana.
Razwan Mafia
Nampak Abang ke?
Me
Nampak awak tengah menaip kat lattop, lepas tu senyum sorang-sorang. Rindu awak...
Razwan Mafia
Nampak abang? Alamak!!!
Me
Kenapa?
Razwan Mafia
Abang bertuala je ni. Malu lah abang, sayang tengok.
Me
Uikkss...sekejaps, saya pakai cermin mata hitam. Okey dah tak nampak 
dah.
Razwan Mafia
Tengok pun tak pe. Abang suka je. Nanti awak nampak jugak =))
Me
Gatal lah awak ni! Cubit karang! Esok gerak ke rumah nenek pukul
berapa?
Razwan Mafia
Pagi-pagi lagi abang nak check out dah. Nak jumpa nenek sekejap je. Nak hantar barang dan duit sikit. Tengahari tu abang gerak ar balik. Sayang tunggu abang dekat Restoran Rahimah’s kitchen yang abang bagi tahu hari tu okey.
Me
Okey. Awak tak penat ke drive lama-lama? Risau pula saya awak ni.
Razwan Mafia
Don’t worry. InsyaAllah semuanya selamat.
Me
Kalau awak penat, take a rest for a while okey. Jangan paksa diri untuk drive.
Razwan Mafia
Iya, tak usah digusari dong. Sayang dah mandi?
Me
Dah... dah siap sapu losyen pun. Wangi jer.
Razwan Mafia
Alaaa... abang baru nak mandi. Panas, berpeluh-peluh berkemas tadi. Okey lah sayang, nak tido nanti abang call ya. Nak mandi ni.
Me
Baiklah. Saya pun dah boleh bau orang busuk tak mandi ni =))
Razwan Mafia
Ececeh... busuk konon. Nak kena peluk ni, baru tau busuk ke wangi. Okey lah, Esok bila dah nak sampai abang inform kat sayang.
Me
Okey, Bye-bye. Salam
Razwan Mafia

Salam. Buboy. Muahhhhh.... Love You ♥♥♥

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

 

Panah tetikus diarah ke sudut kiri skrin. Butang shut down ditekan. Skrin lattop beransur gelap dan terus terpadam. Kedua-dua mereka serentak melakukan perlakuan yang sama walau di tapak pentas dunia yang berbeza. masing-masing sudah puas melepas rindu. Bayangan rindu mampu terbayar dengan hanya menatap tulisan yang diutus dari jauh. Itulah panahan sebuah cinta. Liana bingkas bangun melangkah keluar dari bilik. Menjenguk aktiviti ibu yang dapat dibantu malam itu. Dia menuruni anak tangga dengan hati yang berbunga riang.


**********


Usai mandi menyegarkan diri, Razwan bersiap untuk menghabiskan masa malamnya sebelum pulang ke destinasi asal dia menetap kini. Kursus yang berlangsung selama hampir seminggu itu berjaya ditamatkan. Malam itu adalah masa untuk bersuka-ria melawat tempat-tempat manarik di sekitar bandar Ipoh. Pasti indah suasana malam diterangi lampu jalan yang berwarna-warni. Namun dia tidak berminat untuk semua itu. Perihal kerdipan lampu di malam hari itu sama sahaja dengan destinasi lain yang pernah dikunjungi.


Kunci kereta yang terdampar bersebelahan meja televisyen dicapai laju. Hatinya berdetik riang ingin pulang bertemu orang tersayang keesokan hari. Namun ada pertemuan yang masih tertunggak malam itu. dia telah memasang janji untuk bertemu bekas kekasih hati yang sudah lama menyepi. Restoran Aspirasi Bonda yang terletak di dataran Sunway berhadapan Taman Tema Lost World Of Tambun menjadi destinasi lokasi perjanjian.


Siulan Razwan mengalun sumbang. Dia kaget sebenarnya untuk menunaikan janji itu. Terkenang sebuah episod cinta yang sudah lama tersadung di jinjang penamat. Pelamin yang menjadi angan-angannya musnah. Tiada keserasian yang menemukan. Namun, dia tetap seorang kawan yang setia. Tiada apa yang terbuku dihati. Tiada secebis perasaan pun. Yang ada cuma kasih sesama makhluk dan teman. Kakinya melangkah menuju ke muka pintu.

“Razwan” sepatah perkataan namanya disebut. Gabbie tiba-tiba tercegat di hadapannya sebaik daun pintu dikuak. Razwan berdiri pegun.

“Ya Allah Ya Tuhan ku” mengucap panjang Razwan melihat wanita itu.

“Apa lagi kau buat di sini? Kau intip aku ya? Sudah lah Gabb, kau dah dapat apa yang kau nak dari aku dulu. Aku halalkan sahaja semua tu. Kalau kau nak minta maaf dari aku pun, aku dah maafkan” ujar Razwan panjang lebar. Semua bicara diucap bernada selamba. Dia tidak mahu mood malamnya itu beralih arah.

“Bukan itu yang aku nak katakan, tapi aku nak mintak tolong dari kau”

“Aduhai, tolong apa lagi! Bos besar berstatus Dato’ tu mana? Tak kan kau nak ajak aku sambut minggu setiausaha bersama dengan kau pula? Tak de kena mengena pun dengan aku. Sudahlah Gabb!” leter Razwan bagai celoteh konti radio Hot FM yang sedang bersiaran. Pintu bilik bernombor 11A dikunci. Dia terus melangkah laju ke pintu lif. Gabbie yang bergaya dengan skirt ketat paras paha terkedek-kedek mengejar langkah Razwan yang pantas. Kasut tumit setinggi hampir dua inci yang tersarung di kakinya bagai mahu tercabut menampung gerak langkah yang berdentum.

“Hei, Razwan! Slow lah sikit jalan tu, i serious nak minta tolong dari you ni” ujar Gabbie dengan nada yang sedikit tinggi.

“Aku ada hal lah malam ni, kau faham tak? Kau nak aku speaking Jerman atau Sepanyol baru kau nak faham kah?” bentak Razwan. Mereka kini berada berdua di dalam perut lif. Razwan nekad untuk bertindak jika perempuan itu cuba melakukan sesuatu di luar batasan. Dia tidak mengira jantina insan itu. Andai dia mampu bertindak mengapa tidak dirinya? Selang beberapa saat telefon bimbit milik Razwan berdering. Peti Lif yang dihuni menelan irama lagu Puncak kasih dendangan Ziana Zain.

“Aku keseorangan malam ni, i need your help untuk temankan i jalan-jalan malam ni please...” pinta Gabbie. Rengekannya benar-benar menggelikan batang leher Razwan. Alasannya nampak bodoh di mata lelaki itu.

Go to hell lah you! Diam okey! Aku nak jawab calling’ Razwan menyembur keras kali ini. Telefon bimbit dari kocek seluar diseluk dan terus diletakkan ke telinga. Ibu jari seraya menekan butang panggilan. Dia kalut tika itu dan tidak berfikir panjang. Nama pemanggil tidak ditatap terlebih dahulu. Panggilan itu disangka daripada Syuhadah Zawi yang sedang menanti.

“Hello Syuhadah, saya on the way ni” Razwan memberitahu. Dia sedar akan kelewatannya.

“Razwan, tolonglah. I cintakan you” kata Gabbie tiba-tiba terpancul di ruang lif. Gema bunyi itu mampu menerobos masuk ke corong suara telefon bimbit Razwan yang sedang menangkap gelombang bunyi tika itu.

“Hello” Razwan cuba mendapatkan respon daripada pemanggil sekali lagi. Talian terputus. Dia pelik. Sejurus kemudian dia meneliti nama pemanggil yang tertera di skrin telefon. Dia kaku. Nama itu benar-benar dikenali. Amat mengenali dirinya. Tidak syak lagi.

“Astargfirullah hal azim...” Razwan beristigfar mengenang sikap terburunya. Telefon bimbit didakap ke dada tanda kasih dan sesal.

“Gabbie, actually i was married before. Kau jangan nak rosakkan hubungan aku suami isteri. Cukuplah kau dah buat aku derita suatu ketika dulu” Razwan terpaksa berbohong. Dia tidak tahu lagi prosedur terbaik untuk menyahkan Gabbie darinya.

Pertemuan singkat yang tidak dirancang di arena kursus itu mengundang malapetaka yang lebih berat. Razwan seolah ingin membunuh wanita itu. Biar dia hilang dari muka bumi. Tiada lagi perosak hidupnya. Namun dia punyai pegangan. Tidak semudah itu mencari jalan penamat.

“No, i dont believe you! You lied to me, Razwan”

Anyway, kau nak percaya atau tidak, i don’t care. Now, you can go! Kalau kau nak gantung diri sekali pun. It’s up to you. I’m not responsible for anything that happened, you're the one who starts the feeling, not me! That's it, no more” semua yang terbuku dimuntahkan. Dia tidak tahan untuk menanggung semua itu. Gabbie hanya menunduk pasrah. Dia seolah akur dengan kekalahan itu. Namun lelaki itu tetap ada di hatinya sampai bila-bila. Pintu lif ternganga. Langkah mereka berpisah. Gabbie terhenti mengikut jejak Razwan.

**********

Razwan rebah di perbaringan. Hasratnya untuk berjumpa kekasih lama terbantut. Dia telah memohon maaf kepada Syuhadah dah meniup alasan yang dicipta kukuh. Semua itu tidak diendahkan. Beban yang berat kembali menghentak ruang fikirnya. Dia sendiri tidak menduga satu persatu kisah pilu menjadi dalang hidupnya. Panggilan malam buat Liana tidak berangkat. Sudah terang lagi bersuluh akan perasaan kekasihnya itu. Razwan tahu darjah kesedihan wanita yang terpahat dihatinya itu sedang memuncak kala itu.

Sayang,
Maafkan abang. Semua ini satu salah faham. Hati abang kekal untukmu seorang. Tiada yang lain. Anyway, esok abang akan jelaskan. Jangan tak datang. Abang turut sampai ke rumah nanti. Percayalah tiada yang lain hanya sayang di hati...

Selepas ibu jari Razwan sibuk menekan butang-butang abjad pada dada telefon bimbit, akhirnya butang send ditekan untuk terakhir kali malam itu. Bibirnya tidak lekang dari mengucap doa agar tiada konflik segalah yang bakal menimpa. Dia penat untuk memikul semua itu. Dirinya berkali-kali menjadi mangsa. Kadang-kala kita terpaksa menerima sesuatu yang kita tidak rela. Pangkal hati kuat mengatakan Tuhan sayang padanya. Andai tidak manakan dia diuji sehebat itu.

‘Setiap rintik ujian yang menitis pasti ada suatu hikmah yang tersembunyi’

Related Posts with Thumbnails