S.Lufia sayang... Cikgu epuLL cinta kamu...

Motif Lakaran Blog

Blog ini di bina untuk menghimpunkan kenangan terindah yang pernah tercoret di dalam diari S. LUFIA. Semua memori yang terukir disemadikan dalam tarian kata dan gambar agar ia terus mekar walau seribu tahun bertakhta di bumi Tuhan. Dalam masa yang sama, S. LUFIA turut mengasah bakat mengarang novel jiwang sekadar memenuhi tuntutan ilusi dan imaginasi yang kekadang terhimpun tanpa tersemai benih-benih bermakna.

Saturday, July 31, 2010

Model Busana Batik

Wahh!! Cantik wo busana pilihan model2 terpilih (warga DPLI UKM Julai 09/10). Busana batik berlatar hijau dengan hiasan motif flora aneka ragam cukup indah mempesona mata yang memandang. Saksikan gaya model2 segak dan anggun yang memperagakan Busana Batik glamour...

Aneka ragam mengimbau erti sebuah pertemuan yang terjalin antara kita

Mana satu pilihan anda??

Pose manja gadis sabahan (Jenny & Gabbie)

Green male model

Wakil model cina yang turut memperagakan busana batik..
(Tan & Cheong)

Dua hero tidak berpuas hati ingin merebut title 'Hero Batik Glamour'

Terserlah keayuan wajah (wan, gabbie, ena, amirah, Mariam, wani)

Jodoh

Orang-orang tua dan muda selalu cakap 'Jodoh pertemuan di tangan Tuhan'. ' Kalau sudah tiada jodoh, dah kahwin pun boleh cerai'. Fobia + Trauma je bunyinye. Yang itu saya yang kata ar tapi mintaklah simpang berlaku ke atas kita semua. kalau dah kawin biarlah sampai ke akhir hayat...

Terkenang kawan yang menjadi sepasang kekasih yang berchenta dari bangku sekolah dan sampailah ke jinjang pelamin. Alhamdulillah... Fadzrul Idham dan Milatul Shahfairuzzana nama diorang. Tapi stat bila diorang bercintan cintun tidaklah saya nak wat kajian. Itu hal diorang la kan? yang penting diorang dah selamat, saya ni bila? Oh mama saya mahu kawin... Gelenya pulak saya.

Cuba perhatikan wajah minah paling kanan dan mamat paling kiri tu. Merekalah yang saya maksudkan. Bukan main2 okey. gambar ni time kat makmal Bilologi Sek. Men. keb. Ulu Kinta kalau tidak silap. awal2 dah makan beradap. tapi jauh jer daa.. Boleh pulak kawan2 saya ni makan dalam makmal. Memang seharusnya dirotan bontot. Oh Tidak!!

Gambar ni pun ada gambar mereka. duduk pun di sudut kanan sama2. cuma sorang depan, sorang belakang. S. LUFIA tu yang pegang gitar tu. Over jer tapi bukan pandai petik pun. Ini time Jamuan perpisahan geng Ting. 5 Seroja. sediy la konon2nya. Dalam hati semua berdebar dah nak hampir exam SPM.

Ha!!! sempatlah juga saya curi2 bergambar dengan cik Mila tu, dressing tak hingat. siap berselendang. baju raya tak sempat nak pakai time raya tu kot. So, melaramlah ketika ini ya?takpe2 yang penting cantik.

Yuhoo!!! inilah gambar mereka di majlis persandingan. sepadan kan? Direnjis-renjis dipilis, di taburilah mawar hai beras kunyit ditabur... Meriah jer.

Bersama kawan2. Berbaju hitam tepi pengantin lelaki tu sayalah. tapi bukan jadi pengapit okey. just sesaje menyempit tersepit kat situ nak bergambar.

bersama kawan-kawan lagi...

Ni geng2 VVIP.
Anyway, pengantin memang senyum sokmo jer hari tu. Senyum bermotif. well...


Friday, July 30, 2010

Encik-Encik Cosmate UKM 2005 ~ 2008

Tiba-tiba teringat kepada geng lelaki satu kos time degree dulu, 2005 until 2008
cikit je anggota lelaki dimana dikuasai oleh mamat kelantan ( 5 dari 12)

Apizz, epuLL, Sham, Black, Pian Machang, Pian Pasir Mas, Amer, Ali, Zain, Amri, Man & Bobo

Thursday, July 29, 2010

Galeri { Degree }

Geng gelak ketawa sehati berdansa, bergosip, berteater, melawat sana sini
dan sewaktu dengannya...

Ijazah Sarjana Muda Sastera Dengan kepujian
(Kebudayaan dan kesenian Melayu)



Galeri { School }

Teringat saya zaman sekolah dulu2. Zaman galas beg besar dan usung buku banyak2. Sape boleh lupa kan? Permulaan kita mengenal A, B, C... Alif, Ba, Ta sampailah u all dah pandai mengeja dan pok pek pok pek sepanjang masa. banyak jer kawan2 yang dulu main kejar2 sama2 sekarang dah kawin dan ada anak dah pun. Pasti terukir senyuman bila terkenang semua kisah dulu.

Tahun 1991

Time ni sekolah tadikan dalam Kem Pasukan Polis Hutan. saya berdiri paling atas 5 dari kiri. cepat jer masa berlalu. tapi masih teringat pada guru besar yang pegang beg tangan hitam tu. Very garang dia tu. macam nak ajar budak sekolah henry Gurny (betul ke ejaan ni?) jer. Salah sikit nak rotan budak. saya tak pernah la kena tapi terasa dan takut ar gak bila tengok kawan2 kena rotan bila salah tunjuk huruf jawi kat papan hitam. Oh kasihan...

Tahun 1997

Besarnya saya. Seram jer tengok. tahun ni la first year saya ambil peperiksaan awam UPSR. Tapi rasenye sama jer seperti exam2 yang lain. cuma bezanya resultnya dapat lambat dan siap dapat sijil lagi. Dalam surat berhenti sekolah rendah pun ade tertulis keputusan tu. Nasib baik result saya okey. Ok ke??? 4A 1 B. Hebat gak ar tu.

Tahun 2000

Nampak saya tak? nun berdiri di tiang atas tu. Ustazah Norhana yang duduk tengah2 tu baik dengan saya time tu. dia ajar subjek pendidikan Islam. Selalu jer berlumbe2 nak dapat markah paling tinggi dengan syakila, az-zahra, fadilah, huda taha dan ramai lagi. Baik2 ustazah ni pun tapi kalau sekali dia berceramah menanah telinga wo!!

Tahun 2001

Time ni baru lepas PMR. Saya jadi Pengawas Pusat Sumber (PPS) tahun tu. pakai tali leher hijau. Tapi tak suka pun jadi PPS tu. Joint pun sebab nak dapat benefit pinjam buku lebih. Jahat jer statement kan? Cikgu kat tengah2 tu saya ingat lagi, saya panggil dia Mama July because namanya Puan Julaizah. Sempoi jer cikgu tu. layannn...

Tahun 2002

kemuncak persekolahan tiba. Tahun ni ambil SPM tapi tak kemuncak pun sebab saya kena amik STPM. Mana tak nya, result tak secantik Ashwaria Rai. Sedih jer rasa. gatal sangat nak ambil subjek2 killer time tu. Semua saya pulun. Fizik, Kimia, Biologi, add math. hasilnya hampeh!! sume D7. tapi subjek teras lain A tau kecuali english. nasib baik la ada ambil tambahan subjek seni. dapat lagi 1 A. Hasilnya 5A 1C(biologi) dan 4 D. Habis cacat result saya. Mana B?? kempunan...


Galeri { Romate oh Romate }

Bila cakap pasal romate Mesti ramai teringat kenangan time belajar asrama, duduk rumah sewa, belajar di university dan sewaktu dengannya. Begitu juga dengan saya. tapi saya ni stat ambil degree di UKM baru belajar duduk kt hostel2 ni. Before tu belajar sekolah harian jer. Pergi sekolah n balik rumah Sampai ar Ting. 6. Bila mula2 stay kat hostel tu sediy jer rs.. Al maklumlah sebelum tu duk ngadap muka mak jer. Oppss.. kantoi beb 'i ni anak makkkk'. I love my mom & i love my dad too.

Berbalik kepada kisah romate.. Time degree dulu 3 tahun saya stay sebilik dengan orang Maran, Pahang. Faizal Irazid Mat Kilau namanya. Wah!! Persis nama pejuang bangsa jer kan? Die NYDP kolej dan aktif main bola sepak. Tapi pe-jal (nama samaran saya panggil dia) tak berapa akrab dengan saya. Mungkin because beza umur dan actually dia bukanlah 1 batch dengan saya. Dia tu senior saya n punyai ramai kawan sebaya dan se’geng’ dengan dia. Buzy 48 jam tanpa henti. Well.. i tak kisah pun. Sampai sekarang saya masih mesej dia tapi kadang2 jer.

Haaa!!! Lepas Degree saya kerja sekejaps jadi cikgu MRSM dan sek. Men harian. And than saya sambung DPLI. Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Still di UKM jugak. Duduk di Kolej lain dan semestinya romate yang lain. Kali ni saya sebilik dengan budak Kelantan. Mohd Zulfaizal Suhaimi. Faizal juga namenya. Entah la memang sudah tertulis dalam diari hidup agaknya romate2 saya semua bernama faizal. Tapi romate yang ni saya panggil zull.

Romate kali ni tak seperti romate time degree. Kami lebih rapat dan mudah bersembang serta bergurau. Dia memang baik dan mesra alam. senyum sokmo... Tapi kalau tiba time die monyok Saya pun diam jer ar. Risau mahu bertanya. Silap2 kena tempeleng harimau. Tunggu dia dah ceria baru boleh sembang dan gaduh2 balik. Anyway, saya memang tabik dengan sikap Zull. Thanks my romate n best frend.

Dalam koleksi album saya, adalah sikit gambar Zull. Macho dan smart gak orangnya kot (poyo jer). Haa!! Tapi minah2 single jangan tiba2 terjatuh cintan-cintun pulak because Zull dah punyai pacaran (kekasih). Very cantik makwe zull. Tapi tak de lah gambarnya di sini. Saya sentiasa doakan mereka bahagia hingga ke kemuncak pelamin Cinta dan kekal hingga ke akhir hayat.
Insyaallah...

Saya dan zull

Ya Allah!! apa dah jadi ni. kena tanam hidup2?

Senyum sokmo!!

Rambut terpacak beb! Cayalah..

Uikkss.. makan pisang

Ha!!! kan nampak sporting Zull ni. tengok gaya pun dah tau..

BAHAGIAN TUJUH

*Gambar hanya hiasan

BAHAGIAN TUJUH


Bintang bertaburan menghiasi bumbung langit. Sungguh indah. Bulan pula mengintai sinar mentari untuk menampung terik cahaya di sebalik tirai awan. Suatu keangungan yang tiada ternilai. Tiada sesiapa mampu menidakkan kebenaran itu. Razwan memasang angan-angan ingin bersanding di kamar kayangan itu. Bayangan yang sememangnya sukar disuratkan di atas sekeping kertas. Hanya mimpi menjadi penterjemah segala angan-angan. Adakah fantasi mimpi itu mampu bertukar realiti sedangkan angan yang dikait sedang kusut bersimpul. Fikiran Razwan terus melayang.

Pandangan Razwan bersilih ganti memerhati bintang-bintang dan buku diari berkulit hitam miliknya. Dia menongkat dagu menduduki kerusi di meja bacaan. Cahaya lampu meja yang menerangi kekaburan sudut itu tidak setanding percikan sinar bintang. Matanya merewang melata, kanta fikirnya asyik menyelongkar fakta lampau, tangannya ligat merangka melodi hidup yang bernada duka hari itu. Pena sebatang mencoret sebuah lembaran kisah mengikut naluri Razwan.

29 Mei 2009

Celoteh Kak Zie pagi tadi masih terngiang-ngiang di telingaku, betul juga katanya. Aku bersalah! Aku akui itu kesilapanku. Namun kapan bila harus aku menanti kalimah maaf dari mu, sayang. Telefon tidak berangkat, pesanan ringkas tidak berbalas oleh mu. Saban hari abang tak mampu melenyapkan mata, teringatkan sayang. Tapi kenapa sayang tak mahu membaca isi hati abang tika itu. Abang serabut memikirkan masalah yang membelenggu. Masalah kerja bercampur rindu cinta terhadap sayang. Fahamilah... Arghhh!!!

Razwan menarik nafas dalam. Pena di tangan dicampak ke tepi. Dirinya serba tidak kena. Kalendar di sebelah bingkai gambar Nek Wan dan Tok Wan diselak perlahan. Hari untuknya memenuhi hajat surat tawaran Kursus Pemantapan Jati Diri Pendidik kian hampir. Mampukah Razwan pergi dengan hati yang lapang? Mukanya ditelangkup ke meja merenung kekesalan dalam kekaburan. Dia tahu keadaan itu boleh mengganggu prestasi kerjanya. Setiap sudut dan ruang bilik darjah pasti terbayang Liana sedang memerhatikan dirinya. Namun fantasi itu berjaya ditepis seketika cuma sebelum ia muncul kembali pada lain ketika.

‘Mengapa kau gatal mencari tempang malam itu. kalau tidak semua kekusutan ini tidak akan berlaku. Malah benih bunga yang sedang bercambah ini akan terus mekar. Bila sudah jadi begini, embun pun tidak akan mampu menyubur sekuntum bunga yang layu pada musim luruh’ hati Razwan kini disimbah cahaya malap. Tidak seterang kilauan bintang. Dirinya serba tidak kena dalam membuat percaturan. Setiap rentak tugas yang dilaksana seolah canggung sentiasa. Satu persatu persoalan hidup terpaksa dirempuh. Inilah dugaan apabila seseorang terjun ke dalam gelanggang cinta.

Cinta itu kadang kala ringan seperti leraian kekabu. Boleh dilambung kasih dan ditiup kata indah menusuk ke rongga cinta. Bebas berterbangan dan akhirnya gugur di celah pohon asmara. Semestinya romantis dan terserlah belaian cinta pada setiap detik masa. Bayangkan: makan terbayang dia, tidur terbayang dia, bekerja terbayang dia dan lebih parah andai mandi terbayang dia. Jelik didengar namun itulah realiti sebuah cinta yang hangat. Semuanya bersama walaupun tsunami datang menerkam.

Kadang kala pula cinta itu berat umpama batu tembaga bersalut emas. Luaran tampak cantik namun bila dimiliki tidak terdaya mahu memikul. Cinta yang menindih jiwa raga. Menambah sawang yang memeritkan fikiran. Ekonomi yang memuncak stabil boleh jatuh merudum. Semua itu penangan episod cinta andai salah percaturan. Suatu yang boleh hilang sekelip mata.

Badai yang menimpa Razwan tidak seperti itu. Dia hanya tersalah memasang umpan untuk bermanja. Dia seorang lelaki yang cepat menyayangi dan ingin disayangi. Harapan dihati inginkan perhatian dan pujukan yang bisa mengintimkan cinta yang dibina. Dia ingin didampingi jururawat cinta yang boleh memberi rawatan di kala hatinya di selubungi angin rindu. Namun dia bukanlah doktor cinta yang pandai menyembuhkan luka di sebalik hati yang parah disuntik bius cinta.

***

“Puas lah sayang tengok abang kena gelak. Sengaja berkomplot dengan Pali nak kenakan abang. Kenapa sayang buat abang macam ni? Kalau abang jenis panas baran, dah lama terbalik meja makan tu tahu?” Bertubi-tubi Razwan menghumban segala kata ketidakpuasan hati yang terbuku di dada. Malu ditertawakan Fadzli. Hari itu saja berkali dia diperkenakan lelaki itu. Seolah kanak-kanak kecil diperlakukan. Namun hatinya tidaklah sepanas unggun api ketika itu. Sengaja mengambil kesempatan menagih minta dipujuk. Hatinya gembira tidak tertawan dapat melepas rindu.

“Sayang, kenapa tak jawab soalan abang?” Razwan mengumpan Liana untuk memberi pengakuan setelah menunggu tiada sebarang suara yang terlintas di bibir wanita yang terus menunduk memandang anak semalu tempatnya berpijak.

“Sampai hati sayang”

“Memang saya sampai hati! Sampai hati untuk melupakan tarikh penting antara kita” suara sayu bercampur tangis Liana tiba-tiba tersembur megejutkan Razwan. Butiran jernih gugur mencium lantai bumi. Razwan terkesima. Dia sedaya upaya cuba menggerakkan jentera fikirnya untuk memproses segala persoalan yang timbul.

“Birthday sayang kan lambat lagi. Abang tak pernah lupa” ujar Razwan.

“Bukan itu yang saya tagihkan. Awak lupa akan detik pertama pertemuan kita” kata Liana sedikit getar menahan tangis.

“Maksud sayang anniversary...”

“Saya sanggup datang sini, ajak zulfa untuk celebrate bersama. Sengaja nak surprise kan awak. Rupa-rupanya awak ada satu kejutan yang lebih hebat dari apa yang saya rancang” Liana memintas kata Razwan yang begitu mengguris perasaannya. Dia tidak dapat menahan lagi telaga mutiara yang bertakung di matanya lalu dibiarkan tertumpah akhirnya. Suasana Restoran Panca Delima tidak terganggu walau sedikit pun. Tetap meriah dengan suara pelanggan yang bergelak tawa. Fadzli dan Zulfa sedang enak menjamu selera. Pasangan kekasih itu sahaja yang masih berdiri di hadapan pintu gerbang restoran beratapkan rumbia.

‘Ya Allah, macam mana aku boleh lupa pula ni?’ hati Razwan berdiskusi.

You always said that you love me but...” kata Liana terhenti. Mata galaknya memanah tepat ke mata bundar Razwan. Dia benar-benar kecewa. Walaupun hanya sekadar detik permulaan pertemuaan, namun baginya begitu penting untuk ditanam di laman ingatan. Bagai tarikh pertemuan keramat yang menemukan adam dan Hawa di syurga. Tangannya lemah menyapu titisan air mata yang mengalir di pipi. Dia ingin pulang segera tatkala itu. Bayangan indah yang dibina sedari mula perjalanan tadi musnah segalanya. Tanpa diduga, kakinya seolah dikawal oleh robot yang memaksa dirinya menyusun langkah meninggalkan Razwan. Walau berat diturut jua gerak hati.

“Sayang” hanya satu ungkapan kasih yang terpacul dari mulut Razwan sekaligus tangannya meragut pantas pergelangan tangan Liana. Langkah wanita itu automatik terhenti. Andai mereka dilahirkan menjadi dua kutub magnet berbeza, pasti sudah melekat erat masa itu. Mahu sahaja Razwan memeluk wanita itu sebagai tanda kasih yang amat dalam. Dia kecewa kepada dirinya. Dalam kecewa dia gundah memikirkan satu-persatu ombak yang memukul dirinya. Masalah yang hadir dalam dirinya menghempap bertubi-tubi.

“Abang minta maaf. Please sayang look at me” ujar Razwan memujuk. Dia menyedari akan kekhilafannya ketika itu. Liana terus menunduk tanpa memberi sebarang respon hendak berdamai.

“Abang benar-benar lupa. Lagipun hati abang tak senang sejak kebelakangan ini. Macam-macam hal abang fikir tapi abang tak pernah lupakan sayang walau sasaat, percayalah” Razwan mengucap setiap baris kata dengan sayu. Dia mengharap kemaafan dari Liana. Genggaman tangannya yang bersatu bersama tangan gadis itu semakin erat. Sesekali terasa Liana cuba untuk melonggarkan pegangan itu. Kekuatan razwan menguasai ikatan tatkala itu.

“Tolong lepaskan tangan saya” pinta Liana agak keras. Dia geram dengan sikap Razwan. Harapannya hancur.

“Abang nak sayang pandang abang. Janganlah buat hati abang makin runsing. Seharian abang tension dengan hal sekolah, tak kan sayang nak tambah lagi beban abang” pujukan Razwan semakin kendur. Dia sudah lali dengan karenah Liana. Sukar untuk mengubah keputusan dalam satu-satu masa. Masing-masing punyai pendirian dalam mempertahankan hak.

“Saya kata lepas ! lepas ni awak boleh fikir semua masalah awak dengan tenang. Tak perlu fikir tentang hubungan kita” jerkah Liana lantas menyentap tangannya dari gengaman Razwan. Amarah wanita yang memuncak. Dia segera melangkah pantas menuju ke Zulfa yang sedang gembira berbual bersama Fadzli. Mereka terpegun melihat perubahan wajah Liana yang jelas berbeza daripada mood seawal mereka berjumpa tadi. Dia berbisik sesuatu ke telinga Zulfa. Bimbang andai kehadirannya ketika itu merosakkan pertemuan dua sahabatnya itu. Sejurus kemudian meninggalkan pasangan itu menuju ke kereta.

Liana tidak menoleh ke arah Razwan walaupun sesaat. Ketika itu, Razwan hanya mampu menyaksikan gelagat buah hatinya itu. Tiada guna dia memujuk. Hati yang sedang bara biarlah redup bersalji dahulu. Dia juga begitu memahami kekasihnya yang sudah dikenali empat tahun itu sukar memakan pujukan dalam situasi sebegini. Lambat laun dia akan sejuk dan merindu kembali. Masa itu barulah boleh mengatur bicara semula. Namun masa berpantang itulah yang boleh menyumbang radang kerinduan. Walau apa jua berlaku terpaksa dilalui. Razwan hanya pasrah apabila berdepan dengan musim kemarau cinta.

‘I'll never let u go because i love you’

Wednesday, July 28, 2010

Galeri { waris jari cikgu }

Menarik jer formasi jari-jemari ni.
susun2 jadi bintang & kenangan
i remember it sampai bile2.
love my finger..

try ar sesuaikan jari2 tu dengan wajah cikgu2 berikut..
siapakah pemilik setiap jari & tangan itu??




Kalau 10 tangan mesti pemilik 5 cikgu kan?? mana lagi sorang?

Hrmm... sorang lagi tu tuan punya blog ini ar. =))


Tuesday, July 27, 2010

Galeri { Unbelievable }

AKU SEOLAH TIDAK PERCAYA!!!!
Inikah aku suatu ketika dahulu tanggal tahun 1985?
sedari kecil aku sudah bersaiz XXL
comel bangat...

Usiaku 8 bulan

Terus-terusan nangis saja, nak nenen ya? oppss..

Alalalala... busyuk2.. nangis2 jer macam ni mau kene
cubit wo!!

Bersama emak, time ni mak dengan kaca mata
yang besar gitew.. kalau sekarang pakai macam tu
mau saya ketawa terkekek-kekek guling2
Ya ampunn...

Bersama abah

Saya anak ke-2, so terlebih dahulu saya punyai kakak. time
tu kakak ku dh berumor 3 tahun.
tapi sama jer saiz ng aku..

Oh Tidak!!!
Unbelievable

Friday, July 23, 2010

Galeri { Scandal }

Okeylah, bila S. LUFIA sedang asyik mengarang kisah fantasi + reatili ni, tiba-tiba terkenang pula suatu ketika tatkala musim bunga menjelma.. Cheewwaah!!

Bukan apa..dulu time study DPLI, saya dan rakan memang rapat.. sekali pandang dah macam pasangan kekasih. Tapi sebenarnya tak de ape-ape pun. Hanya sekadar kawan rapat yang tidak ubah seperti adik beradik saja. Mana tak nya??? pagi petang siang malam ada saja tugas yang perlu dibincang dan dilaksanakan saban hari. Segala kekusutan dan kepenatan berubah ceria tatkala semua bagi komitmen bersama. Memang best!!!

Sambil-sambil buat kerja tu, ada saja paparazzi @ mamarazzi yang perhati. Lensa kamera aktif jer main peranan. last-last tersebarlah tiket wayang bergambar... jom ar kita lihat.

Wow!! romantik abis...

Ha!! pasangan ni ngelat.. lari dari dapur..

Ayu jer Cik mila dan En. Akram

Ehh .. Tunjuk apa tu bang??

Oppss!! macam mana S.LUFIA boleh terlibat dalam paparan skandal ini??

Wahh.. dah macam malam cintan cintun jew.

Jangan salah sangka beb!! inilah my ex romate.

Begitulah cerita di sebalik gambar. Anyway, i love n miss u all very much..


S. LUFIA
Related Posts with Thumbnails